al-Siha : May 2019 | Page 22

22 al-Siha | Mei, 2019 dairi lelaki Inisiatif lelaki terhadap pemeriksaan payudara MenCare membentangkan data terkini mengenai kesedaran dan inisiatif lelaki tentang pemeriksaan payu dara percuma yang ditawarkan kerajaan negeri Selangor. Ini menunjukkan perlunya kerjasama berterusan di antara Pfizer Malaysia, Majlis Kebangsaan Pertubuhan- Pertubuhan Wanita (NCWO) dan kerajaan negeri Selangor. FAKTOR TIDAK MELAKUKAN PEMERIKSAAN Kekurangan pengetahuan, perasaan takut dan juga faktor kos merupakan cabaran terbesar yang menghalang kaum lelaki daripada menyokong wanita untuk sentiasa berjaga-jaga dan mendapatkan pemeriksaan payu dara dengan kerap. Namun begitu, setelah diberitahu bagaimana kadar kelangsungan hidup pesakit kanser payu dara boleh ditingkatkan dengan pengesanan awal, mereka semua bersetuju yang pemeriksaan tahunan perlu dilakukan. PERGERAKAN MENCARE Dr Siti Mariah Mahmud berkata 100 peratus daripada lelaki yang disoal selidik mengatakan mereka akan mengajak wanita tersayang untuk mendapatkan pemeriksaan kanser payu dara. K ajian oleh Global Cancer Observatory pada tahun 2018 mendapati 23,218 kes kanser baharu yang dilaporkan di kalangan wanita Malaysia dan 7,593 daripada kes yang dilapor adalah kes kanser payu dara. Menurut laporan dari Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia tahun 2007 hingga 2011, kanser payudara melibatkan 32.1 peratus dalam jumlah penyakit kanser wanita di Malaysia. Keseluruhan risiko seumur hidup adalah satu dalam 30, ini bermaksud dalam setiap 30 orang wanita, seorang akan dijangkiti kanser payudara sepanjang hayatnya. PEMERIKSAAN KERAP Bagi menggalakkan lebih ramai wanita untuk mendapatkan pemeriksaan kanser dengan lebih kerap, Pfizer Malaysia bersama-sama dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan- Pertubuhan Wanita (NCWO) dan kerajaan negeri Selangor telah melancarkan MenCare, satu program untuk mendidik para lelaki untuk menjadi pemangkin pemeriksaan kanser payu dara dengan sokongan semua lelaki tidak kira dari golongan bapa, abang, adik ataupun rakan sekerja. Kempen MenCare dilancarkan pada tahun 2006 ber- sama dengan sebuah manual latihan bertujuan untuk mengajar NGO kesihatan dan kaum lelaki tentang 5 fasa dalam proses membuat keputusan mengenai kanser payudara. Pada tahun-tahun berikutnya, pelbagai bengkel dan seminar latihan telah dijalankan di seluruh negara untuk NGO kesihatan, kaum lelaki dan para pelatih bagi tujuan menyebarkan misi MenCare kepada masyarakat umum. Kerjasama dan kolaborasi bersama dengan hospital- hospital dan kedai-kedai buku juga telah digerakkan, sebelum bermulanya kerjasama bersama dengan Kera- jaan Negeri Selangor untuk memberi sokongan kepada Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSEL). Dato’ Ramani Gurusamy berkata kaum lelaki memainkan peranan penting sebagai penyokong pemeriksaan awal kanser payu dara. 10 Perkara yang boleh anda lakukan untuknya 1. Bantu supaya dia peka dengan perubahan payudaranya. 2. Memastikan agar dia mematuhi waktu temujanji ujian saringan dan temaninya. 3. Yakinkan dia bahawa jika kanser dikesan awal, mungkin hanya ketulan akan dibuang bukan keseluruhan payudara. 4. Yakinkan dia bahawa anda masih cintakannya walaupun dia berasa tidak sihat atau tidak cantik terutama semasa rawatan. 5. Yakinkan anda berdua masih boleh mempunyai hubungan seksual yang bermakna. 6. Terangkan keadaan kewangan dan cara anda menguruskan kewangan meskipun kos rawatan tinggi. 7. Tunjukkan senarai individu yang boleh membantunya sekira diperlukan. 8. Beritahu bahawa semua pihak menyokongnya. 9. Terangkan bahawa anda mampu menolongnya melalui setiap waktu sukar. 10.Jelaskan secara baik bahawa ahli keluarga boleh menjaga anak-anak semasa dia mendapatkan rawatan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga , Dr Siti Mariah Mahmud berkata, hasil daripada kaji selidik MenCare menampilkan informasi penting untuk menolong dalam perjuangan melawan kanser payu dara di Malaysia. “Sokongan pihak lelaki boleh meningkatkan kadar kelangsungan hidup wanita yang sedang bertarung dengan kanser,”katanya. Tambah beliau, sebagai tanda sokongan terhadap kempen MenCare, pihaknya mengadakan program supaya semua staf lelaki melibatkan diri. “Saya cukup gembira untuk melihat MenCare diserap sebagai sebahagian daripada Karnival Wellness, Welfare, Women (3W) dan saya mengajak rakyat Selangor untuk mengunjungi karnival berkenaan bagi mendapatkan lebih banyak informasi tentang kempen ini dan mendaf- tar untuk MammoSEL,” kata beliau. Sementara itu, wakil daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO), Dato’ Ramani Gurusamy berkata kaum lelaki memainkan peranan penting sebagai penyokong pemeriksaan awal kanser payu dara. “Data terbaru daripada kaji selidik MenCare seharus- nya digunakan sebagai tapak permulaan untuk membaiki statistik terhadap pengetahuan tentang kanser payu dara di kalangan lelaki Selangor, sekaligus meningkat- kan pengaruh dan kepentingan sokongan lelaki dalam inisiatif mendapatkan pemeriksaan mammogram yang kerap,”katanya. Wakil Pfizer Malaysia, Azwar Kamarudin berkata, pihaknya bangga melihat pertumbuhan kempen Men- Care dengan kerjasama bersama dengan kerajaan negeri Selangor dan NCWO. “Kami telah menyokong kempen ini sejak tahun 2006 dan ia merupakan contoh terbaik komitmen Pfizer terha- dap kesejahteraan rakyat Malaysia. Kami mengalu-alukan kerjasama kerajaan negeri Selangor yang telah menyo- kong MenCare dan usaha mereka untuk merapatkan lagi jurang pengetahuan kita dalam perjuangan menentang kanser payu dara di Malaysia,” jelasnya. — al-Siha KAJI SELIDIK MENCARE 2019 Sebagai salah satu langkah untuk menyokong program MammoSEL, satu kaji selidik telah dijalankan yang disa- sarkan kepada kaum lelaki untuk melihat tahap sokongan kepada wanita tersayang mereka dalam mendapatkan pemeriksaan payu dara, serta mengenalpasti faktor-faktor yang mungkin menghalang mereka melakukannya. Hasil kaji selidik berkenaan telah dikemukakan baru- baru ini untuk terus mendidik kaum lelaki bagi terus menyokong wanita mendapatkan pemeriksaan kanser payu dara pada skala yang lebih besar, bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh Malaysia Lebih separuh dari 556 responden lelaki yang disoal tidak mengetahui tentang perkhidmatan mammogram Kerajaan negeri Selangor, NCWO dan Pfizer bekerjasama untuk mendapatkan sokongan kaum lelaki dalam menentang kanser #1 di kalangan wanita.