Mei, 2019 | al-Siha
personaliti
29
‘Segalanya
demi
keluarga’
– Sarah
Penyanyi yang bukan sahaja
mempunyai lontaran suara
padu, malah berkeperibadian
mesra dan mudah didekati
Siti Sarah
mengutamakan
pemakanan sihat
buat keluarga.
Seorang ibu tidak boleh malas dan tidak
salah menyediakan makanan ringan yang
dibuat sendiri. Kalau mahu manis, boleh
bagi madu. Selain sebagai jajan, madu
juga sangat bagus untuk otak, tulang dan
sistem imun. Begitu juga aiskrim, saya
buat dari buah-buahan dan tambahkan
sedikit madu.”
Oleh Nurul Fadhlin Che Ismail
G
raf kerjaya Siti Sarah Raisuddin atau
lebih dikenali sebagai Siti Sarah kembali
meledak selepas lagu baharunya berjudul
‘Semakin’ kian menjadi halwa telinga dan
permintaan pendengar.
Meskipun sibuk dengan kariernya
sebagai artis dan usahawan, Siti Sarah, isteri kepada
pelawak terkenal tanah air, Shuib Sepahtu ini tidak pernah
mengabaikan tangunggjawabnya untuk memastikan
hanya penyediaan makanan sihat buat keluarga terutama
untuk ketiga-tiga anak mereka Uwais Alqarni, Dzahira
Talita Zahra, dan Ariq Matin.
PEMAKANAN SIHAT
“Bagi Sarah, penjagaan kesihatan bermula dari pemak-
anan yang diambil setiap hari. Makanan cepat hidang
atau makanan ringan sebenarnya mudah mengundang
‘negative vibes’.
“Makanan sihat tidak bererti sekadar makanan organik
sahaja, mungkin dari bahan-bahan lain yang terdapat di
dalam rumah tetapi bukan dari makanan proses. Sarah
turut mengamalkan makanan ‘gluten-free’ kerana ia
sangat bagus untuk penghadaman.
“Begitu juga dalam masakan, Sarah lebih suka meng-
gunakan gula kabung dan molasses sebagai penganti gula
putih.
Selain menjaga kesihatan diri dan keluarga, Sarah juga
percaya pemakanan yang sihat mampu menghindarkan
diri dari pelbagai penyakit kronik termasuklah kanser.
MAKANAN RINGAN
“Bagi anak-anak pula, makanan utama adalah apa yang
saya sediakan untuk mereka. Namun, kanak-kanak
perlukan ‘snack’. Saya tidak suka anak-anak makan
makanan ringan termasuklah gula-gula kerana ia akan
membuatkan mereka terlebih gula dan ketagih.
“Seorang ibu tidak boleh malas dan tidak salah menye-
diakan makanan ringan yang dibuat sendiri. Kalau mahu
manis, boleh bagi madu. Selain sebagai jajan, madu juga
sangat bagus untuk otak, tulang dan sistem imun. Begitu
juga aiskrim, saya buat dari buah-buahan dan tambahkan
sedikit madu.
“Bagi saya, memberikan gajet kepada anak-anak tidak
dikira sebagai berjaya mendiamkan mereka. Perbuatan
tersebut sebaliknya membuatkan mereka bertambah aktif
dan menimbulkan kemarahan kepada kita. Memarahi
anak-anak sedangkan ibu bapa sendiri yang bersalah.
Mereka tidak tahu apa-apa dan ibu bapa mampu men-
gawasi keadaan ini .
LIHAT SIAPA KITA BERKAWAN
Menurut Sarah, memegang tanggungjawab sebagai
seorang isteri, ibu, anak, artis dan usahawan tidak mudah.
Banyak punca yang boleh menyebabkan saya mengalami
tekanan tetapi setiap orang perlu bijak menangani
keadaan tersebut.
“Saya lebih memilih dengan siapa saya berkawan.
Pastikan mereka yang ada disekeliling tidak mengundang
tekanan. Pada masa yang sama pastikan jaga solat, zikir,
selain dari menjaga sebaik-baiknya hubungan suami
isteri.
HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Agama Islam sendiri menegaskan bahawa setiap redha
isteri terletak pada redha suami.
“Bagi kami, memahami kedudukan dan tanggung-
jawab sebagai suami isteri sangat penting. Dia adalah
suami dan saya adalah isteri. Dalam soal ini, isteri perlu
memahami segalanya yang suami suka atau tidak suka,
begitulah sebaliknya.
KOMUNIKASI TAMBAH KASIH SAYANG
Komunikasi bersama pasangan memainkan peranan
yang sangat penting dalam kebahagiaan rumahtangga.
Bagi Sarah, banyak contoh terbaik yang ada depan mata
dan boleh dijadikan pengajaran dan panduan.
“Bagi saya, kehidupan kekeluargaan banyak dipela-
jari dari ibu bapa sendiri, sehingga kebanyakkannya di
aplikasikan dalam rumahtangga sendiri.
“Tips komunikasi suami isteri ini saya lihat daripada
mak ayah saya. Sepanjang membesar, saya tidak pernah
melihat mak dan ayah bergaduh di depan anak-anak.
Saya juga tidak pernah melihat emak saya menengking
ayah saya semula.
“Oleh itu saya percaya, jika kita ada masalah sebesar
mana pun jangan sekali-kali selesaikan dengan emosi
marah kerana ia tidak akan mendatangkan keputusan
yang baik. Sebaliknya mungkin akan menyebabkan
masalah sedia ada bertambah besar.
“Bila marah kita akan terjerit-jerit, jeritan dari isteri
mungkin akan menyebabkan suami tercabar dan mula
naik tangan. Masalah boleh diselesaikan bila emosi
marah berjaya dipadamkan dari kedua-dua pihak. Paling
penting kenali suami anda terlebih dahulu. Itulah antara
satu cara saya elak tekanan,” jelasnya.
Sarah kini sedang menunggu beberapa lagu dari
komposer-komposer tanah air dan semakin aktif men-
gusahakan produk madu terbaru keluaran syarikatnya
yang diberi pembaharuan dari segi rasa dan warna
dijangka akan dilancarkan pertengahan tahun ini.
— al-Siha