al-Siha : May 2019 | Page 8

08 isu: kesihatan MENTAL al-Siha | Mei, 2019 ISU: kesihatan MENTAL Sokongan yang diperlukan untuk menangani masalah kesihatan mental Datuk Dr Abdul Aziz, Pengasas dan Pengarah MHF berkata tidak ada sebab penyakit mental perlu diberi layanan berbeza dengan penyakit lain oleh syarikat insurans. Liputan insurans membabitkan kesihatan mental kurang diketengahkan. Sepatutnya perkara ini diberikan lebih perhatian memandangkan tiada pelan insurans diwujudkan untuk pesakit mental setakat ini K esejahteraan mental rakyat Malaysia seakan semakin merosot, dan kenyataan ini bukan perkara yang mengejutkan. Statiktik menunjukkan bahawa tekanan, kebimbangan dan depresi merupakan antara masalah kesihatan mental utama di negara ini. Meskipun kesedaran terhadap kesihatan mental dan kesejehteraannya dilihat semakin baik kebelakangan ini, namun stigma terhadap pesakit mental masih tidak dapat dibendung lagi. Stigma, kurangnya kesedaran, suasana berkerja yang tidak sihat dilihat antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia. Namun, terdapat satu lagi faktor yang jarang sekali dibincangkan, kurangnya sokongan dari syarikat pengeluar insurans. Datuk Dr Andrew Mohanraj, Presiden MMHA tetap optimis dengan liputan kesihatan mental, beliau yakin perbincangan sedang diadakan oleh syarikat insurans untuk mengetengahkan perkara ini. Anita Abu Bakar, Presiden MIASA berkata bahawa permintaan itu ada tetapi cuma stigma yang membelenggu dan membebani mereka. DISKRIMINASI ATAU TIDAK LAYAK? Tidak kira sama ada individu yang bekerja makan gaji atau menjalankan perniagaan sendiri, pastinya mempunyai skim perlindungan insurans masing-masing. Kebanyakan pelan insurans akan menanggung kos melibatkan kes kemalangan dan penyakit yang dihadapi pelang- gan mereka. Tetapi, apabila seseorang mengalami masalah kebim- bangan, tekanan, atau tekanan di tempat kerja atau ‘burn out’, masih tidak ada skim perlindungan untuk golongan ini di Malaysia. Adakah syarikat insurans mendiskriminasi isu kesi- hatan mental dan penyakit ini? Adakah kesihatan mental dan penyakit mental ini, bukan penyakit ‘sebenar’? Tanggapan tersebut sepatutnya ditepis sekeras- kerasnya kerana kesihatan mental adalah isu yang serius. Bukan sahaja memberi kesan kepada pemikiran bahkan terhadap kesihatan fizikal. KERAGUAN PENGELUAR Baru-baru ini al-Siha telah mendapatkan pandangan dari- pada beberapa wakil syarikat insuran yang menawarkan pelan kesihatan di Malaysia. Namun, tidak ramai yang tampil memberikan jawapan setelah diajukan soalan, adakah terdapat tawaran skim perlindungan insurans untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental? Berikut adalah jawapan yang kami terima daripada Hong Leong Assurance; “Terima kasih kerana menghubungi Hong Leong Assurance. Buat masa ini, kami tidak ada sebarang j awapan untuk isu ini, walau bagaimanapun semoga terus berhubung.” Ini pula jawapan yang kami peroleh dari Zurich Malaysia; “Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan. Malangnya kami tidak dapat membantu anda kali ini.” Seakan sukar atau teragak-agak untuk mereka menjelas- kan tentang perlindungan insurans yang melibatkan kesihatan mental. Dari jawapan yang diterima apabila ditanya mengenainya seakan tabo. Namun, ada syarikat yang dilihat lebih terbuka apabila menjawab pertanyaan kami. Dibawah ini jawapan yang kami peroleh dari Prudential; “Kami tidak ada pelan insurans untuk masalah kesihatan mental, tetapi kami akan mengumumkan sesuatu dalam sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.” Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan sama ada mereka akan melancarkan sesuatu yang membabitkan kesihatan mental. Dalam pada itu, syarikat pengeluar insurans AIA menjawab persoalan kami. AIA merupakan syarikat yang menekankan tentang kepentingan tempat kerja yang efisien, tidak memberi tekanan berbanding syari- kat lain di negara ini. Salah seorang dari rakan kerja kami cuba mempelawa untuk ditemuramah mengenai isu kesihatan mental. Dibawah adalah jawapan yang diberikan; “Kami akan berbincang dan kalau boleh ingin mencadangkan sudut temubual yang lebih focus kepada jenama AIA itu sendiri yang menjanjikan “kesihatan lebih baik” dimana perkara ini menarik minat pembaca kearah holistic. Ini termasuk inisiatif yang dilaksanakan pihaknya dengan mengadakan AIA Vitality programme dan Malaysia’s Healthiest Workplace.” Perkara ini menunjukkan bahawa AIA sekurang- kurangnya mempunyai usaha kearah menyokong kepentingan tempat kerja yang tiada tekanan sekaligus mengelak berlakunya masalah kesihatan mental. INSURAN DI SINGAPURA AIA Malaysia tidak menawarkan perlindungan insurans untuk pesakit mental, tetapi baru-baru ini AIA di Singapura mengumumkan bahawa mereka mempunyai pelan tersebut. Berikut merupakan jenis-jenis penyakit mental yang dilindungi pelan insurans yang disediakan AIA Singapura; • Kemurungan serius • Skizofrenia • Masalah bipolar • Kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) • Sindrom Tourette ATASI KECELARUAN Kami turut menemuramah beberapa pakar dalam industri ini. Pengasas dan Pengarah Yayasan Kesihatan Mental Malaysia (MHF), Datuk Dr. Abdul Aziz Abdullah turut membincangkan tentang diskriminasi terhadap pesakit mental oleh pihak pengeluar insurans. Pada masa sama, kami turut menghadiri “Soft launch” Mental Health Experiential Conference (MHEC 2019) dimana program rasmi akan diadakan pada 18 hingga 20 Jun 2019 di Petaling Jaya. Pengerusi dan juga Penganjur MHEC 2019, Dr Sangeeta Kaur, dan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia berkata bahawa mereka pernah menyuarakan kepada syarikat insurans berhubung pelan perlindungan untuk pesakit mental di Malaysia. Menurut beliau, syarikat insurans menegaskan bahawa kurang permintaan untuk pelan tersebut, menyebabkan masih tidak ada perlindungan insurans ditetapkan untuk pesakit mental. Presiden MIASA, Anita Abu Bakar, menjelaskan bahawa permintaan untuk pelan perlindungan insurans bagi pesakit mental sebenarnya ada, cuma stigma yang membelenggu dan membebani mereka menyebabkan mereka tidak tempil kedepan. Sementara itu, Presiden Persatuan Kesihatan Mental, Datuk Dr Andrew Mohanraj berharap agar memperoleh masa depan yang lebih optimis untuk kesihatan mental. — al-Siha