al-Siha : June 2018 (Issue 3) | Page 3

03 JUN, 2018 | al-Siha SEKILAS BICARA PENGARANG A Assalamualaikum wbh… Ada yang masih tidak boleh ‘move on’ dengan perkembangan politik? Sebenarnya bukan anda sahaja, saya pun sama. Lain sungguh penangan pilihanraya PRU14 kali ini bukan? Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah yang tidak terhingga atas pelantikan Perdana Menteri ke 7, Tun Dr. Mahathir Mohamed, dan menteri- menteri baharu yang lain termasuk Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Sungguh waktu berputar, sedar tak sedar Ramadan sudah hampir meninggalkankan kita. Dari awal ramadan lagi, terkinja-kinja saya, berat badan turun mendadak, dari hari pertama puasa, tak habis habis naik penimbang. Memang saya gembira, tapi ia bahagia yang tidak lama. Ya, sementara sahaja. Ada sesuatu yang telah membuka mata saya, sepotong ayat yang bisa membuat bergenang air mata. Ayat ini dikongsikan oleh salah seorang sahabat alam maya. “Ramadan bukan bulan mengurangkan berat badan, tapi bulan mengurangkan dosa.” Aduh! Menusuk kehati. Jom! Sama-sama kita menghayati dan menikmati sepenuhnya erti bulan mulia ini dan Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya. Norzira Syarini Mohammed Pauzi Editor al-Siha norzira.syarini@revonmedia.com MITOS dan FAKTA KESIHATAN Betul ke ubat tradisional tiada kesan sampingan? Ubatan cara tradisional dan moden. P “Saya boleh berlari, bermain bola, dan berenang...”, Rio. R iO Woolf, kanak-kanak berusia 8 tahun ini lahir tanpa lutut dan mengalami beberapa komplikasi lain sehingga doktor terpaksa amputasi kaki kanannya sewaktu dia berusia 14 bulan. Namun, siapa sangka dia kini atlet paralimpik negaranya, London, United Kingdom. RODUK berasaskan bahan semulajadi atau 100 peratus organik biasanya dianggap selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan. Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan, Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dziehan Mustapa, anggapan tersebut sebenarnya kurang tepat. “Sedangkan sumber semulajadi seperti air itu sendiri memiliki formula kimia iaitu H2O, yang membawa maksud setiap  molekul  air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen” katanya. “Bagi pengguna, produk organik atau semulajadi ini dilihat lebih diyakini, apatah lagi jika di proses daripada herba dan tumbuh-tumbuhan. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beliau sebelum ini, perubatan tradisional biasanya akan menggunakan keseluruhan tumbuhan, dimana ia di rebus dan airnya pula diminum. Malah, ada juga tumbuh- tumbuhan yang dikeringkan atau dikisar. Tambah beliau, perubatan moden sebenarnya turut berasaskan tumbuhan. Cuma diambil pada bahagian yang aktif sahaja untuk tujuan perubatan dan dijalankan ujian makmal dan klinikal. Dziehan Mustapa. Kesan sampingan pula akan direkod dan dimaklumkan kepada doktor. Kesimpulannya, kedua-dua jenis ubat, samada tradisional atau moden masing- masing mempunyai kesan sampingan. Beliau juga tidak menolak bahawa label 100 peratus semulajadi yang digunakan pengasas produk antara teknik pemasaran. “Ubat dalam bentuk tablet atau kapsul biasanya nampak asing dan dinilai sebagai ubat yang mengandungi bahan kimia. Seharusnya, persepsi masyarakat tentang perkara ini perlu diperbetulkan". Katanya, sebelum membeli apa jua produk, tradisional mahupun moden, pastikan ubat berkenaan berdaftar dengan KKM dan FDFA untuk mengelak dari mem- beli ubat yang mempunyai bahan terlarang. Beliau berkata demikian dalam program Persidangan Duta Kenali Ubat Anda yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.