al-Siha : October 2018 | Page 3

03 OKTOBER, 2018 | al-Siha SEKILAS BICARA PENGARANG Kasih sayang punca rezeki 'Melekat-lekat' S epanjang karier, kerap kali juga saya menghadiri kursus motivasi dan kali ini rasa bersalah pula kalau tidak dikongsikan kepada pembaca al-Siha semua. Tip bahagia bertambah bahagia. Eh?! Jika diperhatikan, ramai pasa ngan, di media sosial memang tampak bahagia, walhal realitinya hanya mereka sahaja yang tahu terutamanya pergolakan dalam rumah tangga. Nauzubillah. Percaya atau tidak dengan kasih sayang, kita boleh menjemput rezeki yang sangat luas? Ya, mungkin betul kita sayangkan pasangan kita, tapi kali ini, cuba sayang sepenuh hati, sayang sesungguhnya, kita jaga percakapan dan perbuatan kita. Kadangkala mung- kin kita kurang menghargai, dek terlalu membandingkan pasangan kita dengan mereka diluar sana yang bagi kita konon- nya nampak lebih baik. Sedangkan, yang baik ada disisi kita. Dengan berkasih sayang, jiwa dan hati akan lebih tenang, kita juga semakin bahagia dan mudah untuk melakukan apa jua dengan sungguh-sungguh tanpa paksaan dan memang segalanya akan dipermudahkan oleh Allah swt. Suka untuk saya dedahkan dua ayat yang cukup bermakna ini. “Semakin berkasih-sayang, semakin rezeki melekat-lekat” “Semakin banyak komunikasi, semakin rezeki melekat-lekat” Cubalah! Norzira Syarini Mohammed Pauzi, Editor norzira.syarini@revonmedia.com MITOS dan FAKTA KESIHATAN Mandi pagi hilang kolesterol? H Hentikan penderaan A NAK-ANAK seperti ini mungkin hanya mampu diam atau menangis, tetapi mengertilah mereka menahan kesakitan yang amat sangat. ASIL penelitian saya, tiada hadis yang jelas mengenai anjuran mandi sebelum subuh. Ilmu perubatan tidak akan menafikan manfaat kesihatan jika berlaku kepada indi- vidu tertentu dalam melakukan apa sahaja amalan sunnah. Cuma, ilmu perubatan mesti bersandarkan bukti yang tepat se- suatu perbuatan itu boleh menghindarkan penyakit mahupun menyembuhkannya. Selagi tidak disebut secara khusus oleh baginda Rasulullah saw bahawa mandi sebelum fajar itu boleh mengubati penyakit atau secara spesifiknya mengha- puskan kolesterol darah, mengubati kulit, merawat nyanyuk dan seumpamanya, maka pandangan para agamawan hanya bersifat andaian semata-mata. Ianya tidak boleh dijadikan hujah malah kurang manis dijadikan bahan kuliah. Kolesterol terbentuk dalam badan kita samada melalui kaedah luaran atau dalaman. Memakan makanan yang tinggi kandungan lemak boleh mempengaruhi paras kolesterol. Begitu juga sistem badan kita , memproses kolesterol dan kompo- nennya untuk kegunaan tenaga secara dalaman. Satu proses yang agak unik untuk dibincangkan. Sehingga kini, tiada satu pun kajian yang membenarkan kenyataan mandi sebelum subuh itu boleh merawat kolesterol, men- cantikkan kulit, melancarkan peredaran darah, tingkatkan kesuburan, meningkat- kan sistem imun dan sebagainya. Udara diwaktu dinihari memang segar, kerana tiada aktiviti manusia yang boleh mencemarkannya (bergantung kepada kawasan juga). Tetapi teori yang men- gatakan waktu dinihari itu banyak ozon adalah tidak benar. Ozon dalam bersekitaran boleh me- ningkat dengan peningkatan suhu. Ozon baik untuk menghalang kemasukan cahaya ultra lembayung ke muka bumi. Sebaliknya Ozon yang tinggi dalam persekitaran boleh menjadi risiko kepada penyakit seperti asma dan lain-lain penyakit paru-paru. OLEH DR SUHAZELI ABDULLAH, Perunding Perubatan Keluarga