al-Siha : June 2019 | Page 22

22 al-Siha | JUn, 2019 DIARI LELAKI Apa kata mereka tentang Muay Thai? “Prestasi kesihatan saya meningkat selepas menyertai Muay Thai. Saya pernah didiagnosis dengan bacaan kencing manis 6.7 dan 6.4, bacaan terkini turun ke 5.8. Lebih mengembirakan lagi, saya tidak perlu mengambil pil atau tablet untuk mengawal kencing manis.” – Arde Azhar, Pelatih “Saya meminati sukan ini sejak zaman sekolah menengah lagi, selepas melihat sahabat yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan malah dalam pembelajaran. Hal ini bukan sahaja memupuk semangat untuk menyertai Muay Thai, dan terlibat secara serius hingga ke gelanggang dengan empat rekod menang, malah mungkin menjadi cita-cita saya kelak.” – Abdul Rahman Abdul Hamid, Pelatih. Muay Thai, sukan tinju dinamik Bukan sahaja sejenis sukan tinju, malah satu seni mempertahankan diri yang unik, dan tidak kurang hebatnya selain turut bermanfaat untuk kecergasan dan juga kesihatan M uay Thai merupakan seni bela diri yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Bukan hanya men- getengahkan tentang pembelajaran seni mempertahankan diri, malah Muay Thai atau dikenali sebagai Tomoi Siam ini sebenarnya turut menitikberatkan aspek- aspek lain seperti, disiplin, kecergasan dan kesihatan individu. Pengasas dan Ketua Jurulatih bertauliah Muaythai Heritage Academy, Rozman Affandi Amiruddin berkata Muay Thai kian mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia, dari pelbagai peringkat umur sama ada kanak- kanak, dewasa, atau dari kalangan veteran. “Mungkin dahulu, tidak ramai yang mahu mempe- lajari Muay Thai kerana beranggapan sukan ini ‘ganas’, namun sekarang sukan tinju ini semakin diterima secara meluas,”katanya. Muay Thai sebenarnya sukan tinju yang menggunakan lapan anggota badan atau dipanggil sebagai ‘the secret of eight limb’ dimana pergerakkan melibatkan penggunaan tangan, siku, lutut dan kaki. Jelas beliau, pergerakkan Muay Thai banyak meng- gunakan pergerakan dinamik, sekaligus membantu meningkatkan kecergasan, dimana aliran darah akan berfungsi dengan lebih baik. “Latihan Muay Thai dimulakan dengan regangan (stretching), ‘warm up’, ‘circuit’, latihan, teknik dan aplikasi Muay Thai itu sendiri dan diakhiri dengan penyejukan badan (cooling down) yang membantu merehatkan otot selepas latihan. “Muay Thai merupakan sukan teras di Negeri Kelantan. Sebelum ini saya menyertai silat, jadi saya menyertai Muay Thai kerana ingin mencuba pergerakan baharu dan memanfaatkan kelebihan sukan ini.” – Mohd Qayyum Jamal “Sebelum ini antibodi saya tidak kuat, berbeza dengan sekarang dimana saya lebih cergas, naik turun tangga tidak mengah, stamina bertenaga.” - Nur Hazrin Irdina Mohamad Hisham, Jurulatih dan Peninju Profesional Muay Thai Rozman Affandi Amiruddin, Pengasas dan Ketua Jurulatih bertauliah Muaythai Heritage Academy. RUJUK JURULATIH BERTAULIAH Tambah beliau, Muay Thai memerlukan tunjuk ajar mereka yang berpengalaman. “Muay Thai perlukan bimbingan jurulatih bertauliah, kerana cara penyampaian, pembelajaran, pergerakan dan juga disiplin yang betul sangat penting agar tiada keceder- aan berlaku, selain mengelakkan diri belajar benda yang salah atau komplikasi jangka masa panjang. “Ramai yang mengaku bahawa mereka kononnya tahu pergerakan Muay Thai tetapi apabila dikajo dari asasnya sahaja sudah tidak betul, dan ternyata kebanyakkan mereka hanya belajar melalui YouTube, walhal tindakan itu salah kerana individu berkenaan berisiko sakit selepas latihan. “Semua orang mampu melakukan pergerakan menum- “Muay Thai ini selain untuk kecergasan, sebenarnya ia adalah seni untuk mempertahankan diri dan saya tidak ada masalah untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya selain menambah pengalaman baharu.” – Mohd Aliff Hamdan Aktiviti Muay Thai yang dilakukan selama dua jam terbukti mampu membakar sehingga 1000 kilojoule bagi setiap sesi. buk, tetapi dalam Muay Thai kekuatan untuk melakukan tumbukan itu datangnya dari kekuatan sendi bahu, ber- beza dengan tumbukan biasa. Dari segi tendangan pula, Muay Thai menggunakan sepenuhnya pergerakan putaran badan, iaitu bahagian pinggang bagi menghasilkan ke- kuatan yang maksima. KESIHATAN JANGKA MASA PANJANG Dari segi kesihatan, aktiviti Muay Thai mampu menyihat- kan tubuh badan menerusi daya tumpuan serta latihan yang menggunakan tenaga, dan meningkatkan stamina tubuh pengamalnya. “Dari awal aktiviti, pengamal Muay Thai akan melaku- kan aktiviti regangan dan ‘jogging’, dimana pergerakan ini sekaligus membakar kalori dan mengaktifkan sendi-sendi. Sebagai contoh, aktiviti menendang dan menumbuk bag berat (punching bag), membantu perjalanan darah, selain turut membantu menguatkan tulang, baik untuk kesihatan jangka panjang. “Berdasarkan testimonial yang diterima daripada pelatih akademi Muay Thai, menjelaskan bahawa terlalu banyak perubahan positif dilalui mereka. Antaranya dari seorang yang lesu dan kurang cergas di tempat kerja, berubah menjadi lebih aktif, bertenaga dan berdaya saing di tempat kerja. “Muay Thai juga turut menekankan disiplin dikalangan pelatih dan hormat antara satu sama lain. Ramai ibu bapa atau individu yang melihat sukan Muay Thai ini bahaya atau ganas, tidak kurang pula yang men- ganggap ia satu aktiviti yang berbahaya dan menyakitkan. Sebenarnya sukan tinju ini tidak ganas seperti disangka kerana keselamatan dan kesihatan amat dititikberatkan. “Muay Thai juga mampu mengelakkan anak muda dari terjerumus aktiviti kurang sihat seperti dadah, atau aktiviti tidak bermoral kerana masa yang ada diisi dengan aktiviti menyihatkan, memupuk keyakinan diri, dan meningkat- kan stamina. — al-Siha