16
al-Siha | Mei, 2019
pena pakar
“Pil gemuk itu steroid lah”
Dari
Farmasi
Disediakan oleh
Mohd Dziehan
Mustapa
Ketua Penolong
Pengarah Kanan
Program Perkhidmatan
Farmasi KKM
S
enario semasa masyarakat kita, ramai yang
berminat untuk mengambil ubat pelangsingan
badan untuk tampil kurus. Walau bagaimana-
pun, terdapat juga segelintir masyarakat kita
yang ingin menambah berat badan dengan
menelan pil ajaib iaitu “Pil Gemuk”. Sejak
kebelakangan ini, dapat dilihat terdapat penjualan “Pil
Gemuk” secara berleluasa melalui media sosial.
Sebenarnya apakah kandungan “Pil Gemuk” yang
dijual melalui media sosial ini? Penjual sering mempro-
mosikan ubat ini dengan nama “Yellow & Orange Tablet”.
Ubat ini sebenarnya adalah ubat dengan nama dagangan
“Harsen” (tablet berwarna kuning) dan “Kalbe” (tablet
bewarna jingga) dan ia dibungkus dalam satu bekas
bercampur kedua-duanya.
Menurut “Senarai Produk Dikesan Mengandungi
Bahan Terlarang Yang Diterima Melalui Pelaporan Kesan
Sampingan Ubat” yang dikeluarkan oleh Bahagian Regu-
latori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), kedua-dua produk ini tersenarai dalam
163 produk yang tidak berdaftar. Kedua-dua produk ini
adalah produk keluaran luar negara dan mengandungi
dexamethasone, sejenis hormon kortikosteroid (tablet
kuning) dan cyproheptadine, sejenis ubat antihistamin
(tablet berwarna jingga).
Kedua-dua ubat ini dibungkus semula dalam sebuah
bekas atau botol baru secara bercampur dengan label
dan jenama lain (Pil Gemuk) dan dijual melalui platform
media sosial. Merujuk kepada Dokumen Garis Panduan
Pendaftaran Ubat (DRGD) yang dikeluarkan oleh pihak
NPRA, pembungkusan dua jenis ubat berlainan jenis
dalam sebuah bekas atau botol adalah tidak dibenarkan.
Maka timbul persoalan, adakah gabungan hormon
kortikosteroid dan ubat antihistamin ini boleh menin-
gkatkan berat badan seseorang? Tiada kajian kukuh
yang dilakukan untuk melihat keberkesanan gabungan
kedua-dua ubat ini boleh meningkatkan berat badan.
Malah kedua-dua ubat ini juga tidak mempunyai indikasi
untuk meningkatkan berat badan.
Dexametasone biasanya digunakan sebagai antik-
eradangan dalam rawatan asma dan keradangan sendi.
Cyproheptadine pula digunakan untuk tujuan rawatan
alahan. Jika tiada indikasi untuk meningkatkan berat
badan, bagaimana produk ini dikatakan berkesan
meningkatkan berat badan individu yang mengambil-
nya? Oleh itu, kita perlu menilai pula kesan sampingan
dexamethasone dan cyproheptidine ini.
Kesan Sampingan Dexamethasone
• Pertumbuhan terencat
• Osteoporosis
• Ulser perut
• Glaukoma
• Ciri-ciri seperti Sindrom Cushing
• Meningkatkan selera makan
• Meningkatkan risiko kerosakan kulit
• Meningkatkan risiko jangkitan
Kesan Sampingan Cyproheptidine
• Kekeliruan
• Koordinasi yang terganggu
• Pening
• Mudah teruja
• Euforia (rasa sangat gembira)
• Halusinasi
• Sakit kepala
• Kesukaran untuk tidur
• Kerengsaan
• Kegelisahan
• Sawan
• Jantung berdegup laju
• Anoreksia
• Meningkatkan selera makan
• Sembelit, cirit-birit, mual, muntah
• Penglihatan kabur
Antara kesan sampingan dexamethasone adalah
ciri-ciri seperti Sindrom Cushing dan meningkatkan
selera makan. Sindrom Cushing merupakan keadaan
yang disebabkan oleh kelebihan hormon kortikosteroid
dalam tubuh. Keadaan ini dicirikan oleh tekanan darah
tinggi, obesiti di bahagian abdomen tetapi dengan lengan
dan kaki yang kurus, tanda kemerahan pada regangan
kulit, wajah muka menjadi bulat dan kemerahan, ketulan
lemak di antara bahu, otot dan tulang menjadi lemah,
jerawat, dan kulit mudah luka dan susah untuk sembuh.
Bagi kaum wanita akan menunjukkan tambahan tanda
dan gejala seperti banyak tumbuh bulu dan kitaran haid
menjadi tidak teratur.
Kesan sampingan cyproheptadine juga boleh menin-
gkatkan selera makan, namun cyproheptadine ini juga
boleh menyebabkan anoreksia (keadaan yang mana
kurang keinginan untuk makan sehingga menjadi amat
kurus) dalam sesetengah individu.
RUMUSAN
Individu yang mengambil produk ini mungkin merasakan
kesan dalam peningkatkan berat badan apabila melihat
wajah muka semakin bulat, kelihatan perut semakin
buncit dan terdapat ketulan lemak antara bahu. Namun
tanpa disedari, semua gejala atau tanda ini adalah ciri-ciri
Sindrom Cushing. Gambar-gambar testimoni pengguna
produk ini dalam media sosial jelas kelihatan “moon
face” kesan daripada pengambilan ubat jenis hormon
kortikosteroid. Ramai yang terkeliru dan menganggap
produk ini berkesan dalam peningkatan berat badan.
Pengguna perlu lebih berhati-hati dengan pengam-
bilan sebarang ubat-ubatan. Jangan keliru dengan kesan
sampingan ubat-ubatan dan jangan mudah terpedaya
dengan penjual yang tidak bertauliah.
Bagi orang awam yang sedang menggunakan
produk-produk ini adalah disarankan supaya segera
mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profe-
sional kesihatan. Pengguna yang telah mengambil produk
ini untuk jangka masa yang lama digesa supaya tidak
memberhentikan penggunaannya secara mendadak dan
turut mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli
profesional kesihatan. Ini kerana ia boleh menyebabkan
masalah yang boleh membahayakan kesihatan akibat
withdrawal syndrome.
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-
ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi
Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Phar-
macy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722
(Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti
umum). — al-Siha
Pekerja bermotivasi tingkatkan
Motivasi
Oleh
Dr Tengku
Asmadi bin
Tengku
Mohamad,
Pakar Motivasi
S
eringkali rungutan diterima dari pihak
pengurusan atasan iaitu pekerja mereka
hilang motivasi bekerja, produktiviti
menurun, kes disiplin meningkat dan seum-
pamanya. Tidak dinafikan, keuntungan dan
produktiviti sesebuah syarikat atau organisasi
banyak bergantung kepada kualiti modal insan yang ada
dalam organisasi itu.
Apabila pekerja hilang semangat dan motivasi bekerja,
atau bekerja dalam paksaan, maka kualiti kerja terjejas
dan produktiviti menurun. Pelaburan yang besar bagi
memanfaatkan teknologi tiada ertinya jika pelaburan
modal insan diketepikan. Malah pelaburan bagi menin-
gkatkan kualiti modal insan lebih utama berbanding
dengan pelaburan-pelaburan yang lain.
Cuba bayangkan jika organisasi atau syarikat anda
ditunjangi oleh mereka yang ikhlas bekerja, disiplin yang
tinggi, bersungguh-sungguh, sanggup jatuh dan bangun
bersama organisasi dan sentiasa menjaga keberkatan
rezeki. Pastinya menguntungkan.
Semua ini bukan mustahil sekiranya budaya kerja
cemerlang berjaya ditanam dalam jiwa seorang pekerja.
Untuk menerapkan budaya ini, perubahan mindset dan
anjakan paradigma perlu dilakukan. Untuk mencapai
perubahan ini pula pekerja perlu diberikan ilmu dan
latihan secara berterusan.
CARA TINGKAT MOTIVASI PEKERJA
1. Komunikasi terbuka
Kita seronok apabila wujud komunikasi dua hala antara
majikan dan pekerja kerana ia membolehkan setiap
masalah diselesaikan secara langsung dan setiap idea
disampaikan terus tanpa tapisan.
Sebagai seorang pekerja yang melakukan kerja yang
sama saban hari pastinya kita lebih arif tentangnya
berbanding orang lain. Amat mengecewakan apabila
setiap pandangan dicantas dan setiap usaha ke arah
penambahbaikan ditolak tanpa alasan yang munasabah.
2. Bidang tugas
Setiap orang mempunyai bakat dan kecenderungan yang
berbeza-beza. Majikan yang cemerlang mampu men-
genalpasti bakat dan kecenderungan ini lalu disalurkan
pada tugasan yang betul.
Melakukan usaha menukar bidang tugas bagi tujuan
mengelak berlakunya kebosanan dalam diri pekerja
belum tentu dapat meningkatkan produktiviti. Lebih-
lebih lagi apabila tugas itu dijalankan oleh mereka yang
tidak berkebolehan atau tidak berminat dengan tugasan
yang diberikan.
3. Kebebasan menjalankan kerja
Kita biasanya rimas apabila kerja yang dipertanggung-
jawabkan terlalu kerap ditanya dan dipantau seolah-olah
majikan tidak yakin dan tidak percaya kepada kita. Bagi
sesetengah orang cukuplah dengan memberitahu sahaja
apa yang perlu dilaksanakan dan semuanya pasti beres.
4.Jaminan kerja
Ada orang kekal bekerja di sesebuah organisasi kerana
dia tahu masa depannya terjamin disamping mendapat
pencen. Sebab itulah ramai yang berebut-rebut memo-
hon pekerjaan sebagai penjawat awam.