22
al-Siha | Mei, 2019
dairi lelaki
Inisiatif lelaki
terhadap pemeriksaan
payudara
MenCare membentangkan data terkini mengenai kesedaran
dan inisiatif lelaki tentang pemeriksaan payu dara
percuma yang ditawarkan kerajaan negeri Selangor.
Ini menunjukkan perlunya kerjasama berterusan di
antara Pfizer Malaysia, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-
Pertubuhan Wanita (NCWO) dan kerajaan negeri
Selangor.
FAKTOR TIDAK MELAKUKAN PEMERIKSAAN
Kekurangan pengetahuan, perasaan takut dan juga faktor
kos merupakan cabaran terbesar yang menghalang
kaum lelaki daripada menyokong wanita untuk sentiasa
berjaga-jaga dan mendapatkan pemeriksaan payu dara
dengan kerap.
Namun begitu, setelah diberitahu bagaimana kadar
kelangsungan hidup pesakit kanser payu dara boleh
ditingkatkan dengan pengesanan awal, mereka semua
bersetuju yang pemeriksaan tahunan perlu dilakukan.
PERGERAKAN MENCARE
Dr Siti Mariah Mahmud berkata 100 peratus daripada
lelaki yang disoal selidik mengatakan mereka akan
mengajak wanita tersayang untuk mendapatkan
pemeriksaan kanser payu dara.
K
ajian oleh Global Cancer Observatory
pada tahun 2018 mendapati 23,218 kes
kanser baharu yang dilaporkan di kalangan
wanita Malaysia dan 7,593 daripada kes
yang dilapor adalah kes kanser payu dara.
Menurut laporan dari Daftar Kanser
Kebangsaan Malaysia tahun 2007 hingga 2011, kanser
payudara melibatkan 32.1 peratus dalam jumlah penyakit
kanser wanita di Malaysia.
Keseluruhan risiko seumur hidup adalah satu dalam
30, ini bermaksud dalam setiap 30 orang wanita, seorang
akan dijangkiti kanser payudara sepanjang hayatnya.
PEMERIKSAAN KERAP
Bagi menggalakkan lebih ramai wanita untuk mendapatkan
pemeriksaan kanser dengan lebih kerap, Pfizer Malaysia
bersama-sama dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-
Pertubuhan Wanita (NCWO) dan kerajaan negeri Selangor
telah melancarkan MenCare, satu program untuk mendidik
para lelaki untuk menjadi pemangkin pemeriksaan kanser
payu dara dengan sokongan semua lelaki tidak kira dari
golongan bapa, abang, adik ataupun rakan sekerja.
Kempen MenCare dilancarkan pada tahun 2006 ber-
sama dengan sebuah manual latihan bertujuan untuk
mengajar NGO kesihatan dan kaum lelaki tentang 5 fasa
dalam proses membuat keputusan mengenai kanser
payudara.
Pada tahun-tahun berikutnya, pelbagai bengkel dan
seminar latihan telah dijalankan di seluruh negara untuk
NGO kesihatan, kaum lelaki dan para pelatih bagi tujuan
menyebarkan misi MenCare kepada masyarakat umum.
Kerjasama dan kolaborasi bersama dengan hospital-
hospital dan kedai-kedai buku juga telah digerakkan,
sebelum bermulanya kerjasama bersama dengan Kera-
jaan Negeri Selangor untuk memberi sokongan kepada
Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor
(MammoSEL).
Dato’ Ramani Gurusamy berkata kaum lelaki
memainkan peranan penting sebagai penyokong
pemeriksaan awal kanser payu dara.
10 Perkara yang boleh
anda lakukan untuknya
1. Bantu supaya dia peka dengan perubahan
payudaranya.
2. Memastikan agar dia mematuhi waktu
temujanji ujian saringan dan temaninya.
3. Yakinkan dia bahawa jika kanser dikesan
awal, mungkin hanya ketulan akan dibuang
bukan keseluruhan payudara.
4. Yakinkan dia bahawa anda masih
cintakannya walaupun dia berasa tidak sihat
atau tidak cantik terutama semasa rawatan.
5. Yakinkan anda berdua masih boleh
mempunyai hubungan seksual yang
bermakna.
6. Terangkan keadaan kewangan dan cara
anda menguruskan kewangan meskipun
kos rawatan tinggi.
7. Tunjukkan senarai individu yang boleh
membantunya sekira diperlukan.
8. Beritahu bahawa semua pihak
menyokongnya.
9. Terangkan bahawa anda mampu
menolongnya melalui setiap waktu sukar.
10.Jelaskan secara baik bahawa ahli keluarga
boleh menjaga anak-anak semasa dia
mendapatkan rawatan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kebajikan,
Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga , Dr Siti Mariah
Mahmud berkata, hasil daripada kaji selidik MenCare
menampilkan informasi penting untuk menolong dalam
perjuangan melawan kanser payu dara di Malaysia.
“Sokongan pihak lelaki boleh meningkatkan kadar
kelangsungan hidup wanita yang sedang bertarung
dengan kanser,”katanya.
Tambah beliau, sebagai tanda sokongan terhadap
kempen MenCare, pihaknya mengadakan program
supaya semua staf lelaki melibatkan diri.
“Saya cukup gembira untuk melihat MenCare diserap
sebagai sebahagian daripada Karnival Wellness, Welfare,
Women (3W) dan saya mengajak rakyat Selangor untuk
mengunjungi karnival berkenaan bagi mendapatkan
lebih banyak informasi tentang kempen ini dan mendaf-
tar untuk MammoSEL,” kata beliau.
Sementara itu, wakil daripada Majlis Kebangsaan
Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO), Dato’ Ramani
Gurusamy berkata kaum lelaki memainkan peranan
penting sebagai penyokong pemeriksaan awal kanser
payu dara.
“Data terbaru daripada kaji selidik MenCare seharus-
nya digunakan sebagai tapak permulaan untuk membaiki
statistik terhadap pengetahuan tentang kanser payu
dara di kalangan lelaki Selangor, sekaligus meningkat-
kan pengaruh dan kepentingan sokongan lelaki dalam
inisiatif mendapatkan pemeriksaan mammogram yang
kerap,”katanya.
Wakil Pfizer Malaysia, Azwar Kamarudin berkata,
pihaknya bangga melihat pertumbuhan kempen Men-
Care dengan kerjasama bersama dengan kerajaan negeri
Selangor dan NCWO.
“Kami telah menyokong kempen ini sejak tahun 2006
dan ia merupakan contoh terbaik komitmen Pfizer terha-
dap kesejahteraan rakyat Malaysia. Kami mengalu-alukan
kerjasama kerajaan negeri Selangor yang telah menyo-
kong MenCare dan usaha mereka untuk merapatkan lagi
jurang pengetahuan kita dalam perjuangan menentang
kanser payu dara di Malaysia,” jelasnya. — al-Siha
KAJI SELIDIK MENCARE 2019
Sebagai salah satu langkah untuk menyokong program
MammoSEL, satu kaji selidik telah dijalankan yang disa-
sarkan kepada kaum lelaki untuk melihat tahap sokongan
kepada wanita tersayang mereka dalam mendapatkan
pemeriksaan payu dara, serta mengenalpasti faktor-faktor
yang mungkin menghalang mereka melakukannya.
Hasil kaji selidik berkenaan telah dikemukakan baru-
baru ini untuk terus mendidik kaum lelaki bagi terus
menyokong wanita mendapatkan pemeriksaan kanser
payu dara pada skala yang lebih besar, bukan sahaja di
Selangor tetapi di seluruh Malaysia
Lebih separuh dari 556 responden lelaki yang disoal
tidak mengetahui tentang perkhidmatan mammogram
Kerajaan negeri Selangor, NCWO dan Pfizer bekerjasama untuk mendapatkan sokongan kaum lelaki dalam
menentang kanser #1 di kalangan wanita.