24
al-Siha | MEI, 2019
TENTANG WANITA
Dunia O&G
Perkhidmatan
Ginekologi untuk
remaja perempuan
Unit Pediatrik dan Ginekologi Remaja (PAG) telah
diperkenalkan pada April 2008 oleh Jabatan Obstetrik dan
Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM Medical
Centre (HCTM UKMMC) Cheras, Kuala Lumpur
Unit ini juga turut
bekerjasama dengan
kebanyakan pakar
bedah pediatrik, pakar
bedah ekdoktrin bagi
pediatrik dan remaja,
pakar psikiatri, pakar
psikologi, pakar
radiologi, pakar
genetik dan mereka
yang arif dalam bidang
imbasan(scan).”
U
NIT ini telah dimulakan oleh Prof Nur
Azurah Abdul Ghani dan juga Prof.
Madya Dr. Ani Amelia Datuk Zainuddin.
PAG merupakan sub speciality bagi
Obstetrik dan Ginekologi. Di Asia,
terdapat beberapa buah klinik PAG
mula diperkenalkan seperti di negara seperti Singapura.
Filipina dan juga Hong Kong.
LATIHAN KEPADA PAKAR
Unit ini telah melatih ramai penuntut sarjana bidang O&G
dan pakar O&G yang berminat kearah PAG dan perubatan
reproduktif.
Selain itu, unit ini juga telah menjalankan beberapa
kajian, yang diterbitkan dalam bentuk jurnal, selain turut
aktif mengadakan forum ilmiah bersama orang ramai
dan juga menyampaikan ceramah di sekolah, bengkel-
bengkel ilmu, dan juga menyertau kongres dalam dan
juga luar negara. Dua kongres luar negara disertai unit
ini pada tahun 2007 dan juga 2013.
Unit PAG di HCTM UKMMC ini juga telah mengurus-
kan sekurang-kurangnya 300 kes secara purata setiap
tahun. Rujukan mereka tertumpu kepada jabatan pedi-
atrik dan juga ginekologi di seluruh Malaysia, termasuk
Sabah dan juga Sarawak. Manakala, sebanyak 43 kes telah
dicatatkan pada tahun 2012 dan meningkat kepada 64 kes
pada tahun 2016 bagi pesakit luar baharu.
Unit ini menyediakan perkhidmatan ginekologi
kepada remaja perempuan dari usia seawal selepas dila-
hirkan sehingga 21 tahun. Bagaimanapun, disebabkan
oleh kelewatan diagnosis ‘Diff erences of Development
Disorders’ (DSD), wanita berusia 45 tahun juga masih
dibawah jagaan dan pemantauan unit ini.
MASALAH TERBARU
OLEH PROF. MADYA DR. ANI
AMELIA DATUK ZAINUDDIN
PAKAR OBSTETRIK DAN
GINEKOLOGI PPUKM
Antara permasalahan terbaru diterima PAG adalah kes
yang melibatkan masalah kesihatan seperti kencing
berdarah, dan juga amenorrhea serta dysmenorrhea.
Dalam aspek diagnosis pula, masalah kesihatan ter-
baru antaranya adalah DSD, Mullarian abnormalities,
vulvovaginitis, labial adhesions, kes penderaan seksual,
gangguan haid dan lambat baligh.
Unit PAG turut menawarkan ujian atau saringan dan
juga pembedahan sekiranya perlu untuk tujuan merawat
masalah yang dihadapi dengan sebaiknya.
Selain itu, unit ini juga turut bekerjasama dengan
kebanyakan pakar bedah pediatrik, pakar bedah ekdok-
trin bagi pediatrik dan remaja, pakar psikiatri, pakar
psikologi, pakar radiologi, pakar genetik dan mereka yang
arif dalam bidang imbasan(scan).
Terdapat dua klinik PAG dikenali di Malaysia, dimana
klinik ini telah dibuka oleh Pensyarah Universiti Sains
Malaysia Kelantan (USM), Dr. Nik Rafi za Afendi, dimana
beliau telah mula merawat remaja perempuan klinik
tersebut di Hospital USM, Kubang Kerian bermula tahun
2015.
Sementara itu, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr
Lavitha Sivapatham, dari Kementerian Kesihatan Malay-
sia juga telah membuka klinik PAG ini di Hospital Ampang
pada tahun 2017. Beliau erat menjalinkan kerjasama
dengan pihak Hemotologi Negara di Hospital Ampang
dalam membantu lebih ramai remaja perempuan yang
mengalami masalah terutamanya gangguan pendarahan.
KEPERLUAN PAG
Ternyata, perkhidmatan PAG sangat penting dan di
perlukan di Malaysia. Semoga semakin banyak pakar
O&G diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia dan
klinik PAG ini mendapat pengiktirafan sewajarnya selain
sokongan penuh dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
— al-Siha