al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 12

ISU al-Siha | APRIL , 2018
12
ISU al-Siha | APRIL , 2018
– dari M11
• Alopesia memiliki jenis dan ciri-ciri yang berbeza antaranya ialah Areata , Universalis , Andro Genetik , Traction dan lain-lain lagi . Alopesia adalah nama saintifik untuk botak
• Alopesia Areata berpunca daripada pengurangan hormon , peningkatan usia dan juga keturunan

AALOPESIA adalah sejenis penyakit

yang menyebabkan ketiadaan bulu atau rambut di bahagian kulit seperti di kepala , muka , dada mahupun alat kelamin . Antara punca Alopesia adalah disebabkan tekanan yang melampau , pengambilan makanan tambahan ( protein & steroid ), keturunan , diet yang tidak sihat , merokok , jangkitan virus dan bakteria pada kulit dan lain-lain lagi .
Penyakit Alopesia ini memiliki jenis dan ciri-ciri yang berbeza antaranya ialah Areata , Universalis , Andro Genetik , Traction dan lain-lain lagi . Setiap kategori ini mempunyai cara rawatan yang berbeza dan kesannya juga berbeza , bergantung kepada sistem ketahanan tubuh seseorang .
Pengalaman yang dilaluinya dikongsi agar menjadi inspirasi kepada mereka yang bergelar ‘ Alopesian ’. Saat di temu bual , figura ini tidak kekok meluah rasa serta berkongsi perasaan mengenai penyakit yang pernah dihidapinya suatu ketika dahulu .
Penyampai Berita di TV9 , Amin Hayat Abd Rahim pernah menghidap penyakit Alopesia ini . Namun setelah menjalani rawatan yang agak lama menjadikan dia lebih kuat berbanding semalam . Amin Hayat , berkongsi saat suka dan duka ketika menghidap penyakit Alopesia jenis Areata .
MENGENAL PASTI ALOPESIA
Alopesia Areata berpunca daripada pengurangan hormon , peningkatan usia dan juga keturunan . Menurut Amin , dia sedar mengenai Alopesia ini saat hairstylist menegur tentang keadaan rambutnya yang bertompok-tompok .
“ Semuanya bermula pada tahun 2014 . Ketika itu saya mahu memotong rambut dan hairstylist memberitahu ada tompok bulat besar di kepala . Saya risau dan mula mencari informasi mengenainya di internet dan dari situlah saya tahu mengenai penyakit Alopesia ini . Pada tahun 2016 , masalah menjadi semakin serius dan tompok bulat itu menjadi semakin banyak ”.
AKU BOTAK ! Alopesia adalah nama saintifik untuk
Suntikan Platelet Rich Plasma ( PRP ) antara prosedur yang menyakitkan kerana disuntik lebih dari 100 kali .
iGrow Helmet bertindak mengaktifkan kulit kepala yang tidak subur .
Kondisi rambut Amin Hayat yang bertompok bulat ketika menghidap penyakit Alopesia Areata . botak . Amin Hayat akui dirinya sering kali menjadi bahan jenaka saat pertama kali dia berimej botak . Sebagai pengacara , imej botak seakan menguburkan segala impian .
“ Ketika itu , saya seolah-olah berperang dengan perasaan serta emosi sendiri . Saya juga malu untuk berdepan dengan masyarakat . Saya menyarungkan sweater , dan memakai topi untuk menutup kepala botak saya . Tidak cukup dengan itu , rakan-rakan turut menjadikan imej botak saya sebagai bahan jenaka mereka . ‘ Budak botak ’, ‘ Toyol ’, ‘ Alien ’ dan ‘ Telur ’ antara panggilan yang saya terima . Walaupun mereka hanya bergurau namun kesannya , saya hilang motivasi diri .”
Benarlah , tuhan tidak akan membebani seseorang diluar kemampuan . Lama kelamaan , keyakinan itu hadir dalam dirinya . Meskipun mengambil masa 4 hingga 5 bulan untuk benar-benar yakin , tetapi kini dia lebih bermotivasi dan bersemangat .
Pada 22 April 2016 , Amin Hayat bersiaran secara langsung dengan imej botak dan itu adalah pendedahan yang pertama kali dilakukan secara umum . Antara sumber inspirasi yang menjadikannya tabah dan bersemangat adalah arwah Julia Perez yang meninggal dunia akibat kanser servik . Kekuatan serta keazaman Julia melawan penyakit itu hingga ke penghujung hidupnya dijadikan sebagai simbol positif buat diri Amin Hayat .
“ Pernah saya terfikir adakah saya masih diterima bekerja sebagai pengacara apabila berimej botak ? Tetapi , syukurlah kerana majikan berfikiran terbuka bahkan tidak menjadikan ia sebagai batu penghalang untuk saya terus bekerja . Terima kasih Puan Wan Sabariah Shikh Ali , Editor Eksekutif Berita TV9 dan pengurusan kanan Berita Hal Ehwal Semasa Media Prima yang tidak henti menasihati saya ”.
PROTEIN DAN STRESS
Menurut Amin Hayat , Alopesia Areata yang menyerangnya berpunca dari tekanan yang sukar dikawal dan juga pengambilan makanan tambahan yang berlebihan .
“ Saya mula berjinak dengan gym sejak 20-an lagi , dan waktu itu trend bagi kaum lelaki untuk memiliki bentuk badan yang tegap . Jadi kuantiti protein serta steroid yang diambil waktu itu tidak terkawal . Maklumlah , masih kurang pengetahuan mengenainya . Kesannya pula dialami selepas 10 hingga 15 tahun ekoran sistem imun yang semakin lemah , mengikut peningkatan usia . Jadi , serangan Alopesia ini terjadi hasil daripada pengambilan makanan tambahan yang tidak terkawal pada waktu dahulu . Selain itu juga , stress adalah salah satu punca utama penyakit ini . Apabila stress tidak dapat dikawal , maka ia boleh menyebabkan gejala insomnia berlaku . Jadi , ia memudahkan seseorang itu diserang Alopesia ini .”
RAWATAN
Pertemuan Amin Hayat bersama Dr Lim Tingsong dari Clique Clinic memberi kesan yang positif terhadap penyakitnya . Biarpun rawatan mengambil tempoh yang agak lama , namun semua pihak berpuas hati .
“ Rawatan bagi Alopesia Areata ini begitu subjektif . Ada ubat yang sesuai untuk saya , tetapi tidak sesuai untuk ‘ Alopesian ’ lain . Ia bergantung kepada imun sistem seseorang . Prosedur yang paling menyakitkan adalah suntikan Platelet Rich Plasma ( PRP ) kerana saya disuntik lebih dari 100 kali suntikan di seluruh kulit kepala . Kesannya , kulit kepala membengkak dan doktor menggunakan kaedah laser untuk mengurangkan rasa sakit itu . Pada saya , rawatan yang terbaik dan berkesan adalah Excimer Laser Theraphy .
Untuk masalah penyakit Alopesia Areata , ia menggunakan cahaya UV bagi memastikan kesuburan kulit kepala dijaga rapi . Tetapi , selepas 2 hari melakukan rawatan laser Excimer ini , kulit kepala akan menjadi kemerahan dan mengelupas . Kelihatan seperti sakit kulit . Jadi saya terpaksa menyarungkan apa-apa sahaja untuk menutup kulit kepala . Proses ini dilakukan berulang kali hinggalah rambut saya tumbuh kembali . Antara rawatan lain yang boleh dilakukan untuk merawat penyakit ini adalah iGrow Helmet , suntikan steroid dan Platelet Rich Plasma ( PRP )”.
Tambahnya lagi , selain daripada rawatan klinikal , dia juga menjalani rawatan berbentuk tradisional untuk merawat rohani diri . Selain mendekatkan diri kepada Tuhan , kaedah mandi ais juga turut dilakukan .
INI ADALAH JIHAD
Bagi Amin Hayat , apa yang berlaku ada hikmahnya . Biarpun perit menjalani rawatan 15 bulan , namun ia satu pengalaman berharga yang tidak mungkin dilupakan . Tambahannya lagi , kini , adalah masanya untuk berjihad . Berjihad dari segi menyampaikan informasi penting kepada rakyat Malaysia mengenai Alopesia ini .
“ Apa yang saya lakukan hari ini adalah kerana dengan niat berjihad . Dari situlah datangnya idea untuk melakukan kempen Aku Alopesia # adajalannya . Saya agak terkejut apabila pertama kali saya melancarkan kempen ini , ramai rakyat Malaysia yang mengalami penyakit ini hadir ke kempen saya itu . Terutamanya pesakit kanak-kanak . Situasi ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk melakukan kempen ini secara berterusan . Mungkin tahun ini saya akan lakukan dalam skala yang lebih besar ”.
Apa yang menjadi persoalan dirinya adalah mengenai persepsi masyarakat Malaysia yang sering kali beranggapan negatif terhadap penyakit ini . Baginya , kesedaran secara mutlak wajar dilakukan kepada masyarakat untuk bersama-sama membantu pesakit Alopesia .
“ Bagi saya , isu sebegini melibatkan psikologi . Jadi harus sama-sama membantu . Cabaran utama bagi penyakit Alopesia ini adalah motivasi diri . Jadi semua pihak harus peka dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai sebuah masyarakat yang harmoni . Apa yang penting , percayalah bahawa ubat yang terbaik adalah diri kita sendiri . Motivasi daripada al- Quran dalam surah AlInsyirah ayat 5 bermaksud , “ Sesungguhnya bersama