al-Siha : January 2019 | Page 8

08 al-Siha | januari, 2019 pena pakar Nak cantik tempah maut Oleh Mohd Shahiri Abd Ghapar Pegawai Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang “A nda ingin kulit wajah yang putih, licin dan gebu? Mahukah tona kulit yang sekata dan lebih cerah?” Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti daripada anggota masyarakat, lebih-lebih lagi golongan wanita pasti akan menjawab “ya” sebagai jawapan kepada soalan tersebut. Hal ini secara umumnya menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi terhadap produk kosmetik dan kecantikan dalam pasaran. Malangnya, dalam lambakan produk tersebut, terdapat beberapa jenis produk daripada beberapa jenama dirampas kerana didapati tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau dicampur palsu dengan bahan-bahan terlarang yang tidak dibenarkan. Senario ini sangat berbahaya kepada para pengguna memandangkan kandungan bahan terlarang dalam produk-produk tersebut boleh memudaratkan. Ia bukan sahaja berisiko untuk memberi kesan sampingan yang tidak diingini, malah boleh menyebabkan kematian. Campur Palsu Bahan Terlarang: Taktik Mempercepat Kesan, Menarik Kepercayaan Pelanggan Beberapa produk kosmetik yang digunakan untuk tujuan pencerahan kulit, merawat masalah jerawat dan anti- penuaan didapati tercemar dengan bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone, tretinoin, asid azelaik dan merkuri. Hydroquinone, tretinoin dan asid azelaik merupakan racun berjadual dan hanya dibenarkan dalam produk farmaseutikal yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja. Bahan-bahan ini hanya boleh digunakan oleh pesakit untuk tujuan perubatan atas nasihat doktor yang bertauliah. Penggunaan produk- produk yang dicampur palsu tanpa kawalan boleh membahayakan pengguna. Sebagai contoh, hydroquinone sering dimasukkan dalam krim pemutih kerana ia mempunyai kesan mengha- lang proses pigmentasi (depigmentasi) pada kulit. Namun, di samping memberikan kesan pemutihan, hydroquione boleh menyebabkan kulit menipis, perubahan warna kulit yang tidak diingini atau kulit menjadi hipersensitif. Penggunaan hydroquinone juga boleh mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultraungu yang berbahaya seterusnya meningkatkan risiko kanser kulit. Selain itu, pengguna yang menggunakan produk yang mengandungi merkuri pula berisiko tinggi untuk men- galami pengelupasan kulit yang teruk atau menyebabkan kecacatan bayi sekiranya pengguna tersebut mengandung. Suntikan Vitamin C: Keberkesanannya Tiada Bukti Selain produk dalam bentuk sapuan seperti krim dan pencuci muka, masyarakat juga turut terperdaya dengan helah bahawa suntikan vitamin C juga boleh memberi kesan kepada kecantikan kulit. Sebenarnya, produk-produk dalam bentuk suntikan yang dipromosikan untuk tujuan mencantikkan muka atau kulit tidak dikelaskan sebagai produk kosmetik kerana cara penggunaan produk-produk tersebut tidak mematuhi skop takrifan produk kosmetik. Sehingga hari ini, tiada produk suntikan vitamin C yang didaftarkan di Malaysia. Bukan itu sahaja, dari segi keberkesanan pula, masih belum terdapat pembuktian kukuh melalui kajian yang membuktikan bahawa suntikan vitamin C berkesan dalam mencerahkan dan memperbaiki keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan. Selain itu, penggunaan suntikan vitamin C tanpa kawalan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, loya dan muntah. Amalan suntikan yang dijalankan oleh individu bukan profesional pula menin- Perlukah azam tahun baru? Oleh Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Pakar Motivasi S etiap kali datangnya tahun baru bagaikan satu budaya semua orang menanam azam baru.  Ke mana sahaja kita pergi orang akan bertanya apakah azam tahun baru kali ini.  Tahun 2019 juga tidak terkecuali.  Maka bagi mereka yang tiada azam, ia bagai- kan satu kesalahan.  Oleh itu, agar tidak terasa terpinggir maka kita fikirkan juga sekurang-kurangnya satu azam meski pun tidak memaksudkannya.  Persoalannya perlukah setiap kali tahun baru mesti ada azam baru?  Bagaimana pula dengan azam yang lama, apa sudah jadi dengannya?  Sudah terlaksanakah semua azam sebelum ini?   Azam dengan matlamat sebenarnya tidak sama.  Matla- mat bermakna sesuatu yang mahu dicapai dalam hidup kita.  Ada matlamat jangka pendek dan ada pula matlamat jangka panjang.  Azam sebaliknya ialah kekuatan dalaman bagi memacu diri merealisasikan setiap impian dan matlamat yang telah ditetapkan.  Misalnya, azam tahun baru adalah untuk menjadi lebih tabah, konsisten, sabar, gigih dan bersungguh-sungguh.  Itulah namanya azam.  Ada kalanya kita tidak perlukan azam baru tetapi cukup dengan mem- perbaharui semula azam lama atau memastikan ia lebih baik daripada sebelumnya.    Dalam mencapai matlamat, yang paling penting ialah gkatkan risiko jangkitan terutamanya jika suntikan diberi dalam keadaan yang tidak aseptik (bebas daripada kuman). Pilih Untuk Cantik Yang Cerdik Pengguna dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam penggunaan produk kosmetik. Pastikan produk kosmetik yang ingin dibeli bernotifikasi dengan KKM. Pengguna perlu membaca maklumat yang tertera pada label produk dengan teliti sebelum menggunakannya. Selain itu, pengguna tidak seharusnya mudah terpedaya dengan iklan produk dan testimoni pada media sosial yang menjanjikan perubahan drastik. Pengguna dinasihatkan untuk merujuk kepada ahli profesional kesihatan atau kecantikan yang bertauliah bagi mengenal pasti masalah sebenar dan jenis produk yang bersesuaian. Akhir sekali, pengguna disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Elakkan tabiat buruk seperti merokok yang boleh mempercepat tanda-tanda penuaan. — al-Siha Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian bebas tol 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang). seimbang dari semua cabang kehidupan serta bersepadu dunia dan akhirat. Bukan seimbang dunia dan akhirat, tetapi bersepadu.  Sebab apa yang kita lakukan untuk dunia itulah yang membawa kita ke akhirat.   Jika kita wakafkan sesuatu untuk kegunaan orang lain di dunia, ia sebenarnya untuk akhirat kita.   Terdapat tujuh cabang kehidupan yang perlu diseimbangkan: 1.  Dari segi agama Setiap orang perlu menanam matlamat dari aspek aga- manya.  Apa yang mahu dicapai olehnya dalam hidup ini.  Ada yang meletak matlamat iaitu bermula sahaja Tahun 2019 ini maka dia akan solat lima waktu.  Itu bukannya matlamat, itu adalah azam.  Sebab solat lima waktu sehari sudah pun ditetapkan dalam agama.  Tugas kita ialah meningkatkan azam agar bersungguh-sungguh menunaikannya. Tetapi kita boleh letak matlamat seperti menderma atau membangunkan rumah anak yatim, menunaikan umrah, membina masjid dan seumpamanya.  2.  Dari segi kerjaya Perkara kedua yang perlu diperhatikan ialah matlamat dan azam kita dari segi kerjaya.  Kalau belum ada matlamat maka cubalah tetapkan apakah bidang kerja yang sesuai untuk diceburi dalam mencari rezeki halal.  Mereka yang tiada matlamat kerap kali bertukar kerja kerana tidak pasti apakah yang dicari bagi mencapai kepuasan diri.  Sesekali bertukar kerjaya dianggap sebagai usaha memajukan diri tetapi jika sering bertukar kerjaya boleh dilihat sebagai seorang yang tiada pegangan hidup serta hala tuju. 3.  Dari segi keluarga Tiada maknanya kejayaan dan kekayaan sekiranya keluarga pecah belah dan hancur.  Kebahagiaan dan