al-Siha : February 2019 | Page 3

februari, 2019 | al-Siha nota pEngarang 03 aaref WaTaD / GeTTY iMaGeS Rezeki tepat pada masanya T ERTARIK sungguh dengan satu ‘status’ yang dimuatnaik ke laman facebook milik seorang sahabat maya dimana setiap baris ayat, benar-benar buat saya berfi kir sejenak. Disini saya kongsi sedikit buat tatapan semua. “Ada orang, susah hati kerana belum bertemu jodoh.  Difi kirannya siapalah yang akan menjaganya apabila sudah tua nanti. Ada orang, sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan anak dan terfi kir siapakah yang akan menjaganya apabila sudah tua nanti. Ada orang, ada anak, tetapi hanya seorang, dan terfi kir jika anaknya jauh, apa pula nasibnya nanti. Apa masalah kita sebenarnya? Adakah kita sedang meletakkan masa depan kita di tangan manusia? Walhal yang menjaga kita dan sekalian alam itu ALLAH. tidaK putuS aSa dan MEnEruSKan pErJuangan … Maya Merhi, anak kelahiran Syria disamping kaki palsu miliknya. Maya yang kini berusia lapan tahun dilahirkan tanpa kaki, dan kental berjuang meneruskan kehidupannya bersama keluarga di kem Syria. • Senaman asas di pejabat 29 PERSONALITI • Tidur cukup kekalkan momentum Izzue Islam 30-31 EKSKLUSIF • Cemas! Kemalangan depan mata, apa perlu buat? • Bahagian tubuh putus boleh disambung semula? • Bebas lampin awal • Jangan biarkan anak tidur meniarap! 22-23 DIARI LELAKI • Pulih kanser hidung, Kusairi bangkit! • Mudarat minuman tenaga • Kadar bunuh diri dikalangan lelaki meningkat 24-25 TENTANG WANITA • Buang tiroid, selamatkan Hawa 26 VETERAN • Alzheimer normal atau tidak? 27 JOM SIHAT • Diet pesakit kanser 28 • Resepi sihat dengan susu badam JOM CERGAS • Etika jurulatih kecergasan (Bahagian 2) Berapa ramai yang mempunyai anak yang ramai, cukup bilangan baik lelaki mahupun perempuan, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggal seorang diri. Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60, 70, dan 80 tahun masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru mengingjak ke angka 50 tahun, namun sudah sakit lutut, jalan bertongkat walau anak-anak ada di sisi untuk menjaganya. Itulah yang dikatakan sebagai rezeki dan rezeki itu adalah hak milik Allah. Tidak akan terlalu lambat, tidak pula terlalu cepat, tetapi tepat pada masanya. Norzira Syarini Mohammed Pauzi Pengarang norzira.syarini@revonmedia.com