al-Siha : December 2019 | Page 6

06 al-Siha DISEMBER, 2019 BULETIN Siti Nurhaliza dan Permaisuri Agong bersama staf Alpha IVF & Women's. Alpha IVF & Women's lebar sayap Buka pusat rawatan kesuburan baharu, bantu pasangan timang cahaya mata A lpha IVF & Women’s Spe- cialists, membuka pusat kesuburan yang baharu di Kota Damansara. Pusat kesuburan tersebut telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Pengasas dan Pengarah Urusan Alpha IVF‒KL, Datuk Dr Colin Lee berkata pihaknya sentiasa komited untuk mem- bantu setiap pasangan mencapai hasrat bergelar ibu bapa. “Dengan tahap kepakaran yang tinggi dan teknologi yang inovatif, kami menawarkan pelbagai penyelesaian yang optimum kepada pasangan-pasangan untuk keperluan kesuburan,” jelasnya. Alpha IVF ‒ KL diuruskan oleh lima pakar kesuburan dan 19 pakar embriologi, genetik, andrologi dan saintis yang telah menghasilkan lebih dari 150 hasil kerja saintifi k berkaitan rawatan kesuburan dan telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang pertama seumpamanya di dunia dalam bidang IVF. Permaisuri Agong ketika bertitah dalam majlis perasmian terbabit. Berkeluasan 30,000 kaki persegi, Alpha IVF - KL dibina untuk menjadi hab sehenti bagi rawatan kesuburan yang menyediakan rawatan kesuburan yang komprehensif dan pelbagai. Selain dilengkapi dengan teknologi perubatan yang canggih, termasuk empat unit EmbryoScope+ iaitu kemudahan pengawasan embrio selang masa, pusat kesuburan ini turut memiliki sistem Cryo- tec Cryopreservation yang telah mencapai kadar ketahanan hidup sebanyak 100 pera- tus dengan konsisten untuk embrio dan blastosista semasa proses beku-cair.  Sejak penubuhannya pada 2011, teknologi canggih Alpha IVF - KL diiktiraf dengan Kadar Kehamilan Klinikal IVF sebanyak 82.9 peratus, setanding dengan pusat-pusat rawatan IVF yang terbaik di dunia. Alpha IVF-KL juga telah dianugerahkan sebagai Penyedia Perkhidmatan Kesub- uran yang Terbaik di Asia Pasifi k 2019 oleh Global Health and Travel serta sebagai Pusat Rawatan Kesuburan Terbaik di Malaysia untuk Amalan Terbaik pada 2018 oleh Frost and Sullivan. Sejak sekian lama, Raja Permaisuri Agong telah menyokong pasangan-pasan- gan yang mempunyai masalah kesuburan melalui Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) . Sempena pembukaan pusat rawatan baharu, Alpha IVF-KL akan menaja 15 rawatan IVF sebagai tanda sokongan kepada TAFF. Hadiah penajaan tersebut telah dipersembahkan kepada Raja Permaisuri Agong oleh Datuk Dr Colin Lee bersama beberapa kanak-kanak yang dilahirkan hasil rawatan melalui usaha sama antara Alpha IVF‒KL dengan TAFF.  Penyanyi terkenal Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin, turut meng- hadiri majlis pelancaran tersebut. Beliau memberikan penghormatan kepada Raja Permaisuri Agong dengan menyanyikan lagu popularnya, Comel Pipi Merah. — al-Siha Piawaian penjagaan obesiti Di seluruh dunia, lebih 184 juta orang layak dari segi perubatan untuk menjalani pem- bedahan bariatrik. Bagaimanapun kurang dari satu peratus menjalani rawatan yang paling berkesan dan berpanjangan untuk menangani obesiti ini. Pakar Perunding Perubatan dan Endokrinologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Norlaila Mustafa berkata, terdapat beberapa faktor yang mencabar individu menurunkan berat badan, antaranya genetik dan hormon,” katanya. Jelas beliau, individu layak menjalani pembedahan bariatrik sekiranya BMI 40 atau lebih dan beberapa keadaan lain yang perlu dititikberatkan. Ketua Kumpulan Pembedahan Johnson & Johnson Sdn Bhd, Christopher Henry berkata obesiti menyebabkan kecemasan kesihatan global yang membimbangkan. “Pembedahan memberi kesan ketara, dan berterusan tetapi kurang dari dua pera- tus pesakit yang layak (mereka dengan BMI >40),” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran kempen Reclaim Life with Bar- iatric Surgery anjuran Johnson & Johnson Sdn Bhd sempena Hari Obesiti Sedunia. “Selama lebih 20 tahun, Ethicon telah melabur dalam sains dan rawatan pem- bedahan laparoskopik untuk menukar pembedahan bariatrik daripada pembedahan risiko tinggi kepada prosedur kurang invasif.” “Johnson & Johnson juga komited untuk menangani masalah obesiti dan penyakit metabolik dengan menyokong pakar bedah untuk menaikkan piawaian penjagaan mereka dalam rawatan obesiti.” katanya. — al-Siha Perbincangan tentang topik obesiti dan pembedahan bariatrik sempena pelancaran kempen Reclaim Life with Bariatric Surgery. Laporan beban penyakit kardiovaskular Bayer Co. (Malaysia) Sdn Bhd (Bayer) melancarkan Laporan Healthy Hearts, Healthy Aging Malaysia. Laporan tersebut menjelaskan tentang beban penyakit kardiovaskular (CVD) dalam sistem kesi- hatan negara, yang kini semakin meningkat seiring pertambahan usia populasi rakyat Malaysia. Dihasilkan dengan usahasama NUS Enterprise, bahagian keusahawanan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), laporan berkenaan merupakan edisi Malaysia bagi laporan Healthy Hearts, Healthy Aging Asia Pacifi c dan ia merang- kumi gabungan pandangan para pakar CVD tempatan. Pengarah Perubatan Fakta Negara, Bahagian Bayer Pharmaceuticals Singapura MALAYSIA ALAMI dan Malaysia, Dr Ken- PERALIHAN DEMOGRAFI neth Sim berkata sejak KEPADA POPULASI beberapa dekad yang lalu, SEMAKIN BERUSIA inovasi dalam perubatan dan teknologi telah membawa kepada penambahbaikan luar Laporan Healthy Hearts, Healthy Aging Malaysia dilancarkan sempena sambutan 10 tahun pembabitan Bayer dalam penjagaan kesihatan jantung rakyat Malaysia. biasa dalam penjagaan penyakit kardiovaskular. “Ekoran daripada perali- han demografi Malaysia kepada populasi yang semakin berusia, kita memerlukan suatu era baharu inovasi kesihatan yang memfokus kepada menghalang progres penyakit serta menyediakan penjagaan lebih baik untuk membantu pesakit dan masyarakat menangani beban penyakit itu. “Kami berharap dengan pandangan- pandangan yang dikumpul melalui laporan Malaysia ini dapat mendorong kerjasama yang luas antara pelbagai sektor dalam kalangan pihak-pihak pent- ing untuk menyokong sistem kesihatan mapan,” katanya. Penyakit Kardiovaskular (CVD) merupakan salah satu isu kesihatan yang paling membimbangkan di Malaysia. Statistik kebangsaan terbaru menunjukkan penyakit kardiovaskular masih kekal sebagai punca utama kematian di Malaysia, merangkumi hampir 16 peratus bagi keseluruhan punca kematian pada tahun 2018. — al-Siha