al-Siha : December 2019 | Page 3

Disember, 2019 | al-Siha Nota Pengarang Cegah denggi segera! K habar gembira dari kampung Tumpat, Kelantan, dimana tempat saya dibesarkan. Rumah kami terpilih sebagai pemenang tempat pertama kediaman bersih dan ceria. Program yang julung kali diadakan itu bertujuan asal untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes, namun menjadi satu acara yang begitu meny- eronokkan apabila majoriti penduduk kampung berlumba-lumba untuk mencantikkan kediaman masing-masing. Bukan gelaran juara atau hadiah wang ringgit yang kami kejar. Tetapi kerjasama semua pihak dalam memastikan kediaman masing-masing selamat, bersih dan ceria menjadikan penduduk kampung lebih cakna tentang persekitaran rumah. Sebelum ini, kes denggi agak tinggi di kampung kami, sehingga ada kematian direkod melibatkan kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Pada hemat saya, aktiviti seumpama ini patut diadakan di semua kampung di seluruh Malaysia dan pihak berkenaan perlu menyokong dan sama-sama turun padang. Kes denggi terkini di Malaysia sudah mencecah, 120,117 pada 30 Disember dengan 300 kes dilapor- kan setiap hari. Apa agaknya sumbangan kita untuk mencegah denggi di kawasan kediaman kita? Norzira Syarini Mohammed Pauzi Hitam legam… Paru-paru seorang lelaki berusia 52 tahun dipercayai merupakan perokok tegar selama 30 tahun. Lelaki ini meninggal dunia akibat mati otak dan berdaftar sebagai penderma organ. Walau bagaimanpun, Pakar Perubatan Hospital Rakyat Wuxi di Jiangsu, China memutuskan untuk tidak memberikan paru-paru itu kepada mana-mana pesakit bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. • Kaitan sepsis dan kerintangan antibiotik • Hilangkan rasa mual ketika hamil 17 ANAK OH ANAK! • Rangsang minda ketika bermain • Dulu desleksia, kini penari profesional 20-21 TENTANG WANITA • Fungsi hati kian lemah • Usah malu hidap sindrom MRKH 22-23 DIARI LELAKI • Urat kaki bocor, berat cecah 200kg • Pam zakar bawa mudarat? 24 JOM CERGAS • Teacherobik 'perangi' obesiti pelajar • Terus istiqamah lakukan senaman 25 PERSONALITI • Taleeb Mizad 'multitasker' 26 – 27 EKSKLUSIF • Jadi 'guru' selepas mati • Manfaat tubuh demi masyarakat • Reaksi pelajar Untuk memastikan awak kekal cergas sampai tahun depan, saya dah belikan sepasang kasut sukan. Pengarang norzira.syarini@revonmedia.com 03