18
al-Siha | disember, 2019
Diari lelaki
Urat kaki bocor, berat cecah 200kg
Syakir ambil keputusan kurangkan berat badan selepas dua kali alami pendarahan teruk hingga pengsan
M
engalami masalah obesiti sejak kecil,
dengan berat badan 26kg ketika berusia lapan
tahun dan pernah mencecah 200 kilogram
(kg).
“Semasa kecil, tidak pernah terdetik di fikiran saya
bahawa berat badan berlebihan atau obesiti ini akan
mempengaruhi kehidupan pada masa akan datang.,” jelas
penghidap morbid obesiti, Mohd Syakir Nayan, 30.
Menurut anak keenam dari tujuh adik beradik ini, sikap
tidak endahnya itu menyebabkan dia mengamalkan gaya
hidup dan pemakanan tidak sihat.
“Ketika berusia 16 tahun, saya mengalami insiden
pertama dimana berlaku pendarahan di bahagian kaki
kerana urat kaki bocor," katanya.
Namun, selepas insiden pertama, beliau masih
menganggap obesiti ini sebagai satu isu biasa, dan masih
mengekalkan gaya hidup dan pemakanan yang sama.
“Ketika berusia 26 tahun, saya sekali lagi mengalami
pendarahan dan pengsan di tempat kerja. Setelah tersedar
dari pengsan, ketika itu pembantu perubatan cuba untuk
memasukkan air, tetapi gagal sehingga terpaksa mencuba
kira-kira 20 kali barulah berhasil. Lebih kurang 10 orang
diperlukan untuk memindahkan saya ke ambulans dan ketika
itu saya mula sedar saya telah menyusahkan banyak pihak.
“Keadaan bertambah teruk dan saya dirujuk kepada
pakar ortopedik Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
namun kaki dikatakan mengalami ulser.
Sejak beberapa kejadian menimpa, terdetik dalam hat-
inya untuk berubah dan berusaha mendapatkan nasihat.
“Saya dirujuk kepada Timbalan Pengerusi dan Pengasas
Bersama Kelab Ideal Unggul Berserah (KUIB), Dr Zuraidah
Fadzillah dan juga pakar pemakanan agar mengamalkan
pemakanan sihat selain menemui pakar psikologi dan
fisioterapi.
“Saya berjaya mengurangkan berat badan kepada 173kg dan
masih berusaha untuk mencapai berat badan ideal," katanya.
Sementara itu, Profesor Madya Dr Alex Tan, Pakar
Perunding Endokrinologi, Pusat Perubatan Universiti
Malaya berkata kira-kira 650 juta orang dewasa dan lebih
120 juta kanak-kanak dan juga remaja di seluruh dunia
hidup dengan obesiti.
Di Malaysia, statistik ini juga membimbangkan, - di
mana menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebang-
saan 2015, satu pertiga (33.4peratus) daripada orang
dewasa berumur lebih 18 tahun mempunyai berat badan
berlebihan, dan 30.6 peratus adalah obes, berdasarkan
Garis Panduan Amalan Klinikal Malaysia Klasifikasi Obesiti
(2004).
Obesiti dianggap oleh orang ramai sebagai pilihan gaya
hidup, tetapi punca di sebalik obesiti adalah lebih rumit
daripada itu.
“Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa obesiti ialah
penyakit yang rumit dan berbilang faktor, dipengaruhi
oleh sama ada faktor genetik, fisiologi, persekitaran atau
psikologi,” katanya.
Obesiti juga menyebabkan komplikasi kesihatan yang
serius dan dikaitkan dengan gangguan kualiti hidup.
Manakala Pakar Bedah Bariatrik dan Metabolik, Pusat
Perubatan Sunway Datuk Dr Tikfu Gee berkata, obesiti
diklasifikasikan sebagai penyakit kronik, tetapi kita masih
perlu berusaha untuk mengubah cara orang ramai berfikir
tentang obesiti. Sesungguhnya sokongan untuk pesakit-
pesakit ini penting untuk membantu mereka menangani
keadaan mereka. — al-Siha
Saya berjaya
mengurangkan berat
badan kepada
173kg dan
masih
berusaha
untuk
mencapai
berat
badan
ideal”
– Mohd
Syakir