November, 2019 | al-Siha
eksKlusif
27
Kebajikan kanak-kanak
perlu dilindungi
Menurut PT&K 2016 [Akta 775] telah mula dikuat-
kuasakan pada 1 Ogos 2016. Namun, implementasi Akta
tersebut adalah secara berfasa. Pada fasa pertama kini,
seksyen yang diimplementasikan melibatkan penubuhan
Majlis PT&K, mengenalpasti bidang amalan untuk diikti-
rafkan, mengenalpasti badan pengamal yang ditetapkan
dan kuasa untuk Menteri untuk membuat peraturan.
Fasa kedua pula akan melibatkan penetapan tarikh
untuk implementasi seksyen yang berkaitan dengan
pendaftaran pengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf.
Fasa terakhir pula adalah implementasi penuh Akta ini.
Proses pendaftaran bagi pengamal PT&K akan ditetapkan
oleh Menteri Kesihatan kelak.
Sehubungan itu, Akta 775 hanya mengawalselia amalan
dan pengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf sahaja.
Berdasarkan Perintah PT&K (Bidang Amalan Diiktiraf )
2017 yang diwartakan pada 28 Julai 2017 dan dikuatkua-
sakan bermula 1 Ogos 2017, bidang amalan diiktiraf adalah
Perubatan Tradisional Melayu (PTM), Perubatan
Tradisional Cina (PTC), Perubatan Tradisional
India, Homeopati, Kiropraktik, Osteopati dan
Amalan Pengubatan Islam.
Pendaftaran fasilik PT&K tidak tertakluk
di bawah Akta 775. Sebaliknya, pendaft-
aran dan perlesenan fasiliti PT&K adalah
di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan.
Buat masa ini KKM tidak mengawalselia
fasiliti PT&K kerana ia tidak tertakluk di
bawah Akta 775.
Sementara itu, KKM menasihat-
kan orang ramai untuk mendapatkan
rawatan daripada pengamal yang
berkelayakan dan berpengalaman.
— al-Siha
Pensyarah Kanan Program Kerja Sosial, Pusat Penga-
jian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti
Utama Malaysia, Dr Norruzeyati Che Mohd Nasir ber-
kata, sesuatu perkara yang tidak mengikut ketetapan
prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk
KKM adalah tidak boleh dilakukan.
“Hal ini berkait dengan etika professional dan kanak-
kanak yang berumur bawah 18 tahun adalah dalam
jagaan ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mempunyai
hak terhadap kebajikan dan perlu melindungi anak-anak
mereka,” tegasnya.
Tambah beliau, kanak-kanak juga tertakluk kepada
Akta Kanak-kanak 2001 iaitu hak dan kebajikan mereka
perlu dilindungi. Persoalannya, adakah praktis bekam ini
disahkan selamat untuk dilakukan terhadap kanak-kanak
apatah lagi di usia tiga tahun.
Mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, jelasnya,
dalam konteks etika profesional, sesuatu yang bercang-
gah dengan peraturan atau prosedur yang ditetapkan
oleh kerajaan adalah tidak boleh dilaksanakan.
Memetik laporan akhbar dari luar negara yang pernah
menerbitkan artikel menyebut bahawa terdapat kesan
bekam yang dilakukan ke atas kanak-kanak sehingga
telah mencederakan kulit mereka akibat amalan ini.
Tegasnya, ibu bapa diingatkan supaya tidak terburu-
buru dengan sesuatu amalan yang mungkin sesuai untuk
orang dewasa tetapi mungkin menimbulkan kesan
negatif kepada kanak-kanak.
“Laporan akhbar luar negara ada mengetengahkan
isu 92 kanak-kanak termasuk bayi berusia 11 bulan men-
galami kulit mengelupas dan melepuh akibat rawatan
yang diterima.
“Sebenarnya terdapat banyak terapi lain bagi mem-
bantu kanak-kanak yang mempunyai masalah lambat
bercakap. Ibu bapa dinasihatkan untuk merujuk kepada
pakar terapi bertauliah dan berdaftar dengan KKM bagi
membantu masalah anak lambat bercakap.
Katanya, masih banyak persoalan lain yang perlu
diketengahkan dimana pihak berkenaan perlu mengkaji
terlebih dahulu akan sejauhmana amalan ini berkesan
dalam membantu kanak-kanak yang mengalami masalah
lambat bercakap (speech delay).
Dr Norruzeyati kupas mengenai isu bekam
terhadap kanak-kanak bawah umur.
TERAPKAN EYE CONTACT
Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan
dalam membantu anak untuk bercakap.
“Antara teknik yang boleh dipraktikkan ialah
wujudkan eye contact apabila berinteraksi dengan
anak, memberi respon apabila anak mengeluarkan
perkataan (misalnya “Ju” merujuk kepada baju, ibu
juga boleh tekankan balik perkataan supaya menjadi
“baju”), bermain bersama anak-anak (misalnya main
masak-masak) dan kurangkan bertanya soalan yang
boleh mengelirukan mereka, tetapi beralih kepada
soalan yang mudah dijawab, keluarkan perkataan
mudah seperti “mana sudu?, “Harini nak makan nasi
dengan ayam goreng ke sup ayam?”.
Jelas beliau, “Eye contact” sangat penting untuk
membantu anak-anak meniru gerak bibir ibu semasa
bercakap. Ibu bapa juga disarankan untuk menyertai
kumpulan sokong bantu (support group) secara atas
talian atau di luar (jika ada) untuk saling memberi
sokongan. — al-Siha
Ibu bapa perlu jadi
pelindung kepada
anak-anak.
Tiada aduan, anak diberhentikan
al-Siha cuba menghubungi semula pengasas pusat
asuhan dimana kanak-kanak berusia tiga tahun
tersebut dijaga sebelum ini. Apabila ditanya tentang
bila agaknya ibu bapa kanak-kanak terbabit akan
membuat aduan, jelasnya kedua-dua ibu bapa
terbabit seolah-olah tidak mahu terlibat dan tidak
berminat untuk membawa perkara ini ke bahagian
keadilan atau sebagainya.
Lebih mengejutkan, ibu bapa tersebut telah men-
gambil keputusan untuk memberhentikan anaknya dari
jagaan pihak tadika tersebut setelah mengetahui penga-
sas bersungguh-sungguh untuk mempertahankan hak
dan tindakan yang sepatutnya diambil.
“Saya mahu membuat aduan, tetapi ibu bapa kanak-
kanak terbabit memberhentikan anak mereka dari terus
dijaga di pusat asuhan ini selepas pihak kami sekeras-
kerasnya tidak bersetuju dengan tindakan mereka
membawa anak ke pusat bekam,”jelas pengasas pusat
asuhan berkenaan.
“Mulai sekarang kami, kami akan ketatkan sedikit
pemilihan selain melakukan sesi temuduga dan ibu
bapa yang berjaya, kami akan keluarkan surat agar dapat
mengekalkan kualiti setelah melihat dari beberapa
aspek penting. — al-Siha