al-Siha : May 2019 | Page 19

Mei, 2019 | al-Siha Mysepsis 19 Ayah tidak kenali saya! Kira-kira 40 peratus pesakit sepsis mengalami gangguan kognitif pada tahun pertama. Mysepsis oleh Dr. Tan Toh Leong Pensyarah Kanan dan Pakar Perubatan Kecemasan UKM Pengesahan awal menyelamatkan nyawa. Gangguan otak boleh terjadi dalam beberapa keadaan seperti stroke(angin ahmar), kekurangan gula dalam darah, termakan ubat yang salah dan cedera di bahagian kepala. Walau bagaimanapun, dalam gangguan yang akut selepas deman seperti ini, ia biasanya dikaitkan dengan sepsis. Ensefalopati septik sebenarnya senang diubati dan dapat dikawal apabila punca jangkitan dapat dikenalpasti dan dirawat segera.” – Dr. Tan S arah membawa ayahnya yang berusia 68 tahun ke wad kecemasan dan memberitahu kami bahawa ayahnya berkelakuan pelik sejak dia demam beberapa hari kebelakangan ini. Ayahnya berkelakuan agresif dan membuang air kecil merata-rata di rumah orang tua. Keadaan bertambah teruk apabila ayahnya kini sudah tidak mengenalinya. “Keadaan ayah sebelum ini sihat dan normal sahaja. Apa yang telah berlaku sebenarnya?,” Sarah mengajukan soalan ini kepada saya. Saya telah membuat pemeriksaan lanjut terhadap ayahnya dan mendapati bahawa beliau mengalami demam tinggi dan dehidrasi. Beliau juga mengalami jangkitam paru-paru yang menyebabkannya sesak nafas. Selain itu, ayah Sarah turut mengalami gejala sepsis yang lain sepeti (tidak jelas atau kekeliruan, mengigil yang melampau, tidak kencing sepanjang hari, sesak nafas yang teruk, ‘rasa dirinya seakan telah meninggal’ dan warna kulit bertompok-tompok gelap kebiru-biruan). SEPTIC ENCEPHALOPATHY lopati. Jika pesakit tidak diubati segera, pesakit lazimnya akan mengalami kecacatan kognitif yang berkekalan walaupun telah pulih daripada sepsis. Terdapat dua jenis manifestasi ensefalopati septik, iaitu kecelaruan hiperaktif atau hipoaktif. Pesakit yang menghidapi ensefalopati septik yang teruk boleh mengalami koma. Dalam kes ayah Sarah, beliau mengalami kecelaruan hiperaktif. Pesakit boleh mengalami simptom-simptom lain seperti kekurangan selera makan, dehidrasi, lesu yang teramat, kekejangan otot dan badan bergetar. Sawan agak jarang berlaku. Ensefalopati subklinikal (tidak gawat) mungkin dapat dikesan oleh ahli keluarga apabila pesakit tersebut mempunyai tingkah laku yang agak pelik. Prognosis penyakit ini agak teruk. Kira-kira 40 peratus pesakit sepsis mengalami gangguan kognitif pada tahun pertama dan kemungkinan akan berkekalan selama berta- hun-tahun. Sebanyak 60 peratus pesakit sepsis mempunyai simptom kemurungan jangka panjang atau anxiety. Jika kece- laruan berlaku, ia kemungkinan membawa maut. PENGESANAN AWAL BAHAYA ENSEFALOPATI Apa yang harus dilakukan apabila orang yang kita sayangi mengalami keadaan seperti ini? 3 langkah ringkas untuk diikuti. . Memeriksa dengan segera sama ada terdapat tanda-tanda sepsis. . Jangan memberi makanan atau minuman kepada orang yang dalam kecelaruan. Ia akan menyebabkan persakit tercekik dan tersedak. . Hubungi doktor untuk konsultasi, rawatan di rumah atau hantar orang yang dikasihi ke hospital terdekat. Pengesanan awal ensefalopati septik adalah sangat penting. Rawatan awal dapat mencegah kemerosotan kognitif jangka panjang dan kemurungan. Kebiasaannya, pesakit perlu dima- sukkan ke wad untuk menerima rawatan antibiotik. Pesakit mungkin perlu di masukkan air garam melalui salur darah untuk rehidrasi. Sekiranya keadaan pesakit menjadi lebih teruk, kemasukan ke ICU untuk rawatan intensif adalah wajar. Dengan perkongsian ini, semoga pembaca lebih peka dan bersedia untuk mengesan tanda-tanda awal ensefalopati septik. — al-Siha Kecelaruan otak ensefalopati septik adalah disebabkan oleh tindak balas atau disebabkan oleh keradangan yang mencederakan sel-sel otak semasa sepsis. Sebanyak 70 peratus pesakit sepsis mengalami ensefa- Dr. Tan adalah Presiden Malaysian Sepsis Alliance dan ahli Global Sepsis Alliance. Beliau juga merupakan Pensyarah Kanan dan Pakar Perubatan Kecemasan UKM. Ayah Sarah sebenarnya menghidapi penyakit ‘septic encephalopathy’. Apakah ‘septic encephalopathy’ atau Ensefalopati septik? ‘Septic’ bermaksud keadaan berkaitan dengan sepsis. ‘Encephalopathy’ adalah kata Latin yang meng- gabungkan dua perkataan, ‘encephalo’ yang bermaksud otak, dan ‘pathy’ bermaksud kecelaruan, gangguan atau kerosakan. Gangguan otak boleh terjadi dalam beberapa keadaan seperti stroke(angin ahmar), kekurangan gula dalam darah, termakan ubat yang salah dan cedera di bahagian kepala. Walau bagaimanapun, dalam gangguan yang akut selepas deman seperti ini, ia biasanya dikaitkan dengan sepsis. Ensefalopati septik sebenarnya senang diubati dan dapat dikawal apabila punca jangkitan dapat dikenalpasti dan dirawat segera. 1 2 3