al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 8

al-Siha | APRIL, 2018 08 NIAGA Pusat pendengaran Neesa pertama di Malaysia • Dibina dengan keluasan 3000 kaki persegi dengan 3 bilik ujian pendengaran. • Neesa juga telah membuka 9 pusat menerusi kerjasama bersama kedai optik S OLEH PUTRA MOKHTER putra.mokhter@revonmedia.com PERADUAN #NADISIHAT BERSAMA al-Siha Menangi pakej rawatan bekam 13 cup (bekam sunnah separuh badan) percuma dari Spa Bekam Ar Rayyan untuk 10 PEMBACA bertuah dengan hanya melengkapkan slogan ini! Rawatan bekam baik untuk tubuh kerana ................................................... Hantarkan slogan anda ke email alsiha@revonmedia.com Terma & syarat: 1. Tarikh tutup peraduan: 31 Mei 2018 2. Berumur 25 tahun ke atas. 3. Hadiah akan diberikan mengikut nasihat doktor, selepas konsultasi bersama mereka. 4. Setiap pemenang akan mendapat barangan berbeza, berpandukan nasihat doktor. 5. Rayuan selepas tamat tarikh peraduan tidak akan dilayan. 6. Kami dari Al-Siha tidak akan menanggungg sebarang ganti rugi ataupun kecederaan dari penggunaan produk dan rawatan yang dilakukan. EMPENA Hari Pendengaran Sedunia pada tanggal 3 Mac, Neesa (pusat khidmat pendengaran paling inovatif di Asia) telah membuka pusat khidmat pendengaran pertamanya di Sunway Nexis, Kota Damansara dengan menawarkan perkhidmatan penuh kepada rakyat Malaysia supaya dapat melakukan pemeriksaan pendengaran. Hasil kajian yang dilakukan membuktikan bahawa 70 peratus rakyat Malaysia tidak pernah menjalani ujian pendengaran. Maka, Neesa menyediakan khidmat terbaik diketuai oleh 10 ahli audiologi yang boleh memberikan khidmat nasihat, menjalani diagnosis dan sebagainya. Pusat khidmat pendengaran Neesa ini dibina dengan keluasan 3000 kaki persegi dengan 3 bilik ujian pendengaran. Selain itu juga, Neesa telah membuka 9 pusat menerusi kerjasama bersama kedai optik di seluruh Malaysia seperti Alor Setar, Kuala Perlis, Butterworth, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bharu dan Kota Bharu. “Kami merancang untuk membuka lebih banyak pusat khidmat pada 2018 dan 2019 dengan sekurang-kurangnya 20 buah pusat pendengaran dalam perancangan, untuk menangani masalah pendengaran yang semakin ketara di negara ini,” kata Helder Araujo, Ketua Pegawai Operasi Neesa. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa di peringkat global, seramai 360 juta orang (5.3% penduduk dunia) mengalami kehilangan pendengaran yang memudaratkan. Jadi, jalani pemeriksaan pendengaran setiap tahun terutamanya apabila usia semakin meningkat. MENGENAI NESSA MALAYSIA • Alat bantuan pendengaran Nessa dihasilkan di Denmark dan direka cipta bersama Apple, untuk kegunaan TV dan iPhone. • Ia adalah sebuah alat yang ringan dan selesa, yang hanya memiliki berat sebanyak 3 gram dan sekecil duit syiling 10 sen. • Nessa adalah satu- satunya pembekal alat bantuan pendengaran yang menawarkan waranti sehingga 36 bulan. • Nessa mempunyai kedudukan yang kukuh di Malaysia, Jepun dan Singapura. Spa bekam Ar Rayyan ketengahkan konsep ‘moden spa klinikal’ S PA Bekam Ar Rayyan ditubuhkan pada 2 Ogos 2015 sebagai pusat rawatan bekam kaedah perawatan moden berkonsepkan ‘SPA’ yang memberi jaminan keselesaan kepada pelanggan. Proses rawatan dikendalikan oleh beberapa orang penasihat dari bidang perubatan dan fisioterapi. Jumlah juruterapi yang bertugas ialah seramai 52 orang dan menjadikan seluruh kakitangan pusat bekam ini seramai 62 orang. Sehingga 1 Disember 2017, terdapat 10 cawangan Spa Bekam Ar Rayyan yang pada awalnya tertumpu di bahagian barat dan selatan Malaysia, dan secara perlahan-lahan melebarkan sayap perniagaan di bahagian timur Malaysia. Dijangka pada tahun 2018, terdapat Spa Bekam Ar Rayyan di bahagian utara Malaysia pula. Antara lokasi Spa Bekam Ar Rayyan adalah Gombak, Johor Bahru, Nilai, Pasir Gudang, Shah Alam, Cheras, 65. Pelanggan juga boleh mengambil servis a’la carte daripada pakej yang ditawarkan. FAKTA MENARIK MENGENAI SPA BEKAM AR RAYYAN Kota Bharu, Kuantan, Putrajaya dan Damansara. Pusat bekam ini mengikut standard piawai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berdaftar dengan agensi Pengendalian Sisa Klinikal bagi semua pelupusan sisa-sisa klinikal di setiap premis. Antara pakej rawatan yang popular adalah Bekam Sunnah 13 dan 22 Cup, Bekam Migrain dan Bekam Angin. Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan daripada RM 100 hingga RM • Memiliki 8 pakej termasuklah bekam seri wajah, bekam tanduk, bekam kepala tanpa cukur dan urutan badan. • Waktu operasi rawatan dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 petang, untuk lelaki dan wanita. • Servis yang ditawarkan ialah Bekam dan urutan badan dengan kaedah rawatan moden. • Promosi dua cup percuma apabila Check-In Facebook @ Instagram adalah sah sepanjang tahun dan setiap kali pelanggan mendapat rawatan di Spa Bekam Ar Rayyan. Layari www.spabekamarrayyan.com dan Facebook: Spa Bekam Ar Rayyan untuk info lanjut.