DISEMBER 2019 | al-Siha
HALAL
H
alal berasal dari frasa dalam bahasa Arab yang
bermaksud dibenarkan atau dibenarkan oleh
undang-undang Islam. Apabila istilah ini
digunakan dalam aspek makanan, ia merujuk
kepada makanan yang boleh dimakan, tetapi jika tidak
dinyatakan sebagai halal, maka makanan tersebut
dikategorikan sebagai haram dan tidak boleh dimakan.
Persepsi halal ini juga turut diaplikasikan dalam bidang
farmaseutikal.
Menurut Pengarah Kanan Program Perkhidmatan
Farmasi KKM, Dr Ramli Zainal, secara umumnya, farma-
seutikal halal adalah tentang penghasilan produk atau
ubat-ubatan yang dibenarkan oleh syarak dan melalui
kaedah pemprosesan yang menekankan kebersihan dan
standard kualiti yang sepatutnya.
07
Penggunaan ubat
ikut perspektif Islam
TANGGUNGJAWAB SEMUA
Jelas beliau, doktor dan juga pegawai farmasi perlu
bertanggungjawab menyediakan maklumat ten-
tang farmaseutikal halal kepada pesakit yang
mendapatkan bekalan ubat-ubatan.
Fakta
“Setiap pesakit perlu tahu tentang ubat-
PRODUK YANG MEMPUNYAI
ubatan yang ingin digunakan, dan berhak
GELATIN BOVINE BOLEH
untuk memilih rawatan yang di gunakan,”
DIMAKAN OLEH ORANG
katanya.
MUSLIM JIKA BERASAL DARI
Tambah beliau, pada 2018, Program
LEMBU YANG DISEMBELIH DAN
Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan
DIURUSKAN DENGAN
‘Panduan Penggunaan Ubat-Ubatan dari
BETUL
Perspektif Islam’ untuk memberi kefahaman
dan penjelasan kepada golongan profesional
kesihatan, perawat kesihatan dan sebagai rujukan kepada
umat Islam mengenai aspek penggunaan ubat-ubatan
mengikut hukum syarak, agar tidak timbul keraguan dan
kekeliruan.
Inisiatif ‘Panduan Penggunaan Ubat-Ubatan dari
Perspektif Islam’ bertujuan untuk, memberikan kepada
pesakit ubat-ubatan halal, maklumat terperinci tentang
ubat, hak untuk memilih ubat dan juga untuk mendapat-
kan kebenaran sekiranya terpaksa menggunakan ubat
yang tidak halal.
Katanya, perkara ini sedikit sebanyak membantu
pengguna untuk membuat pilihan dan mereka akan lebih
mengambil berat tentang apa yang akan makan, di ambil,
termasuk apa yang ditulis pada label produk.
KAWALAN UBAT-UBATAN
Jelasnya, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hanya
membenarkan logo halal diletakkan pada produk kosme-
tik, produk tradisional, suplemen kesihatan dan ubat am
(over-the-counter) saja sebelum dipasarkan.
“Hal ini kerana, produk seumpama ini digunakan atas
pilihan pengguna itu sendiri.
Untuk memastikan keselamatan pengguna,
pengilang dan pemegang pendaftaran produk yang
mengandungi gelatin perlu mengisytiharkan sumber
gelatin dalam produk yang didaftarkan ke bahagian
Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Terdapat dua jenis gelatin, iaitu gelatin bovine atau
gelatin porcine yang berasal daripada khinzir.
Produk yang mempunyai kandungan gelatin bovine
boleh dimakan oleh orang Muslim jika berasal dari lembu
yang disembelih dan diuruskan dengan betul. Namun
gelatin bovine juga boleh dihasilkan daripada lembu yang
tidak disembelih dan sumbernya adalah diragui dan tidak
boleh dimakan.
PERANAN PBKD
Semua ubat-ubatan perlu didaftarkan dengan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui penilaian oleh
NPRA yang merupakan sekretariat kepada PBKD mengikut
peruntukan perundangan dalam Peraturan-peraturan
Setiap pesakit perlu
tahu tentang ubat-
ubatan yang ingin
digunakan, dan berhak
untuk memilih rawatan
yang di gunakan” -Dr Ramli
Zainal
Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
PBKD adalah satu-satunya jawatankuasa yang sah bagi
meluluskan ubat-ubatan di Malaysia. Setiap produk yang
berdaftar dengan PBKD akan mempamerkan nombor
pendaftaran yang bermula dengan abjad ‘MAL’ pada
bungkusan produk berkenaan.
Pengilang dan pemegang
pendaftar produk perlu
mendaftar ubat di NPRA
sebelum dipasarkan
bagi memastikan produk
selamat,berkualiti dan
berkesan.
Pengawalan ke atas kualiti, keselamatan dan keberke-
sanan produk dijalankan melalui proses penilaian ke
atas dokumen berkaitan proses pengilangan, kajian
praklinikal dan klinikal serta pengujian kualiti sesuatu
produk.
Selain itu, badan berkenaan juga juga memainkan per-
anan penting ke arah pembangunan industri penghasilan
ubat-ubatan di Malaysia.
Setiap jenis produk perlu dihasilkan mengikut piawaian
antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dan badan bertauliah yang lain.
Katanya garis panduan umum dalam pengilangan
dan pengendalian farmaseutikal halal terkini adalah
mengikut standard kebangsaan MS 2424:2012 Farma-
seutikal Halal.
“Program Perkhidmatan Farmasi baru-baru ini menyer-
tai Institut Standards dan Metrologi untuk Negara-Negara
Islam (SMIIC) yang dianjurkan oleh Standard Malaysia.
SMIIC merupakan sebuah institusi berkaitan bagi
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang memainkan
peranan dalam pengharmonian standard antara
negara-negara OIC terutamanya yang berkaitan stan-
dard halal.
Persijilan MS2424 merupakan perintis bagi
menentukan hala tuju industri halal global dan juga
memantapkan lagi aspirasi menjadikan negara sebagai
Hab halal dunia dan Malaysia sebagai sebuah negara
Islam contoh yang menjadi rujukan dunia dan logo
“halal Malaysia” dipandang tinggi daripada aspek
integriti dan ketelusan dalam menegakkan prinsip
Halalan Toyyiban. — al-Siha