MEI, 2019 | al-Siha
ISU
15
Ubat sesuai
bantu rawat kanser
Menerusi kajian genetik, pesakit boleh mendapatkan
rawatan yang tepat dan berkesan
R
“Kematian di
tangan Tuhan”
– Linda Boyle
B
AGI kebanyakan pesakit kanser, murung, letih
dan lesu sentiasa mejadi peneman hingga ke akhir
hayat. Namun, tidak bagi Linda Boyle,89 tahun yang
mampu hidup dengan penuh kegembiraan dan keceriaan
selepas disahkan menghidap kanser tuberculosis tiga
tahun lalu.
“Saya disahkan mengidap kanser tiga tahun lalu apabila
saya mengalami detak jantung yang tidak sekata. Saya
kemudiannya ke hospital dan doktor telah menjalankan
ujian CT-Scan. Daripada ujian itu, doktor mengesyaki saya
memiiki tubercolasis.
“Saya sangat terkejut ketika itu dan tidak percaya.
Lantas ujian CT-Scan kali kedua dilakukan semula oleh
Pakar Intervansi Kardiologi dan Ketua Runding Kardiologi,
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Imran
Zainal Abidin.
“Doktor memberitahu, saya menghidapi kanser
paru-paru tahap empat dan memaklumkan saya hanya
mempunyai masa tiga hingga enam bulan untuk hidup.
Apa yang perlu saya buat dalam tempoh yang begitu
singkat?
“Saya kemudiannya menghubungi kesemua anak-anak
saya yang tinggal di luar negara memaklumkan keadaan
kesihatan saya ketika itu. Masing-masing mula risau dan
pulang ke tanah air. Namun, mereka terkejut melihat
saya yang ketika itu masih begitu kuat ke sana sini tanpa
menunjukkan sebarang kesakitan seperti terbaring lesu
dan sebagainya.
“Anak-anak saya sehinggakan bergurau mungkin
doktor tersilap melihat atau tertukar keputusan orang
lain. Sebenarnya, saya tidak risaukan kanser yang saya
hadapi selagi mana saya dapat bersama anak-anak dan
cucu-cucu saya.
SINOPSIS KANSER
“Ketika mula-mula pemeriksaan dijalankan, kanser saya
berada di tahap 376 dan menurun ke paras 100 selepas
rawatan. Malangnya, ia kemudiannya kembali naik semula.
Melihat keadaan itu, Pakar Perubatan Universiti Malaya,
Prof. Dr. Liam Chong Kin kemudiannya mengambil darah
saya dan menghantarnya ke Hong Kong kerana di sana
terdapat ubat daripada AstraZeneca.
“Mereka memanggil saya untuk mencuba ubat berke-
naan. Dan paras kanser saya menurun kepada 5.8 dimana
orang biasa pula diparas 2.8 sahaja selepas mencuba ubat
berkenaan. Saya sangat bersyukur kerana ia turun hampir
ke paras normal. Dalam masa yang sama, ramai memberi-
tahu saya tidak kelihatan seperti berusia 90 tahun,” katanya.
“Saya tiada rahsia. Cuma saya merupakan seorang yang
sentiasa positif. Saya lakukan yang terbaik bukan kerana
saya mahu mencegahnya tetapi di usia yang sebegini saya
percaya kematian terletak di tangan Tuhan,” jelasnya.
— al-Siha
AWATAN adalah satu cara memusnah-
kan penyakit. Bagi kebanyakan pesakit
kanser, rawatan adalah melibatkan
pembedahan, ubat, kemoterapi dan
radioterapi dimana mendatangkan
kesan sampingan.
Walau bagaimanapun, setiap rawatan ini tidak
memberi kesan yang sama kepada setiap pesakit.
Sebaliknya, ada diantara mereka yang tidak mendapat
tindak balas yang positif meskipun melalui kesemua
kaedah rawatan yang disediakan.
Malah, ada antara mereka yang mengalami
masalah kesihatan yang lebih teruk meskipun baru
beberapa kali menjalani sesi rawatan.
Pesakit-pesakit yang mendapat tindak balas positif
bukan bermakna mereka melalui satu siri rawatan
yang berbeza berbanding pesakit yang menerima
tindak balas negatif. Akan tetapi, ia mempunyai kaitan
antara kelainan genetik bagi setiap individu.
RAWATAN GENETIK ASAS RAWATAN TERBAIK
Pengarah Institut Biologi Molekular Perubatan
UKM (UMBI), Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal
menjelaskan, ubat yang tepat atau ‘precision
medicine’ merupakan rawatan terbaik bagi pesakit
kanser.
“Hakikatnya, setiap individu memiliki tindak
balas yang berbeza terhadap ubat atau rawatan.
Ini disebabkan oleh enzim-enzim di dalam badan
yang memotabolismakan ubat. Sesetengah individu
mungkin mempunyai enzim yang lebih aktif dan
sesetengahnya mungkin mempunyai enzim aktif yang
lebih rendah.
“Sebagai contoh, ubat epilepsi dan neuropati yang
dipanggil carbamazepine (Tegretol). Jika pesakit
mempunyai varian genetik tertentu, mereka berisiko
tinggi mengalami ruam yang teruk setelah mengambil
ubat berkenaan. Malah, lebih buruk lagi ia mungkin
boleh membawa maut sekiranya pesakit memiliki
varian genetik dari kumpulan yang lain pula.
“Kesan buruk ubat kepada pesakit dengan varian
genetik tertentu ini sangat terkenal di Amerika
Syarikat. Oleh itu, Food and Drug Administration
(FDA) telah mewajibkan pesakit diuji terlebih dahulu
sebelum membekalkan mereka dengan ubat-ubatan
sedemikian. Inilah yang dikenali sebagai precision
medicine dimana merupakan satu kaedah rawatan
terbaik merawat pesakit.
RAWATAN KANSER
“Begitu juga dalam merawat penyakit kanser dimana
tidak semua tumor akan bertindak balas dengan
kemoterapi atau radioterapi. Kedua-dua kaedah
rawatan ini bukanlah satu alat yang boleh merawat
semua penyakit kanser.
Kanser paru-paru misalnya, pesakit perlu
mendapatkan ujian varian genetik yang dipanggil Esti-
mated Glomerular Filtration Rate (eGFR) gen. Rawatan
ini bergantung sepenuhnya kepada keputusan varian
genetik sama ada positif atau negative sebelum men-
jalani rawatan seterusnya.
“Kaedah ini merupakan satu cara untuk membantu
doktor dalam memberikan rawatan yang betul kepada
setiap pesakit.
Menerusi ujian genetik ini, Prof. Dr. Rahman turut
menerangkan tentang profil kanser dan ‘mutasi
yang boleh berlaku’. Profi le kanser adalah bertujuan
untuk melihat tumor kanser pada tahap molekul serta
melihat bagaimana ia bermutasi.
“Melalui kaedah ini, doktor dapat memberi
rawatan yang bersasar sekiranya kanser pesakit
berulang. Ia secara tidak langsung dapat memberi
peluang penyembuhan sekali lagi.
Prof. Datuk Dr. A Rahman menjelaskan ubat
yang tepat atau ‘precision medicine’ merupakan
rawatan terbaik bagi pe sakit kanser.
PRECISION MEDICINE LANGKAH
PENCEGAHAN
Mungkin anda masih ingat pelakon Hollywood,
Angelina Jolie yang mengambil langkah pencegahan
dengan membuang payudara dan ovarinya kerana
disahkan berisiko tinggi mendapat kanser payudara
dan ovari akibat sejarah keluarga.
Kanser payudara, ovari dan kanser kolon meru-
pakan antara kanser yang terdedah secara genetik.
Ini disebabkan oleh kewujudan sejenis gen tertentu
di dalam tubuh yang berisiko tinggi untuk membina
sel kanser.
“Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sejarah
keluarga yang menderita kanser payu dara, ovari
atau kanser kolon, anda seharusnya membuat ujian
supaya mendapat rawatan yang lebih berkesan.
DAPATKAN UJIAN
“UMBI merupakan organisasi pertama yang
menawarkan ujian genetik bagi ubat epilepsi di
Malaysia. Kami melakukan ujian secara mendalam
dan menawarkannya kepada ahli pediatrik dan pakar
neurologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM) sebelum ia dibuat lebih meluas
menerusi Kementerian Kesihatan. “
“Walau bagaimanapun, ujian ini agak mahal, oleh
itu ia tidak sesuai untuk semua orang.
Kos yang tinggi ini bukan hanya melibatkan
ujian genetik sahaja, sebaliknya ia turut meliputi
beberapa prosedur lain. Antaranya, pemantauan
lebih terperinci terhadap potensi kanser, inhibitor
untuk mengecilkan tumor kanser dan pembedahan
yang memerlukan kos yang tinggi.
“UMBI telah berusaha menunjukkan manfaat
precision medicine dan menjadikannya pilihan
utama bagi pesakit. Secara asasnya, kos rawatan
adalah sangat berbaloi dalam jangka masa panjang
sekiranya pesakit tahu keadaan penyakit mereka
boleh dikurangkan dengan ketara.
“Precision medicine boleh mengubah cara rawatan
sedia ada. Malah ia juga turut membantu mencegah
penyakit berbanding memberikan rawatan biasa,”
jelasnya. — al-Siha