Mei, 2019 | al-Siha
pena pakar
17
Tips penjagaan luka
episiotomi terbuka
Bidan
diiktiraf
Oleh
Dr. Muhammad
Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita &
Kehamilan
S
ecara ringkas boleh saya huraikan luka atau
koyakkan bersalin terbahagi kepada 4 jenis:
Tahap 1 – Luka pada kulit ataupun luka sedikit
pada lapisan dalam faraj
Tahap 2 – Luka melibatkan otot dalam, tetapi
tidak melibatkan otot injap pada lubang
dubur
Tahap 3 – Luka yang melibatkan koyakkan otot injap
dubur (sama ada external atau internal sphincter)
Tahap 4 – Luka melibatkan koyakkan injap otot dubur
dan bahagian dubur yang lebih dalam (anorectal mucosa)
Maka selepas bersalin, doktor atau jururawat akan
menilai terlebih dahulu jenis luka. Bagi luka yang boleh
dijahit, maka akan dijahit oleh jururawat sendiri. Cuma
luka yang bermasalah atau agak kompleks akan dijahit
oleh doktor. Koyakkan tahap 3 dan tahap 4 ini dikelas-
kan sebagai koyakan teruk kerana melibatkan lubang
dubur. lubang dubur dianggap kotor dengan pelbagai
bakteria. Jika tidak dijahit dengan berhati-hati kuman
boleh tersebar pada luka menyebabkan luka episiotomi
lambat sembuh akibat jangkitan kuman.
Tips penjagaan untuk mengelakkan luka episiotomi
mengalami jangkitan/terbuka:
. Memastikan kawasan perineum bersih kerana
darah nifas serta air kencing boleh menyebabkan
jangkitan kuman pada luka.
Pastikan luka dibersihkan samaada dengan air suam,
atau dengan ubat sapu yang telah dibekalkan oleh pihak
hospital.
Elakkan menyapu benda lain seperti serbuk man-
jakani, minyak gamat atau serbuk kunyit pada perineum
kerana tidak diketahui tahap kebersihan bahan-bahan
ini.
Sesetengah bahan boleh menyebabkan tindak balas
1
terhadap perineum ( tissue reaction ) sekaligus melam-
batkan proses penyembuhan. Ada bahan yang boleh
menyebabkan alergi.
. Elakkan dari masalah sembelit kerana sembelit
akan memberikan tekanan di bahagian perineum
semasa meneran dan ini akan menyebabkan luka
terlerai atau terbuka.
Minum air yang mencukupi dan makan banyak
makanan berserat tinggi seperti sayuran serta buah
buahan bagi membantu pelancaran proses pembuangan
najis.
Kalau masih mengalami sembelit, doktor akan mem-
berikan ubat pelawas najis atau ubat pelembut najis
untuk mengurangkan sembelit.
. Senaman lantai pelvik ataupun juga dikenali
sebagai senaman kemutan (Kegel Exercise) boleh
dilakukan secara rutin. Ia akan membantu dalam
pelancaran darah di vagina selain akan membantu
dalam proses penyembuhan luka.
.Perhatikan tentang tanda-tanda jangkitan kuman,
seperti;
i) Kemerahan pada kulit atau tempat jahitan
ii) Bengkak pada luka episitomi – boleh disebabkan
oleh darah beku yang terkumpul
iii) Amat sakit, lebih-lebih lagi ketika berjalan ataupun
tidak boleh duduk sekalipun disebabkan sakit.
iv)Pengeluaran lendiran yang berbau
v) Demam
Segeralah ke hospital dan maklumkan kepada juru-
rawat yang melawat di rumah.
* Luka boleh diperiksa dengan menggunakan cermin.
Atau minta bantuan suami untuk melihat luka episiotomi
. Pakai seluar dalam dari jenis kapas yang boleh
menyerap peluh bagi mengelakkan kelembapan
di perineum.
. Tukar pad dengan kerap dan lap kering perineum
setelah ke tandas.
. Cuci perineum DARI DEPAN KE BELAKANG
(perineum ke anus) bagi mengelakkan flora pada
anus menjangkiti luka episiotomi.
. Elakkan dari mencangkung. Seeloknya gunakan
tandas duduk bagi mengelakkan regangan pada
luka episiotomi.
Dengan penjagaan yang teliti, luka episiotomi masih
lagi berpotensi untuk terkena jangkitan dan boleh
terbuka.
Jika luka terbuka setelah diperiksa oleh doktor atau
2
3
4
5
6
7
8
jururawat rawatan akan diberikan mengikut tahap luka
terbuka.
Antibiotik akan diberikan terlebih dahulu dan luka
yang terbuka mungkin perlu dicuci dan dibersihkan dari
masa ke masa. Kebiasaannya selepas seminggu dua,
dan setelah antibiotik dihabiskan, luka episiotomi akan
diperiksa semula.
Jika luka masih besar dan perlu dijahit semula, bius
setempat akan diberikan dan luka akan dijahit semula.
Jika luka sudah hamper sembuh sebahagiannya, dan
hanya sedikit sahaja terbuka, misalnya pada bahagian
kulit, luka tidak perlu dijahit semula.
Luka itu akan sembuh dan bercantum dengan send-
irinya tanpa perlu dijahit. Cuma perlu penjagaan rapi dan
luka perlu bersih senantiasa.
Jika sudah dijahit untuk kali kedua dan didapati luka
itu masih lagi terbuka – ada beberapa kemungkinan. Ber-
lakunya jangkitan kuman yang baharu ataupun jangkitan
kuman yang terdahulu masih belum habis dirawat. Ber-
gantung kepada keadaan luka dan pemeriksaan doktor
ketika itu, luka ini kadang-kadang perlu dijahit semula
ataupun dibiarkan sembuh dengan sendirinya dengan
pemantauan dari semasa ke semasa. — al-Siha
produktiviti
6.Faedah lain dan insentif
Faedah-faedah lain seperti bayaran perubatan, elaun
perumahan, bonus tahunan, bonus perayaan dan seb-
againya merupakan antara perkara yang juga diambilkira
dalam memilih kerja atau memutuskan untuk bertukar
kerja.
Walaupun gaji yang diterima lebih rendah tetapi
sekiranya insentif-insentif sebegini wujud maka ia
sudah cukup membuatkan seseorang pekerja merasa
puas kerana merasakan sumbangan mereka dihargai. waktu kerjanya fleksibel. Mereka ini biasanya terlibat
dalam bidang jualan kerana dipihak majikan yang pent-
ing bukanlah berapa jam masa mereka berada di pejabat
sebaliknya berapa banyak jualan yang dibawa kepada
syarikat setiap bulan. Lagi banyak jualan lagi bagus meski
pun masa mereka berada di pejabat kurang.
8. Peluang untuk maju
Tiada seorang pun yang suka berada pada satu takuk
selama-lamanya. Semua orang mahukan kenaikan
pangkat, peningkatan dalam kerjaya, peluang menyam-
bung pelajaran, tanggung jawab yang lebih besar dan
sebagainya. Oleh itu majikan perlu fikirkan sesuatu bagi
memenuhi kepuasan ini bagi menjana keseronokan
bekerja.
9. Gaji dan upah
Ramai yang selama ini menyangkakan bahawa kepuasan
bekerja letaknya pada gaji dan upah yang lumayan. Haki-
kat sebenar adalah sebaliknya. Tidak ada ertinya gaji yang
tinggi apabila anda tidak punya masa bersama keluarga,
tidak sempat bersosial, tiada masa rehat dan suasana
kerja yang tegang. Gaji dan upah lumayan hanyalah
hanya memberikan kepuasan jangka pendek sahaja dan
bukannya jangka panjang.
7. Waktu kerja yang fleksibel
Ada orang seronok bekerja di sesebuah organisasi kerana 10. Saiz organisasi
Ada segelintir orang yang bekerja kerana organisasi
Namun jaminan kerja tiada sebarang makna apabila
kita tidak seronok bekerja disebabkan faktor-faktor yang
lain seperti tempat kerja yang tidak harmoni, komunikasi
yang hambar serta bidang tugas yang membosankan.
5.Rangsangan kerja
Kita seronok bekerja apabila kebaikan yang dilakukan
sering dipuji, pengorbanan dihargai, kenaikan pangkat
yang telus, idea diterima, latihan diberi, suasana tempat
kerja kondusif dan sebagainya. Semua ini akan mem-
berikan kita rangsangan bagi meningkatkan prestasi
pekerjaan dan kualiti hasil.
tempatnya bekerja memmpunyai bilangan pekerja yang
ramai serta nama yang besar. Biasanya, saiz organisasi
bukanlah faktor utama dalam mencari keseronokan
bekerja.
11. Latihan dan motivasi berterusan
Ramai majikan yang merasakan pelaburan modal
insan sebagai perkara kecil dan tidak penting. Cara
fikir sebegini ternyata silap. Di mana-mana juga negara
maju, pelaburan modal insan diberikan keutamaan dan
perhatian yang serius. Pekerja perlukan idea, semangat,
ilmu, skil dan pendekatan baru untuk kekal bermotivasi.
— al-Siha