26
al-Siha | Mei, 2019
VETERAN
PeKa B40 diwujudkan
atas faktor berikut
1
. Beban Penyakit Tidak Berjangkit
47.6% kumpulan B40 berumur 50
tahun dan ke atas menghidapi sekurang-
kurangnya satu penyakit tidak berjangkit
yang belum didiagnosis.
2
. Kesihatan Mental
3 daripada 10 orang dewasa menderita
masalah kesihatan mental. Kumpulan B40
mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32%
berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.
3
. Beban Kanser
Kes kanser semakin meningkat. Lebih
membimbangkan lagi apabila 60% dikesan
pada peringkat lewat, di mana peluang untuk
sembuh adalah lebih rendah.
Semakan
kelayakan dan
pelbagai matlumat
lanjut boleh
didapati di www.
pekab40.com.my.
4
Penjagaan sempurna
warga emas
Infrastuktur dan perkhidmatan warga emas masih ditakuk lama
meskipun pembangunan negara kian pesat
PeKa B40
untuk rakyat
50 tahun keatas
diperbaiki.
“Warga emas di Malaysia berdepan dengan tiga masalah
utama iaitu dari segi penjagaan, kewangan serta kesihatan
dan semua isu ini saling bersangkut paut,”katanya.
Jelas beliau, dalam isu penjagaan kesihatan misalnya,
ramai diantara kita yang tidak mampu mengurus dan
berdepan dengan sesetengah penyakit yang dihidapi oleh
ibu bapa yang uzur. Antara penyakit yang memerlukan
penjagaan rapi adalah demensia.
S
ILMU DAN MASALAH KEWANGAN
AKTA PENJAGAAN WARGA EMAS
“Akta 568 iaitu Akta Kemudahan Penjagaan Kesihatan
Swasta dan Perkhidmatan 1998 memperuntukkan per-
. Kos Alat Perubatan
Walaupun rawatan di Hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan,
sebahagian kos alat perubatan masih perlu
ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk
perentak jantung, implan untuk tulang
belakang, dan sebagainya. Ini menambah
beban kewangan kepada mereka yang
kurang berkemampuan.
. Masalah Pengangkutan
Ramai pesakit yang kurang
berkemampuan, terutamanya di kawasan
pedalaman, tidak meneruskan rawatan
akibat kekangan kewangan untuk membayar
tambang pengangkutan.
engarah Institut Penyelidikan
Penuaan Malaysia (MyAgeing) dan
Presiden Persatuan Gerontologi Malay-
sia (GeM), Prof Datuk Dr Tengku Aizan
Hamid, berpendapat infrastruktur dan
perkhidmtan penjagaan warga emas perlu
“Meskipun ramai warga emas berdepan dengan masalah
ini, namun ada diantara kita tidak terlatih dan kurang
ilmu dalam usaha membantu menjaga mereka. Sedang-
kan demensia merupakan penyakit progresif dan sangat
membimbangkan.
Tambah beliau, masalah kewangan juga menjadi salah
satu faktor berlakunya pengabaian terhadap warga emas.
“Disebabkan berlaku perubahan status sosial ekonomi
negara, harapan ibu bapa mahu melihat anak-anak
menjaga mereka di hari tua juga semakin pudar. Mereka
terpaksa akur bahawa anak-anak tidak mempunyai wang
lebih serta tidak ada masa yang banyak untuk menghabis-
kan masa bersama ibu bapa.
“Sejajar perubahan masa juga, pemahaman tentang
tanggungjawab turut berbeza. Ibu bapa tidak lagi terlalu
mengharapkan anak-anak sentiasa berada disisi untuk
menjaga mereka sebaliknya, cukup sekadar membawa
mereka keluar makan dan bercuti bersama-sama.
Dengan bilangan warga emas yang kian meningkat
di negara ini, isu berkaitan penjagaan warga emas amat
penting untuk dibincangkan.
“Hari ini, kita bergantung kepada rumah penjagaan
warga emas untuk memastikan penjagaan terbaik buat ibu
bapa yang semakin uzur. Walau bagaimanapun, adakah
anda tahu apakah perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan
Malaysia untuk memastikan penjagaan sempurna ke atas
warga emas?
5
6
Susunan Nurul Fadhlin Che Ismail
P
. Rawatan Kanser
Ramai pesakit tidak melengkapkan
rawatan kanser dan hanya kembali
semula ke hospital apabila sudah tenat.
Ini menipiskan peluang sembuh dan
meningkatkan kos rawatan.
Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan
Malaysia (MyAgeing) dan Presiden Persatuan
Gerontologi Malaysia (GeM), Prof Datuk Dr
Tengku Aizan Hamid.
aturan dan kawalan ke atas kemudahan dan perkhidmatan
penjagaan kesihatan swasta dan kesihatan yang lain.
Meskipun wujud akta khusus melibatkan perkara ini
namun, jelas Prof Datuk Dr Tengku Aizan banyak kemuda-
han yang disediakan untuk warga tua ini tidak didaftarkan
di bawah akta ini.
Pada Disember tahun 2018, Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan
bahawa kerajaan memberi sepenuh komitmen terhadap
undang-undang dalam melindungi hak dan kebajikan
warga tua.
Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah
menjelaskan bahawa akta itu juga bertujuan untuk menye-
diakan sistem sokongan kepada warga emas.
Beliau turut mendedahkan bahawa kementerian itu
bekerjasama dengan Program Pembangunan Pertubu-
han Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menubuhkan sebuah
bandar ‘mesra warga tua’. — al-Siha
kim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa
B40) telah bermula di seluruh negara pada Isnin
15 April 2019.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly
Ahmad dalam satu kenyataan, PeKa B40 memberi
fokus kepada jalinan kerjasama awam-swasta dalam
membantu kumpulan B40 dengan mengutamakan
perkhidmatan klinik perubatan swasta umum (general
practitioners, GP) yang sudah berdaftar.
“Penerima yang layak boleh menjalankan saringan
kesihatan di klinik GP yang memaparkan pelekat
khusus PeKa B40,”katanya.
Sehingga 12 April 2019, terdapat 423 klinik GP yang
telah berdaftar bagi skim PeKa B40 sebagai ‘Klinik PeKa
B40’. Senarai penuh boleh diperoleh di laman web PeKa
B40 di alamat www.pekab40.com.my.
Sebagai permulaan, PeKa B40 akan melalui fasa
ujian operasi di mana Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) akan menilai kelancaran logistik dan mendapat-
kan maklumbalas daripada semua pemegang taruh
yang terlibat.
Tempoh ujian ini akan berlangsung sehingga PeKa
B40 dilancarkan sepenuhnya kelak.
Menerusi PeKa B40, penerima Bantuan Sara Hidup
(BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berumur 50
tahun dan ke atas dalam tahun 2019 adalah layak
secara automatik untuk menyertai skim ini.
Ia adalah percuma dan tiada pendaftaran khusus
diperlukan.
PeKa B40 memberikan:
1. Bantuan alat perubatan
2. Insentif melengkapkan rawatan kanser
3. Insentif tambang pengangkutan
4. Saringan kesihatan — al-Siha