al-Siha : May 2019 | Page 26

26 al-Siha | Mei, 2019 VETERAN PeKa B40 diwujudkan atas faktor berikut 1 . Beban Penyakit Tidak Berjangkit 47.6% kumpulan B40 berumur 50 tahun dan ke atas menghidapi sekurang- kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis. 2 . Kesihatan Mental 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40. 3 . Beban Kanser Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah. Semakan kelayakan dan pelbagai matlumat lanjut boleh didapati di www. pekab40.com.my. 4 Penjagaan sempurna warga emas Infrastuktur dan perkhidmatan warga emas masih ditakuk lama meskipun pembangunan negara kian pesat PeKa B40 untuk rakyat 50 tahun keatas diperbaiki. “Warga emas di Malaysia berdepan dengan tiga masalah utama iaitu dari segi penjagaan, kewangan serta kesihatan dan semua isu ini saling bersangkut paut,”katanya. Jelas beliau, dalam isu penjagaan kesihatan misalnya, ramai diantara kita yang tidak mampu mengurus dan berdepan dengan sesetengah penyakit yang dihidapi oleh ibu bapa yang uzur. Antara penyakit yang memerlukan penjagaan rapi adalah demensia. S ILMU DAN MASALAH KEWANGAN AKTA PENJAGAAN WARGA EMAS “Akta 568 iaitu Akta Kemudahan Penjagaan Kesihatan Swasta dan Perkhidmatan 1998 memperuntukkan per- . Kos Alat Perubatan Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan. . Masalah Pengangkutan Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan. engarah  Institut Penyelidikan Penuaan  Malaysia  (MyAgeing)  dan Presiden Persatuan Gerontologi Malay- sia  (GeM),  Prof  Datuk  Dr Tengku Aizan Hamid, berpendapat infrastruktur dan perkhidmtan penjagaan warga emas perlu “Meskipun ramai warga emas berdepan dengan masalah ini, namun ada diantara kita tidak terlatih dan kurang ilmu dalam usaha membantu menjaga mereka. Sedang- kan demensia merupakan penyakit progresif dan sangat membimbangkan. Tambah beliau, masalah kewangan juga menjadi salah satu faktor berlakunya pengabaian terhadap warga emas. “Disebabkan berlaku perubahan status sosial ekonomi negara, harapan ibu bapa mahu melihat anak-anak menjaga mereka di hari tua juga semakin pudar. Mereka terpaksa akur bahawa anak-anak tidak mempunyai wang lebih serta tidak ada masa yang banyak untuk menghabis- kan masa bersama ibu bapa. “Sejajar perubahan masa juga, pemahaman tentang tanggungjawab turut berbeza. Ibu bapa tidak lagi terlalu mengharapkan anak-anak sentiasa berada disisi untuk menjaga mereka sebaliknya, cukup sekadar membawa mereka keluar makan dan bercuti bersama-sama. Dengan bilangan warga emas yang kian meningkat di negara ini, isu berkaitan penjagaan warga emas amat penting untuk dibincangkan. “Hari ini, kita bergantung kepada rumah penjagaan warga emas untuk memastikan penjagaan terbaik buat ibu bapa yang semakin uzur. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu apakah perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan penjagaan sempurna ke atas warga emas? 5 6 Susunan Nurul Fadhlin Che Ismail P . Rawatan Kanser Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan. Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) dan Presiden Persatuan Gerontologi Malaysia (GeM), Prof Datuk Dr Tengku Aizan Hamid. aturan dan kawalan ke atas kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta dan kesihatan yang lain. Meskipun wujud akta khusus melibatkan perkara ini namun, jelas Prof Datuk Dr Tengku Aizan banyak kemuda- han yang disediakan untuk warga tua ini tidak didaftarkan di bawah akta ini. Pada Disember tahun 2018, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa kerajaan memberi sepenuh komitmen terhadap undang-undang dalam melindungi hak dan kebajikan warga tua. Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menjelaskan bahawa akta itu juga bertujuan untuk menye- diakan sistem sokongan kepada warga emas. Beliau turut mendedahkan bahawa kementerian itu bekerjasama dengan Program Pembangunan Pertubu- han Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menubuhkan sebuah bandar ‘mesra warga tua’. — al-Siha kim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) telah bermula di seluruh negara pada Isnin 15 April 2019. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan, PeKa B40 memberi fokus kepada jalinan kerjasama awam-swasta dalam membantu kumpulan B40 dengan mengutamakan perkhidmatan klinik perubatan swasta umum (general practitioners, GP) yang sudah berdaftar. “Penerima yang layak boleh menjalankan saringan kesihatan di klinik GP yang memaparkan pelekat khusus PeKa B40,”katanya. Sehingga 12 April 2019, terdapat 423 klinik GP yang telah berdaftar bagi skim PeKa B40 sebagai ‘Klinik PeKa B40’. Senarai penuh boleh diperoleh di laman web PeKa B40 di alamat www.pekab40.com.my. Sebagai permulaan, PeKa B40 akan melalui fasa ujian operasi di mana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menilai kelancaran logistik dan mendapat- kan maklumbalas daripada semua pemegang taruh yang terlibat. Tempoh ujian ini akan berlangsung sehingga PeKa B40 dilancarkan sepenuhnya kelak. Menerusi PeKa B40, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berumur 50 tahun dan ke atas dalam tahun 2019 adalah layak secara automatik untuk menyertai skim ini. Ia adalah percuma dan tiada pendaftaran khusus diperlukan. PeKa B40 memberikan: 1. Bantuan alat perubatan 2. Insentif melengkapkan rawatan kanser 3. Insentif tambang pengangkutan 4. Saringan kesihatan — al-Siha