ISU al-Siha | APRIL , 2018
10
ISU al-Siha | APRIL , 2018
TRAUMA
KANSER
Kempen Aku Alopesia # adajalannya adalah salah satu inisiatif Amin Hayat untuk memberi kesedaran mengenai penyakit Alopesia .
• Boleh menyerang sesiapa sahaja terutama mereka yang mengamalkan gaya hidup yang tidak seimbang
• Kanser adalah salah satu dari 10 penyebab utama kematian di Malaysia
• 11 juta orang disahkan menghidap kanser dalam masa setahun dan hampir 7 juta orang meninggal dunia disebabkan kanser
S
EJAUH mana kita faham tentang penyakit kanser ? Rata-rata daripada kita sebenarnya kurang peka terhadap penyakit ini . Malah , ada pesakit yang sedar tentang penyakit ini saat kanser sudah berada di tahap 4 . Situasi ini dilihat sebagai punca utama penyakit kanser semakin sukar untuk dirawat .
Kanser tidak hanya menyerang mereka yang mempunyai sejarah keturunan sahaja , malah ia juga berpotensi menyerang sesiapa sahaja terutama mereka yang mempunyai gaya hidup yang tidak seimbang . Walaupun terdapat kaedah moden yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ini , namun tidak ada jaminan bahawa rawatan tersebut mampu merawat penyakit ini sepenuhnya .
Penyakit kanser berpunca dari kegagalan tubuh dalam mengawal pertumbuhan selsel yang tidak normal dalam badan sehingga menyebabkan kegagalan sistem imun untuk berfungsi dengan baik . Apa yang menjadi mimpi buruk bagi kita adalah apabila penyakit kanser ini boleh menyebabkan kematian terutama kepada penghidap kanser yang serius . Jadi , tidak hairanlah mengapa penyakit kanser ini menjadi salah satu dari 10 penyebab utama kematian di Malaysia .
IMUN SISTEM YANG LEMAH
Pertumbuhan sel kanser berbeza dari sel biasa dimana sel kanser tidak akan mati malah ia terus berkembang dan membentuk sel baru , yang tidak normal . Ia juga boleh menyerang tisu-tisu yang lain dan menjadikannya sel kanser . Puncanya adalah disebabkan sistem imun badan yang tidak aktif . Sistem imun yang aktif berupaya untuk memilih , mengenal pasti dan memusnahkan agen karsinogenik .
Masyarakat kita sering kali mengambil ringan mengenai penyakit kanser ini . Secara tidak langsung , pendekatan kefahaman mereka mengenai imun istem yang lemah ini amat kurang . Sistem imun yang lemah mungkin terjadi disebabkan pencemaran udara , racun perosak , bahan tambahan dalam makanan , kekurangan nutrien , tekanan dan lain-lain . Kajian menunjukkan bahawa 70 peratus penghidap kanser adalah disebabkan faktor luaran yang majoritinya berpunca daripada cara diet yang diamalkan . Bukan itu sahaja , malah hasil pembangunan teknologi juga menyumbang kepada kenaikan peratusan penyakit kanser ini , terutamanya di Malaysia . Pendedahan kepada radiasi , partikel debu kimia dan bahan beracun juga boleh menganggu metabolisma semula jadi badan .
CIRI SEL DAN KANSER
Keadaan sel yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada ketumbuhan . Umum tahu , ketumbuhan boleh dibahagikan kepada dua ciri iaitu Benign ( ketumbuhan tidak merbahaya , tidak merebak serta tidak mengancam nyawa ) dan Malignant ( merbahaya , dan berupaya untuk menyerang anggota tubuh lain ). Setiap pesakit itu diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan pada tubuh mereka supaya dapat mengesan ketumbuhan jenis Malignant pada peringkat awal sebelum ianya menyerang anggota tubuh yang lain .
Mengenai perihal karakter kanser , ia pada umumnya memiliki ciri-cirinya yang tersendiri . Sebagai contoh , kanser payudara . Kanser payudara bukanlah perihal asing dalam masyarakat kita . Malah ia adalah musuh utama kaum wanita kerana ia bisa menyerang tanpa kenal usia , begitu juga kaum lelaki . Kanser payudara ini dikenali sebagai adenocar-cinomas kerana kansernya tumbuh pada tisu kelenjar ( glandular tissue ). Manakala kanser yang terbentuk pada tulang atau otot pula dikenali sebagai sarcomas .
Menurut kajian yang dilakukan , seramai 11 juta orang disahkan menghidap kanser dalam masa setahun dan hampir 7 juta meninggal dunia disebabkan kanser .
MERAWAT KANSER
Kanser menyumbangkan satu perempat dari jumlah kematian di negara maju . Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat , paru-paru dan kanser payudara . Selain itu , adalah kanser hati , kolon atau kolorektal , kanser pundi kencing , ovari , endometrium , tulang , kanser kulit dan leukemia . Masyarakat kita seringkali buntu apabila mencari jalan untuk merawat penyakit kanser ini kerana bagi mereka , apabila sudah menghidap kanser , ia bermakna hidup sudah berakhir .
Rawatan kanser boleh dilakukan bertujuan membantutkan perkembangan kanser itu sendiri . Antaranya ialah pembedahan , kemoterapi , terapi radiasi , sel tunjang , dan iminoterapi .
Tuntasnya , kita sedia maklum bahawa penyakit kanser ini adalah antara penyakit yang ditakuti oleh rakyat Malaysia . Melihat dari peratusan kematian yang disebabkan dari penyakit ini , kita seharusnya mengambil langkah bijak dengan mengamalkan cara hidup yang sihat , diet yang berkualiti dan selalu melakukan pemeriksaan tubuh badan untuk memastikan kesihatan tubuh sentiasa terjaga .