28
al-Siha | Mei, 2019
JOM CERGAS
Berjalanlah
10,000 langkah
sehari
Kesihatan dan kecergasan amat penting dalam kehidupan seharian.
Sejauh mana tahap kesihatan individu bergantung kepada sejauh
mana tahap kecergasan mereka
P
erkara ini dapat dibuktikan melalui
kemampuan bersenam selama sejam sehari
dengan tahap intensiti sederhana hingga
tinggi yang akan memberi kesan kepada
aktiviti berimpak rendah sepanjang hari
dengan lebih efisyen.
Menurut Pensyarah Kesihatan dan Kecergasan Unisel,
Wan Mohd Hakim Wan Ismail, kesihatan boleh ditingkat-
kan dengan melakukan senaman semudah berjalan kaki
sebanyak 10,000 langkah sehari. Ini termasuklah jumlah
pergerakkan dari bangun tidur (pagi) hingga tidur semula
(malam).
“Kajian pada tahun 2007 membuktikan bahawa, aktiviti
berimpak rendah mampu meningkatkan tahap kesihatan
wanita yang tidak aktif berbanding dengan mereka yang
tidak melakukan sebarang senaman. Sebenarnya aktiviti
ini telah lama diamalkan di Jepun sejak tahun 1960 lagi
untuk menghasikan pekerja yang sihat dan cergas.
“Walaubagaimanapun, aktiviti berjalan 10,000 langkah
hanya tertakluk kepada mereka yang diklasifikasikan sihat
tanpa sebarang komplikasi terutamanya masalah jantung.
Sila dapatkan nasihat dari pakar kecergasan dan peru-
batan sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman
fizikal.
“Aktiviti ini bergantung kepada peringkat umur dan
kondisi semasa kecergasan. Kajian mendapati bahawa lagi
banyak langkah yang dilakukan sehari, lagi rendah peluang
untuk terdedah kepada masalah obesiti. Secara purata,
manusia melakukan gerakan sebanyak 3000 langkah
sehari bagi yang bekerja di pejabat. Aktifkan diri berjalan
ke kereta, shopping mall dan sebagainya dalam tempoh
sejam sahaja.
POSTUR
“Ramai yang tidak tahu bahawa dengan melakukan aktiviti
berimpak rendah seperti berjalan, memberikan faedah
kepada postur badan. Aktiviti berjalan dengan postur dan
tempo yang betul dapat membantu memperbetulkan
postur badan.
“Apabila kita berjalan, otot-otot yang diperlukan
bergerak dan berfungsi secara automatik. Otot-otot ini
akan berfungsi secara efisyen dan aktif dari masa ke masa
apabila ia kerap digunakan. Perlu diingat, semasa melaku-
kan aktiviti ini, semak pergerakan angkota badan supaya
setiap langkah dilakukan dengan betul.
JANTUNG
“Persatuan Kesihatan Sedunia mencadangkan agar
melakukan 10,000 langkah sehari kerana akiviti ini lebih
selamat untuk semua peringkat umur dimana ia juga dapat
menguatkan otot jantung serta organ lain. Secara purata,
manusia biasa mempunyai kadar purata nadi rehat antara
60 hingga 100 seminit. Kadar nadi rehat dapat diturunkan
dengan melakukan aktiviti kardiovaskular secara teratur
dan terancang.
“Pakar perubatan, pengkaji sukan dan kesihatan dari
Universiti QingDao merumuskan kadar nadi rehat yang
tinggi adalah petanda seseorang itu terdedah dengan
komplikasi jantung. Kadar nadi rehat bagi seorang atlit
berbasikal dan pelari jarak jauh berada pada tahap yang
sangat baik iaitu diantara 28 hingga 40 denyutan nadi
seminit.
Wan Mohd Hakim Wan Ismail, Pensyarah Kesihatan
dan Kecergasan Unisel
KALORI
“10,000 langkah sehari bukan sahaja memberi impak
positif pada jantung malah turut membakar kalori seban-
yak 1500 hingga 2500 kalori secara purata sehari. Kalori
ini dapat dibakar dengan melakukan aktiviti berintensiti
rendah hingga sederhana. Namun, sekiranya berada dalam
keadaan pasif dan tidak melakukan aktiviti, kalori yang
berlebihan akan disimpan sebagai lemak.
“Aktiviti ini juga meningkatkan kadar metabolisma atau
kadar pembakaran tenaga. Lagi aktif seseorang, lagi tinggi
metabolisma. Seseorang yang aktif akan membakar lebih
banyak berbanding mereka yang pasif.
“Kebanyakkan individu membakar kalori semasa
duduk ketika melakukan kerja-kerja pejabat, bercakap dan
sebagainya yang berintensiti rendah. Apabila melakukan
aktiviti berintensiti sederhana seperti berjalan dalam
keadaan yang sedikit laju, kalori akan dibakar dengan
lebih banyak. Ibarat kenderaan yang melalui jalan yang
mendatar atau berbukit. Laluan yang berbukit akan lebih
menggunakan bahan bakar.
“Oleh itu, amat digalakkan untuk melakukan pelbagai
aktiviti seperti berjalan, memasak, mengangkat barang dan
sebagainya. — al-Siha
Trivia Cergas!
Mengikut Kajian Tinjauan Kesihatan dan
Morbiliti Kebangsaan (NHMS) 2017, satu dari dua
remaja tidak aktif dalam melakukan aktiviti fizikal.
Berikut antara aktiviti yang paling banyak
membakar kalori:
1. Tinju (800 kalori/jam)
2. Skuasy (748 kalori/jam)
3. Berkayak (740 kalori /jam )
4. Berlari cepat (700 kalori/jam )
5. Bola Sepak (612 kalori/jam )
6. Berbasikal cepat (604 kalori/jam )
7. Angkat beban dan kardio (590 kalori/jam )
8. Lari di treadmill (580/jam )