al-Siha : December 2019 | Page 5

Disember, 2019 | al-Siha BULETIN 05 Bendung kemurungan elak kematian Punca kematian kedua tertinggi bagi golongan berusia 15 hingga 29 tahun K emurungan dan keresahan antara punca kema- tian kedua tertinggi bagi kumpulan individu berumur 15 hingga 29 tahun di Malaysia. Menu- rut laporan Teknikal Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2016 yang diambil dari data Kajian Morbiliti dan Kesihatan Kebangsaan (NHMSI2015), kadar kelaziman masalah mental dalam kalangan berumur 16 tahun adalah 29.2 peratus. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, bagi kanak-kanak remaja, kadar kelaziman per- cubaan bunuh diri bagi mereka yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun (NHMSI2017) adalah sebanyak 6.9 peratus manakala 7.3 peratus mempunyai rancangan dan 10 pera- tus mempunyai idea untuk mencuba. “Saringan Depression, Anxiety and Stress Scales (DASS21) mendapati kadar kemurungan adalah 17.7 peratus (1 dalam 5 orang), keresahan sebanyak 39.5 peratus (2 dalam 5 orang), manakala tekanan ialah 10.1 peratus (1 dalam 10 orang),” katanya. Tambah beliau, bagi tingkah laku mencederakan diri pula, data KKM pada 2011 mendapati sejumlah 4,815 kes baharu dilaporkan pada tahun tersebut lantaran mencatat- kan kadar kelaziman 17 per 100,000 populasi di Malaysia. “Semua ini jelas menunjukkan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencegah kecenderungan bunuh diri dan diharapkan agar Fun Walk ini sedikit seban- yak meningkatkan kesedaran mengenai penyakit mental dan juga bunuh diri,” beliau ditemui berkata demikian pada program ‘Walk the Talk’ sempena World Mental Day 2019 yang diadakan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh yang dianjurkan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan hospital terbabit. Dr Lee Boon Chye (dua dari kanan) pada program 'Walk the Talk' sempena World Mental Day 2019 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dr Lee Boon Chye turut menyeru orang ramai, sama ada diri sendiri, ahli keluarga atau kenalan untuk menemui doktor dan mendapatkan rawatan segera. “Amalkan gaya hidup sihat, makan makanan seimbang, pastikan tidur yag cukup, lakukan aktiviti sukan dan riadah, serta luangkan masa secukupnya untuk aktiviti sosial dan keagamaan masing-masing kerana semua ini menjamin kesejahteraan fizikal dan mental,” akhiri beliau. — al-Siha Kempen Komuniti Penyayang lawan obesiti kanak-kanak Dr Dzulkefly (duduk, dua dari kiri) bersama Persatuan Tweet Perubatan Malaysia. Dr Dzulkefly sokong media sosial perubatan Dr Muhammad Izzat Abdul Razak (kiri) dan Dr Rafidah Abdullah bersama wakil WHO, Paige. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah melancarkan kempen Kami #PilihSihat bersempena dengan Mini Simposium yang telah dianjurkan oleh Medical Tweet Malaysia (MedTweetMY) di Rumah Tangsi baru-baru ini. Program Mini Simposium MedTweetMY ini merupakan kerjasama di antara MedTweetMY, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO) Malaysia. Mini Simposium ini turut dihadiri oleh kumpulan media sosial yang lain seperti Medical Mythbuster Malaysia, Ini Sains Beb, DoktorBudak, InfoSihat4U, Root of Sciences, Malaysian Male Nurse, Delegation of Nurses, Public Health Malaysia, Laman Minda, IMAM, Kenali Ubat Anda, Geng Farmasi Otai, termasuk wakil dari KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri. Kempen Kami #PilihSihat adalah kesinambungan daripada kejayaan kempen #PerangMelawanMitos yang memerangi fakta-fakta kesihatan yang tidak benar yang berlegar di kalangan masyarakat, manakala Kami #Pilih- Sihat pula lebih fokus kepada gaya hidup sihat dan health ownership. Kempen hashtag Kami #PilihSihat diharap dapat mem- bincangkan segala isu perubatan, kesihatan awam serta pendedahan terbaik kepada masyarakat. Datuk Seri Dr Dzulkefly telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi beliau terhadap gerakan media sosial dan berharap kumpulan media sosial terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan mendidik masyakat Malay- sia. — al-Siha Ayam Brand memperluaskan program CSR kepada kanak- kanak dari sekolah rendah dengan mengadakan ‘Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2019, Sihatkan Malaysia, Mula Sekarang’.  Menurut Pengerusi Ayam Brand, Yang Mulia Tunku Dato’ Mu’tamir Tunku Tan Sri Mohamed, kempen CSR yang telah dilaksanakan selama kira-kira 12 tahun ini telah menyumbang 1.76 juta makanan sihat untuk tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih dari 20,000 orang dari 482 rumah amal dan NGO. Jelasnya, kempen tahun ini membiayai dan mendidik 42 rumah amal, mendidik 25 sekolah di seluruh negara, selama lebih tiga bulan, dan dianggarkan 1,800 penerima dengan jumlah 324,000 hidangan Ayam Brand. “Ayam Brand amat prihatin terhadap isu obesiti di negara ini dan bersedia untuk membantu, bermula dengan kanak-kanak kerana mereka adalah yang paling mudah dididik. Semoga program kali ini dapat membantu mengurangkan obesiti kanak-kanak, serta menyediakan makanan yang lebih berkhasiat, “kata Tunku Dato ‘Mu’tamir. Acara berkenaan dimulakan dengan pengenalan interaktif kepada konsep #sukusukuseparuh, diikuti oleh sepuluh pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak yang menyediakan makanan berdasarkan prinsip 3S, suku suku separuh.   — al-Siha Tunku Dato 'Mu'tamir (kiri) menyaksikan cef cilik menyediakan hidangan sihat suku-suku separuh.