al-Siha : May 2019 | Page 31

Mei, 2019 | al-Siha EKSKLUSIF 31 Apakah Teknopolis Kesihatan Membawa bersama pelbagai bidang perubatan dan sains kesihatan serta hospital dan institut penyelidikan: memberi tumpuan kepada mengintegrasikan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pendidikan, penyelidikan dan inovasi yang tinggi. UKM-HT menyediakan platform tersusun yang diselaraskan untuk berhubung dengan industri. Harga berpatutan, hospital khas kanak-kanak, pusat penyelidikan biologi molekular dan genomik merupakan antara faktor utama yang akan menjadikan HCTM UKM sebagai ‘Teknopolis Kesihatan’ pertama yang bakal wujud di Malaysia.” Ruang membaca kanak-kanak yang ditahan di wad. ke klinik jika mereka sakit dan tidak perlu ke hospital lain. Ini juga sebagai satu penghargaan buat mereka, selain sebagai kebajikan buat pekerja. Prof. Dato' Dr. Hanafiah turut menjelaskan, hasrat utamanya adalah untuk memastikan HCTM berada pada tahap teratas dengan perkhidmatan dan kemudahan terbaik, pantas serta mesra bukan hanya kepada pesakit tetapi juga kepada pengunjung dan pekerja. TEkNOPOLIS KESIHATAN Dalam pada itu, HCTM juga berhasrat untuk menubuhkan Teknopolis Kesihatan pertama di Malaysia yang akan diban- gunkan di kampus perubatan dan kesihatannya. Visinya adalah untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan perubatan melalui kerjasama di antara penyelidik dan sektor korporat. HCTM akan dibangunkan untuk menjadi lebih daripada sebuah hospital dengan kepel- bagaian perkhidmatan dan kemudahan penyelidikan selain dari menjadi pusat penjagaan kesihatan dan akademik. “Tan Sri Abdul Wahid Omar, yang merupakan Pengerusi Lembaga kami, datang berbincang dengan cadangan yang lebih mencabar. Beliau berhasrat untuk mewujudkan kemu- dahan terbaik tetapi pada harga yang lebih murah. Walaupun ianya sangat mencabar, namun kami sahut cadangan berke- naan dan akan berusaha menjadikannya sebagai realiti,” kata Prof. Dato' Dr. Hanafiah. Harga berpatutan, hospital khas kanak-kanak, pusat penyelidikan biologi molekular dan genomik merupakan antara faktor utama yang akan menjadikan HCTM UKM sebagai ‘Teknopolis Kesihatan’ pertama yang bakal wujud di Malaysia. Walau bagaimanapun buat masa ini, visi itu tetap menjadi visi. Ini adalah kerana Prof. Dato' Dr. Hanafiah mengam- bil langkah bijak dengan melaksanakan setiap cadangan satu demi satu. Ini bagi memastikan setiap perubahan berada pada tahap yang memuaskan sejajar dengan misi penubuhannya. “Saya sebenarnya berharap agar dapat melihat sendiri setiap perubahan itu ketika saya masih memegang jawatan pengarah. “Saya juga berasa amat yakin bahawa visi untuk menubuhkan Teknopolis Kesihatan akan membuahkan hasil. Kami berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan ke arah penjagaan kesihatan dan kecemerlangan akademik yang lebih baik,” jelasnya ketika ditemui di PPUKM baru-baru ini. — al-Siha