04
al-Siha | Disember, 2019
BULETIN
Naik taraf NICU Hospital Shah Alam
Tambah baik perkhidmatan berdasarkan peningkatan kadar kelahiran bayi pramatang setiap tahun
H
ospital Shah Alam menaik
taraf wad Unit Rawatan Rapi
Neonatal (NICU) berikutan
kadar kelahiran bayi pramatang
menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Menurut Pengarah hospital, Dr Ruzita
Othman, sebanyak RM82,850 telah
dibelanjakan untuk kerja-kerja menaik
taraf bermula September 2018.
“Selain penambahan terminal gas,
terdapat penambahan pada panel kepala
katil dan juga room-in untuk keperluan
para ibu yang ingin menemani bayi pra-
matang yang sedang di rawat,” katanya.
Jelas beliau, sejak 2016, sebanyak 493
bayi pramatang telah dilahirkan dan
meningkat kepada 567 kelahiran pada
2017, dan angka ini terus meningkat pada
2018 dengan 807 kelahiran dan Ogos lepas,
sebanyak 452 kelahiran bayi pramatang
direkodkan.
Katanya, bilangan bayi yang dimasuk-
kan ke NICU juga turut bertambah.
FoTo: BERNAMA
Tengku Permaisuri Norashikin (duduk, dua dari kanan) bersama bayi pramatang
selepas merasmikan Majlis Graduasi Bayi Pramatang di Hospital Shah Alam,
baru-baru ini. Turut hadir , Dr Lee Boon Chye (berdiri, dua dari kiri).
“Pada tahun 2016, wad NICU telah
beroperasi dengan kekuatan tiga orang
Pakar Perubatan Pediatrik, enam pegawai
perubatan dan 29 anggota paramedik.
Kini anggota telah dipertingkat kepada
8 orang Pakar Perubatan Pediatrik, 24
orang pegawai perubatan dan 65 anggota
paramedik,” katanya semasa berucap pada
Majlis Graduasi Bayi Pramatang hospital
berkenaan.
Majlis graduasi yang julung kali dian-
jurkan itu diserikan dengan keberangkatan
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Per-
maisuri Norashikin.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kesi-
hatan, Dr Lee Boon Chye.
Dr Lee Boon Chye berkata, kira-kira
lapan peratus bayi lahir pramatang
setiap tahun di Malaysia, dan kelahiran
pramatang ini antara satu penyebab
utama kepada kematian bayi di seluruh
dunia.
“Kami di Kementerian Kesihatan
Malaysia amat peka dengan perkem-
bangan kelahiran bayi pramatang dan
sentiasa cuba memberikan pendidikan
bagi meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap kelahiran bayi pramatang,” kat-
anya. — al-Siha
7 juta penghidap diabetes menjelang 2050
Dari kiri, Hairul Azreen, Syafiq Kyle,
Graham, Lee Chong Wei dan Mira
Filzah pada perasmian Aktifkan
Malaysiaku di Bukit Jalil.
Kekal aktif
dan terhidrat
Aktifkan Malaysiaku anjuran 100PLUS
telah diadakan baru-baru ini di Stadium
Nasional Bukit Jalil.
Pengarah Pemasaran (Malaysia) F&N
Beverages Marketing Sdn. Bhd, Graham
Lim berkata program ini diadakan
bertujuan mengajak orang ramai untuk
menjalani gaya hidup yang aktif.
“Melalui Aktifkan Malaysiaku, kami
berharap agar rakyat Malaysia mampu
mengimbangi aktiviti yang aktif demi
kesihatan mereka, dan memahami makna
sebenar kehidupan yang seimbang dan
gaya hidup yang aktif,” katanya.
“Aktifkan Malaysiaku telah menjelajah
di tiga buah negeri di seluruh Malaysia
bermula di Kota Kinabalu, Kuala Tereng-
ganu dan berakhir di Stadium Nasional
Bukit Jalil.”
Lebih menarik, setiap peserta Aktifkan
Malaysiaku menerima baju-T eksklusif
yang diperbuat sepenuhnya daripada botol
plastik yang dikitar semula.
“Ini adalah permulaan untuk inisiatif
dan inovasi alam sekitar yang lebih hebat di
masa hadapan dan pada masa yang sama
juga 100PLUS memastikan warga Malaysia
kekal aktif dan terhidrat.”
“Inovasi ini diharap dapat memberi
impak positif terhadap alam sekitar,”
ujarnya.
Jelasnya, 100PLUS Aktifkan Malaysiaku
kali ini menerima lebih dari 10,000 peny-
ertaan dan lebih istimewa kerana turut
melibatkan barisan duta 100PLUS seperti
ikon sukan negara Datuk Wira Lee Chong
Wei, dan selebriti seperti Hairul Azreen,
Mira Filzah dan Syafiq Kyle. — al-Siha
Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) mendedahkan 3.5 juta rakyat
Malaysia menghidap diabetes, kadar ter-
tinggi di Asia, dan statistik ini dijangka
meningkat kepada tujuh juta penghidap
menjelang 2025.
Ketua Setiausaha, Kementerian Kesi-
hatan Malaysia, Datuk Seri Dr Chen Chaw
Min berkata, dengan peningkatan bilangan
penghidap diabetes, usaha pencegahan
perlu diperkasakan.
“Kami terus berusaha meningkatkan
kesedaran dalam kalangan pesakit dan
masyarakat, kami percaya institusi keluarga
juga memainkan peranan penting, dalam
membantu pesakit menguruskan penyakit,
sekaligus mendidik ahli keluarga tentang
diabetes,” katanya dalam ucapan pada
pelancaran projek ‘Sama-Sama’, kerjasama
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Novo
Nordisk sempena Hari Diabetes Sedunia
2019.
“Kami berbangga untuk bekerjasama
dengan Novo Nordisk dalam projek
‘Sama-Sama’ yang memberi tumpuan
memperkasakan ahli keluarga penghidap
diabetes untuk mewujudkan persekitaran
sokongan yang lebih baik bagi pesakit dan
juga keluarga secara keseluruhannya,”
ujarnya.
Persekutuan Diabetes Antarabangsa
(IDF) menerusi kempen Hari Diabetes
Sedunia 2019 bertema Keluarga dan Dia-
betes, berusaha meningkatkan kesedaran
tentang kesan diabetes terhadap keluarga
dan menekankan peranan keluarga dalam
pengurusan, penjagaan, pencegahan dan
pendidikan diabetes.
Sejajar dengan hasrat IDF dan sempena
Hari Diabetes Sedunia 2019, Novo Nordisk
dan Kementerian Kesihatan Malaysia
bergabung tenaga menjayakan projek
‘Sama-Sama’ untuk memperkasakan dan
mengupayakan penjaga pesakit keluarga
dalam pengurusan dan pencegahan
diabetes.
Projek perintis tersebut akan dilan-
carkan tahun ini, membabitkan pesakit
dan ahli keluarga mereka yang tinggal di
Putrajaya. Para peserta akan dipilih dari-
pada empat klinik kesihatan yang terletak
dalam Putrajaya.
Duta Denmark ke Malaysia, TYT
Jesper Vahr berkata, pihaknya berbesar
hati dengan kerjasama ini atas kejayaan
pelancaran projek ‘Sama-Sama’.
Sementara itu, Naib Presiden Ekse-
kutif, Operasi Antarabangsa, Maziar
Mike Doustdar berkata pihaknya
sentiasa bersedia untuk menangani
diabetes dan penyakit yang dihidapi
serentak.
“Menerusi kempen Hari Diabetes
Sedunia, kami sedar beban diabetes
yang semakin meningkat dan kesannya
bukan sahaja ke atas pesakit, tetapi juga
ahli keluarga mereka. Justeru, menerusi
projek ‘Sama-Sama’, kami berharap untuk
memperkasakan ahli keluarga dengan
ilmu, kemahiran dan sokongan untuk
membantu meningkatkan pengurusan
diabetes, menambah kesedaran tentang
diabetes, dan juga meningkatkan kualiti
kehidupan keseluruhan dalam kalangan
ahli keluarga,” jelasnya. — al-Siha
Pekerja Malaysia alami tekanan melampau
Sebanyak 51 peratus pekerja di Malaysia
mengalami tekanan berkaitan kerja dan
53 peratus kurang tidur selama tujuh jam
dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Ben
Ng berkata, perolehan ini hasil tinjauan
Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia yang
dijalankan oleh AIA Vitality 2019 dengan
rekod penyertaan daripada 230 buah
organisasi yang berbeza saiz dan daripada
pelbagai sektor di seluruh Malaysia yang
mewakili gabungan tenaga kerja seramai
17,595 orang.
“Sebagai penyedia insurans hayat dan
kesihatan, kajian seumpama ini adalah
antara sumbangan dan usaha pihaknya
untuk terus mewujudkan kesedaran
tentang manfaat yang diperoleh melalui
tenaga kerja yang sihat,”katanya.
“Kajian menunjukkan, sebanyak 84
peratus pekerja melaporkan satu atau lebih
masalah muskuloskeletal manakala lebih
daripada separuh responden menyatakan
bahawa mereka tidur kurang dari tujuh jam
setiap hari dengan 14 peratus corak tidur
sangat tidak baik.”
Sesi diskusi pada sidang Kemuncak Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia 2019.
Sementara itu, seramai 17 peratus
pekerja melaporkan bahawa mereka
berasa penat dan letih setiap hari,
namun 20 peratus daripada mereka
tidak boleh menentukan bila masanya
untuk berehat.
Jelasnya, majikan perlu sedar bahawa
tenaga kerja yang ceria dan rehat secu-
kupnya lebih produktif, selain perlu
menggalakkan intervensi yang bukan
sahaja tertumpu kepada kesihatan fizikal
dan pemakanan yang sihat, tetapi juga
kesejahteraan mental.
“Adalah menjadi harapan kami untuk
tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malay-
sia oleh AIA Vitality terus memacu tindakan
yang lebih positif untuk manfaat tenaga
kerja rakyat Malaysia,” tambah Ben dalam
ucaptama sempena Sidang Kemuncak
Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia 2019
yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri
Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. — al-Siha