al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 6

BULETIN
di M06
Imbas mukasurat ini untuk mengikuti bingkisan kisah Amin Hayat .
Imbas dengan
06
BULETIN
al-Siha | APRIL , 2018
Inovasi kesihatan digital

Tingkat kesedaran penjagaan kesihatan

OLEH NORZIRA SYARINI norzira . syarini @ revonmedia . com
ESIHATAN digital atau penggunaan teknologi

K digital dalam dunia kesihatan khususnya dilihat telah bergerak seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) kerana telah berjaya membantu meningkatkan tahap kesihatan selain kehidupan yang lebih produktif kepada pengguna .

Teknologi ini umumnya telah mengurangkan ketidakcekapan dalam penyampaian penjagaan kesihatan , meningkatkan akses , mengurangkan kos , meningkatkan kualiti , dan menjadikan perubatan lebih menepati keperluan seseorang individu .
Namun , persoalannya , adakah Malaysia mampu mencapai tahap kesihatan digital setanding dengan negara maju yang lain ?
PERANTI YANG DIGUNA PAKAI DI MALAYSIA
Ketua Pengarah Kesihatan , Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi korespondennya menjelaskan kepada al- Siha bahawa penjagaan kesihatan secara digital di Malaysia pada masa ini dilihat amat membanggakan .
“ Penggunaan rangkaian media sosial dan aplikasi internet bukan sahaja mengubah cara kita berkomunikasi tetapi turut memberikan pelbagai kaedah inovatif baharu untuk bertukar-tukar idea dan akses kepada maklumat kesihatan ,” katanya .
Antara peranti penjagaan kesihatan yang digunakan dan terdapat di Malaysia adalah seperti CR2Haptics ( robot pemulihan kompak ), Hippo , IMEUS Realtime Cloud Connected Health Devices , Onitor dan juga Nypro .
Sementara itu , penggunaan Fibod atau Fitness Balance Board juga turut membantu pengguna atau pesakit berlatih kemahiran menyeimbangkan badan melalui permainan realiti maya ( virtual reality ). Selain itu , CR2-haptik juga dilihat sangat membantu pesakit strok atau warga emas melakukan senaman tangan . Kedua-dua produk ini
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Jaffri Ibrahim dan Pengarah Program dan Penyelidikan CREST , Dr Khoh Soo Beng .
dikilangkan oleh Techcare Innovation , Johor Bharu .
Beralih pula ke produk yang dikenali sebagai Hypoband . Produk yang dikeluarkan oleh Geob International di Bukit Mertajam , Pulau Pinang ini merupakan sebuah peranti boleh pakai pintar ( smart wearable ) yang sebenarnya dicipta untuk penghidap hipoglisemia ( paras kandungan gula di dalam darah yang rendah ). Alat ini dikatakan mampu mengesan peluh sejuk dan memberi peringatan atau pesanan kepada mana-mana anggota keluarga bahawa pesakit sedang memerlukan bantuan .
Satu lagi peranti boleh pakai adalah FavorWatch . Ia dicipta oleh Favoriot Sdn Bhd yang terletak di Puchong , Selangor . Alat ini mampu memberi maklumat kesihatan seperti bacaan kadar denyutan nadi , jumlah bilangan langkahan setiap hari serta memberitahu tentang lokasi seseorang melalui aplikasi telefon bimbit untuk membantu pengguna khususnya golongan tua .
Datuk Dr Noor Hisham berkata , peralatan perubatan elektronik , peranti boleh pakai pintar dan pengesan seperti ini dapat membantu mengumpul maklumat seperti memantau pergerakan fizikal mahupun aktiviti fisiologikal lain yang dikenali sebagai analisis big data ( data yang berukuran sangat besar , atau sangat bervariasi , atau kecepatan pertumbuhan tinggi ).
ALAT DIAGNOSTIK KESIHATAN MENAMBAHBAIK PENGALAMAN PESAKIT
Menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pengunaan peranti pintar ini , Datuk Dr Noor Hisham berkata , pendedahan kepada umum mengenai alat diagnostik seperti stetoskop , glukometer , alat periksa tekanan darah , penimbang berat badan dan teknologi tekstil pintar secara amnya menambahbaik pengalaman pengguna secara tidak langsung .
“ Alat ini direka dalam bentuk mudah alih dan bersaiz kecil . Ada antaranya mampu diakses menggunakan protokol komunikasi seperti Bluetooth atau Wi-Fi pada telefon bimbit masing-masing sebagai peranti untuk ke sistem Cloud atau Internet ,” katanya .
Menurut Datuk Dr Noor Hisham , Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan telah menjalankan satu kajian terhadap 23 buah pusat aktiviti warga emas yang dikenali sebagai Pusat Aktiviti Warga Emas ( PAWE ), dan mendedahkan bahawa kebanyakan golongan terbabit menggunakan internet untuk memperoleh maklumat kesihatan daripada sumber-sumber profesional dan kakitangan kesihatan . Ianya terbukti apabila hasil kajian mencatatkan bahawa 83.4 peratus responden memilih
kakitangan kesihatan sebagai sumber yang paling mereka percayai .
Jelas beliau , kementeriannya juga telah mempertingkatkan penguasaan kesihatan digital sejak dua dekad lalu dengan memperkukuhkan teknologi infrastruktur yang membolehkan klinik dan hospital dihubungkan melalui rangkaian mayanya sendiri . “ Ini memudahkan perolehan maklumat dan penyebaran data , sama ada dari ibu pejabat seterusnya ke lokasi-lokasi terpencil atau selainnya untuk pengurusan dan perancangan kesihatan .”
“ Beberapa klinik dan hospital telah dilengkapi dengan sistem Rekod Perubatan Elektronik ( Electronic Medical Records ) dan melalui Health Information Exchange Malaysia ( MyHIX ), doktor boleh berkongsi rekod kesihatan pesakit untuk tujuan pemeriksaan lanjut dan rujukan ,” katanya .
Dalam perkembangan lain , Datuk Dr Noor Hisham memberitahu bahawa kementeriannya baru-baru ini telah melancarkan projek perintis Enhanced Primary Healthcare ( EnPHC ) di 20 buah klinik kesihatan KKM yang memfokuskan tentang pengurusan penyakit kronik dan penjagaan kesihatan primer penyakit tidak berjangkit melalui satu pendekatan sistematik bermula dengan pencegahan , pengesanan awal dan rawatan yang berterusan .
“ Satu daripada komponen EnPHC adalah untuk membolehkan pengawasan tahap kesihatan dari rumah seperti bacaan tekanan darah dan gula supaya doktor dapat memantau dan menilai sebelum memberikan rawatan selanjutnya ,” katanya .
Bagaimanapun , pelbagai usaha sedang dijalankan dalam menyediakan garis panduan yang betul terutama untuk khidmat konsultasi dalam talian .
“ Buat masa ini kerajaan sedang menyemak semula dan memajukan strategi kawal selia dan dasar menggalakkan teknologi kesihatan digital . Walaupun pesakit mungkin tidak mempunyai masalah untuk berhubung dengan dengan konsultan atau doktor mengenai sakit yang dialami mereka dengan menggunakan panggilan video Skype atau Whatsapp , namun ia masih mempunyai implikasi ke atas perkara berkaitan privasi dan kerahsiaan . Maka , usaha sedang dijalankan untuk menentukan peraturan dan garis panduan sesuai untuk konsultasi maya atas talian .”
“ Ini akan menjaga hak pesakit dan melindungi liabiliti kedua-dua pihak ,” katanya .
Luqman Hafidz : Kawal pengambilan gula – M29 | Kanser prostat pembunuh senyap lelaki – M13 EKSKLUSIF : Patah anggota badan sembuh dengan urutan magis – M30 & 31 Doktor , tolong potong kaki saya ... Zeeda Aziz – M15 | “ Doktor , anak saya mengalami jaundis !” – M20
01 | APRIL , 2018 | RM5.00 | PP19290 / 03 / 2018 ( 034852 ) | www . revonmedia . com
‘ Dengki ’ pada pasangan – M16
Dato ’ Dr . Fadzilah Kamsah
Menangi hadiah bernilai RM10 ribu
peraduan di M07 & 08
Ketua Pengarah Kesihatan , Datuk Dr Noor Hisham Abdullah .
Inovasi kesihatan digital
P
ELBAGAI inisiatif dijalankan oleh pihak kementerian kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penjagaan kesihatan . Ini termasuklah usaha mereka menggalakkan penggunaan peranti perubatan sebagai medium yang efektif untuk memantau , diagnosis dan menjaga pesakit .
– Ikuti laporan penuh
ALOPESIA ada jalannya ... – Amin Hayat
– Cerita penuh di M11 & 12
Minum air yang
cukup elak dihidrasi – Nabila
Razali M28