al-Siha : June 2019 | Page 10

10 al-Siha | JUn, 2019 ISU: AUTISME Ubah persepsi terhadap anak autisme Bagaimana layanan yang sepatutnya diberikan kepada individu atau anak autisme? Adakah penting untuk seseorang itu memahami tentang autisme? Apakah pula kaitan autisme dengan kita? Untuk membawa anak-anak autisme ini ke dalam masyarakat dan mampu menjalani hidup secara berkualiti adalah dengan memberi bantuan awal.” – Prof. Madya Dr. Hasnah Toran S esiapa sahaja yang diajukan soalan seumpama ini, pastinya sukar untuk memberikan jawa- pan yang sepatutnya sedangkan pemahaman mengenainya penting dan perlu dititikberat- kan kerana bukan sahaja mampu mengubah kehidupan individu autisme malah setiap keluarga yang mempunyai anak autisme. Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018 menunjukkan, satu dari 160 kanak-kanak adalah autisme. Pada tahun 2017, sekurang-kurangnya 7.7 juta pen- duduk Malaysia disahkan autisme seawal usia bayi yang baharu dilahirkan hingga 14 tahun. Angka ini menunjukkan sekitar 48,000 kanak-kanak autisme mungkin hanya tinggal disekeliling atau berham- piran dengan kita dan angka ini tidak kecil, kerana kita berkemungkinan besar berdepan anak-anak autisme ini dimana-mana sahaja kita berada, bahkan mereka mungkin dari kalangan ahli keluarga, anak kepada kawan-kawan, atau jiran kita sendiri. Cabaran mendidik dan membesarkan anak autisme pastinya tidak sama dengan anak yang normal. Hal ini kerana, dari aspek komunikasi, sosial, mahupun deria mereka yang berbeza boleh menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan orang ramai khususnya. Menurut Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), Feilina S.Y Muhammad Faisol potensi anak autisme ini sebenarnya jauh lebih hebat daripada apa yang kita fikirkan sekiranya mereka diberi pendedahan yang sepatutnya. Tambah beliau, amat penting untuk asah bakat mereka dengan betul, selain membantu mereka memperoleh pendapatan. Secara relevan, lihat sahaja hari ini, berapa ramai anak autisme yang mampu melakar kejayaan, cemerlang dalam pembelajaran dan pekerjaan. SOKONGAN MAPAN Manakala Pengarah Genius@Kurnia, Prof. Madya Dr. Hasnah Toran berkata kanak-kanak yang mempunyai autisme memerlukan banyak sokongan untuk mening- katkan ketidakupayaan untuk bersosial dan cemerlang di sekolah. “Untuk membawa anak-anak autisme ini ke dalam masyarakat dan mampu menjalani hidup secara berkualiti adalah dengan memberi bantuan awal. PELUANG KEDUA Menurut Dr. Daniel Leong, yang disahkan autisme ketika berusia 31 tahun, penting untuk memiliki kumpulan rakan sebaya yang dapat memberikan sokongan emosi dan ban- tuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah secara praktikal. STIGMA NEGATIF Setiap ibu bapa, pastinya mengharapkan sokongan dari masyarakat, termasuk menerima kehadiran anak mereka. Bagi Joyce Lim, ibu kepada, Clarence yang dilahirkan dengan ADHD dan autisme berkata, pandangan negatif masyarakat satu episod yang paling menyakitkan. Malah beliau dan suami pernah dilabelkan sebagai ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak yang kononnya hanya membiarkan mereka bertindak diluar kawalan ketika di khalayak ramai. “Orang ramai seringkali memarahi mereka kerana hiperaktif,”jelasnya FAHAMI ANAK Sementara itu, NoorHashimah Nordin, ibu kepada remaja autisme, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri, 16 berpendapat, setiap ibu bapa perlu memahami cara komunikasi dan kelebihan anak-anak autisme ini. Meskipun lahir sebagai anak autism, Jamila berjaya mengukir nama sebagai pelukis yang disegani sehingga ke luar negara. “Kelemahan Jamila, saya jadikan sebagai satu anugerah,” jelasnya. Autisme bukanlah satu isu yang baharu, tetapi masih memerlukan kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Sejajar dengan usaha ke arah memperkukuh dan menambah pengetahuan mengenai autisme, Pengarah Filem, Tunku Mona Riza telah menghasilkan sebuah filem berjudul Redha. Selain menekankan cabaran dan pengala- man ibu bapa yang memiliki autisme, filem ini juga turut mengisahkan tentang perjalanan kehidupan anak autisme itu sendiri. “Filem ini secara tidak langsung telah mencetuskan kesedaran paling besar dalam sejarah autisme di Malaysia sejak ia disiarkan,” katanya. — al-Siha