al-Siha : May 2019 | Page 9

Mei, 2019 | al-Siha ISU: kesihatan MENTAL Dr Sangeeta Kaur, Pengerusi Penganjur MHEC 2019 berkata, pengeluar insurans memberi kenyataan bahawa kurang permintaan terhadap perlindungan insurans pesakit mental di Malaysia. Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd menjelaskan bahawa kesihatan mental masih tidak jelas sebagaimana penyakit lain yang mempunyai pelan insurans tertentu, perlu ada kajian terperinci mengenainya sebelum pelan perlindungan diwujudkan. Kesihatan mental di Malaysia MMHA optimis tentang masa depan pengurusan kesihatan mental di Malaysia P ersatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) merupakan persatuan sokon- gan mental paling lama di Malaysia bertujuan untuk membantu memuli- hkan, memberi khidmat nasihat serta sokongan kepada pesakit mental di negara ini dengan menyediakan aktiviti teras pemu- lihan psikososial. Ditubuhkan pada tahun 1967, MMHA diasaskan oleh pegawai perubatan kesihatan mental dan bari- san pemimpin dari Universiti Malaya (UM). Kini, Organisasi Sukarelawan Bukan Keuntungan (NGO) ini diketuai oleh Perunding Psikiatri, Prof. Madya Dato Dr. Andrew Mohanraj Chandrasekaran dan seorang veteran jurupulih psikososial. Jelas Dr. Andrew, meskipun isu kesihatan mental di Malaysia semakin meningkat, namun kesedaran terhadap penyakit tersebut dilihat semakin meluas. PUSAT PERKHIDMATAN YANG LENGKAP Sokongan PERKESO untuk anda! Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) SIP membolehkan pekerja yang kehilangan pekerjaan disebabkan masalah tertentu termasuk kesihatan mental menerima elaun semasa mereka mencari pekerjaan baharu. Meskipun sudah jelas kepada kita bahawa tiada pelan perlindungan insurans untuk kesihatan mental di Malaysia. Namun orang ramai perlu tahu bahawa terdapat bantuan dari sudut kewangan ditawarkan Pertubuhan Keselamatan Malaysia (PERKESO). Sejak tahun 2006, PERKESO memperkenalkan garis panduan untuk pekerja yang mengalami kemurungan dan penyakit yang berkaitan dengan tekanan di tempat kerja. Garis panduan tersebut adalah Garis Panduan Penyiasatan Kes-Kes Kemalangan, Penyakit Pekerjaan(edisi kedua). Garis panduan ini bertindak sebagai cara untuk penyedia penjagaan kesihatan menilai gangguan yang berkaitan dengan kesihatan mental di tempat kerja. Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) membolehkan pekerja yang telah kehilangan pekerjaan yang disebabkan oleh sebarang ketidaksahihan (termasuk isu kesihatan mental) untuk menerima elaun semasa mereka mencari pekerjaan baharu. Bantuan seumpama ini boleh digunakan oleh pekerja yang mengalami tekanan yang luar biasa di tempat kerja dan memerlukan perubahan dalam budaya tempat kerja. Selain itu, Skim Keilatan dari PERKESO juga membantu individu yang bergelut dengan penyakit mental yang lebih teruk dan tidak dapat kembali bekerja untuk menerima sokongan kewangan. Layari www.perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut. —al-Siha 09 Sebagai sebuah NGO yang menyediakan perkhid- matan pemulihan psikososial kepada masyarakat yang memerlukan dari dalam dan luar negeri, MMHA turut menyediakan kemudahan kediaman berham- piran pusat mereka sebagai usaha memudahkan pesakit dan keluarga memenuhi setiap aktiviti yang disediakan. “Kediaman ini didirikan bertujuan agar pesakit dapat mengikuti setiap program yang disediakan dengan selesa disamping turut memberi sokongan kepada keluarga. “Walaupun MMHA berperanan membantu memulihkan pesakit mental, namun sokongan moral terhadap ahli keluarga dan penjaga juga merupakan tanggungjawab MMHA. Ini kerana, keberkesanan terapi yang diberikan kepada pesakit adalah bergan- tung kepada keluarga dan penjaga juga. “Sebagai rasa tanggungjawab terhadap semua masyarakat Malaysia terutamanya kepada pesakit mental, MMHA telah menganjurkan aktiviti berkaitan kesedaran penyakit mental sepanjang tahun dan berakhir pada Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober setiap tahun. “Selain bengkel, forum, pameran dan sebagainya, MMHA juga turut menganjurkan aktiviti Larian dan Karnival Minda tahun lalu di Bukit Jalil, di mana sera- mai 3,000 orang mengambil bahagian. Menariknya, selepas aktiviti ini terdapat pihak universiti meng- hubungi kami untuk mengadakan aktiviti berkaitan kesihatan mental. Bagi kami, ini merupakan satu pencapaian yang baik. TANGANI MITOS “Kebanyakan aktiviti yang kami lakukan adalah mem- beri penekanan terhadap mitos penyakit mental serta membantu individu yang berhadapan masalah ini. “Apabila menyebut tentang penyakit mental, ramai yang beranggapan bahawa pesakit mental mempunyai gangguan psikotik atau dalam bahasa stigmanya ‘gila’. Walhal, ini sebenarnya mitos. Haki- katnya, tidak lebih daripada dua peratus pesakit mental berhadapan gangguan psikotik. “Di sebabkan mitos dan stigma inilah pesakit mental tidak berani berdepan dengan masyarakat, tidak mengaku dan memberitahu orang lain bahawa mereka mempunyai masalah kesihatan mental. HENTIKAN STIGMA… Prof. Madya Dato Dr. Andrew menjelaskan bahawa gangguan psikotik atau dalam bahasa stigmanya ‘gila’ adalah mitos. Inilah masalah yang sedang dihadapi oleh pesakit mental yang mengalami tekanan dan anxiety. “Hakikatnya mereka amat memerlukan pertolongan orang sekeliling. Tambahan pula, penyakit mereka tidak dapat dilihat oleh mata kasar sebagaimana penyakit fizikal yang lain. TIADA SOKONGAN KEWANGAN Prof. Madya Dato Dr. Andrew turut berpendapat bahawa salah satu sebab utama mengapa orang takut mengaku dan mengatakan mereka mempunyai masalah kesihatan mental adalah disebabkan oleh tiada sokongan kewangan untuk mendapatkan bantuan. “Setakat ini, masih tiada syarikat insurans yang menawarkan pelan penjagaan untuk pesakit mental atau individu yang mengalami masalah psikologi. Ini antara punca yang menghalang pesakit mental khususnya untuk terus berkongsi akan keadaan mereka, sedangkan terapi dan perkhidmatan lain yang berkaitan memerlukan perbelanjaan,” katanya. “Syarikat insurans mungkin sedang mengambil kita beberapa aspek sebelum mewujudkan skim perlindungan memandangkan isu kesihatan mental ini agak rumit,”katanya. PENINGKATAN KESEDARAN Dalam pada itu, Prof. Madya Dato Dr. Andrew turut menyatakan rasa gembiranya apabila kesedaran terhadap masalah tekanan dalam kalangan pekerja semakin meningkat. “Kesedaran tentang masalah kemurungan dan tekanan dalam kalangan rakyat Malaysia sangat mengagumkan. Ini dapat dibuktikan melalui permintaan daripada kolej, universiti dan institusi pekerjaan korporat serta syarikat-syarikat besar dalam memberi kesedaran kepada pekerja mereka. Ia menunjukkan bahawa mereka mengakui bahawa kemurungan di tempat kerja adalah wujud. Selain memberi sokongan moral serta kesedaran kepada orang ramai MMHA turut bekerjasama dengan kementerian, Bank Negara dan syarikat- syarikat utama dalam industri insurans bagi membantu pesakit mental. Jelas Prof. Madya Dato Dr. Andrew, sebagai presiden MMHA, dia yakin bahawa kesedaran, sokongan dan pengurusan kesihatan mental di Malaysia akan berubah menjadi lebih baik suatu hari nanti. — al-Siha