Mei, 2019 | al-Siha
diari lelaki
23
Onkologi
lelaki juga
tidak terkecuali
Kurang dari satu peratus lelaki di Malaysia
menghidap kanser payudara
P
EnYaKiT kanser payudara bukan perkara
baharu dikalangan wanita, bahkan
seringkali mendapat liputan meluas di
mana-mana sahaja, akan tetapi kurang
satu peratus dari semua jenis kanser adalah
kanser payudara bagi kaum lelaki dan jarang
mendapat pendedahan.
Menurut Pakar Onkologi, Dr. Mastura Md Yusof,
dari pemeriksaan atau diagnosis kanser yang dilakukan
terhadap lelaki, sekurang-kurangnya kurang dari satu
peratus kes dilaporkan.
“Pada tahun 2003 dan 2005, sebanyak 257 kes dil-
aporkan di Daftar Kanser Kebangsaan dan penyakit ini
dianggap sebagai amat jarang berlaku, dan kita tidak
menyangka ia sebenarnya turut dihidapi lelaki sedangkan
30 peratus wanita di Malaysia menghidap kanser ini.
TANDA KANSER PAYUDARA BAGI LELAKI
• Penemuan benjolan atau ketulan yang tidak menya-
kitkan atau kulit dibahagian payudara menebal
• Berlaku perubahan pada kulit di bahagian payudara
seperti ruam
• Perubahan pada puting, puting tertarik ke dalam
• Puting berdarah
1. Penuaan
Kanser payudara dikalangan lelaki
kebiasaannya berlaku kepada golongan
lelaki yang lebih tua sekitar 68 tahun.
2. Hormon
Faktor epidemiologi menunjukkan
terdapat hubungan antara tahap
estrogen tinggi dengan kanser payudara
lelaki.
Kulit payudara lelaki mempunyai
struktur yang sedikit berbeza dan kurang
berkembang berbanding payudara
wanita. Tahap estrogen yang tinggi boleh
merangsang pertumbuhan sel payudara.
Lelaki terdedah kepada tahap oestrogen
tinggi sekiranya:
• Mempunyai masalah berat badan
atau obesiti yang akan meningkatkan
penghasilan oestrogen.
• Mengambil ubat-ubatan meningkatkan
hormone wanita.
• Mengambil mi numan alkohol yang
terlalu banyak.
• Mempunyai penyakit hati atau
gangguan tiroid.
PUNCA KANSER
“Kita sebenarnya tahu mengenai beberapa maklumat
sahaja tentang penyakit ini dan masih tidak tahu punca
sebenar yang menyebabkan kanser payudara di kalangan
lelaki,” katanya.
“Oleh kerana penyakit kanser payudara dikalangan
lelaki ini jarang berlaku, epidemiologi atau pengumpulan
data perlu dilakukan. Walau bagaimanapun, kita semua
perlu faham akan penyebab kanser payudara dikalangan
lelaki. Tiada lelaki yang merasakan bahawa mereka berke-
mungkinan menghidap penyakit ini, jadi mereka tidak
melakukan ujian saringan atau pemeriksaan kesihatan
meskipun mereka menyedari terdapat ketulan atau
benjolan pada payudara masing-masing.
“Tidak ada rutin dilakukan untuk memeriksa payudara
masing-masing bagi lelaki. Kurangnya kesedaran itu,
bukan sahaja daripada kalangan orang ramai bahkan
dari kalangan professional atau pengamal perubatan
sendiri,” jelasnya.
Perkara ini akan menyebabkan individu tersebut
semakin parah dan terlambat saat mengetahuinya.
Faktor PerkeMbangan
kanSer
3. Status perkahwinan – lelaki yang
tidak pernah berkahwin berisiko
lebih tinggi
4. Keadaan payudara sebelum ini
5. Gynecomastia
Ginekomastia adalah pertumbuhan
payudara yang abnormal.
6. Sejarah keluarga
penghidap kanser payudara lelaki adalah “oestrogen
receptor–positive” manakala 65 hingga 70 peratus wanita
turut dikatakan sebagai “oestrogen receptor–positive”
dan kedua-dua “oestrogen receptor” dan “progesterone
receptor” ini turut mempunyai kaitan dengan kanser
payudara lelaki, sama dengan kanser payudara bagi
wanita.
“Memandangkan penyakit kanser payudara bagi lelaki
ini amat jarang ditemui, rawatan keatas mereka tidak jauh
beza secara keseluruhannya. Setiap proses seperti ujian,
biopsy, pembedahan, kimoterapi, dan beberapa rawatan
lain dilakukan sama sahaja dengan wanita. — al-Siha
7. Bentuk payudara
Sesetengah lelaki mewarisi genetik tidak
normal (mutasi) dari ibu bapa sekaligus
meningkatkan lagi risiko terhadap
penyakit ini.
8. Rawatan kanser yang dilakukan
sebelum ini
9. Undescended testicles
10. Mumps orchitis
STIGMA
Terbaru, satu dari sembilan wanita dilaporkan menghidap
kanser payudara, kira-kira 30 peratus wanita di Malaysia.
Bagi lelaki, hanya satu dalam 1000 orang berisiko tinggi
menghidap kanser dan kurang dari satu peratus.
Bagaimana pula tindakan yang dilakukan oleh lelaki
yang mengetahui bahawa mereka menghidap kanser
payudara?
“Sememangnya lelaki sukar untuk membincangkan
perkara ini. Seolah-olah ini satu perkara yang sensitif
dan tidak boleh dibincangkan kerana melibatkan kesan
psikologi dan kurang sokongan. Kebanyakkannya mem-
persoalkan penyakit mahupun kanser yang dihidapi
mereka,” katanya.
Lelaki yang didiagnosis sebagai pesakit kanser
payudara ini akan mengalami pengalaman dimana
mereka terlalu bimbang dan tekanan selain tercabar
memandangkan penyakit ini lazimnya dialami wanita.
“Memang mereka juga memerlukan sokongan padu
sebagaimana sokongan yang telah diberikan terhadap
wanita yang menhidap kanser payudara,” jelas beliau.
ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN?
Kajian yang dilakukan oleh penyelidik Eropah mendapati
terdapat persamaan antara kanser payudara yang meny-
erang wanita dan juga lelaki, cuma beberapa perbezaan
lain yang tidak begitu ketara. Lebih dari 90 peratus
Dr Mastura
menegaskan
bahawa rakyat
Malaysia perlu
peka serta
menjalani
ujian saringan
bagi mengesan
penyakit ini.