al-Siha Plus | OKTOBER, 2019
p10
Malaysia
pencetus
tokotrienol
Minyak sawit negara, kaya
dengan potensi kesihatan
T
OKOTRIENOL adalah
sebahagian dari keluarga
vitamin E. Keluarga vitamin E
terdiri daripada empat isomer
tokoferol dan empat isomer
tokotrienol, iaitu alfa, beta,
gamma dan delta.
Disebabkan kandungan tokotrienol yang
tinggi, vitamin E minyak sawit dinamakan
tocotienol-rich fraction (TRF).
Menurut Prof Yuen Kah Hay, dari Pusat
Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains
Malaysia, tidak banyak kajian vitamin E
tertumpu kepada tokotrienol sebelum ini,
namun baru-baru ini satu perkembangan
positif berlaku apabila penyelidikan ke
atas tokotrienol mula mendapat perhatian
selepas menunjukkan potensi dari segi
kesihatan.
“Penyelidik di Malaysia menemui banyak
tokotrienol dalam minyak sawit, sekaligus
menjadikan Malaysia sebagai negara pertama
yang mengekstrak TRF dari minyak sawit
dan kini dijual di seluruh negara,”jelas Prof
Yuen yang berpengalaman dalam mengkaji
tokotrienol sekurang-kurangnya 15 tahun."
Tambah beliau, minyak sawit di negara
ini turut dieksport ke beberapa buah negara
lain termasuk Amerika Syarikat dalam
bentuk mentah untuk memenuhi keperluan
masyarakat. Malah kebanyakkan negara
mengekstrak TRF dalam bentuk yang pekat
diformulasikan menjadi kapsul gelatin lembut
dan dijadikan sebagai suplemen mengikut
sukatan dos tertentu dan dibenarkan.
Prof Yuen Kah Hay dari
Pusat Pengajian Sains
Farmasi, Universiti
Sains Malaysia.
“Penemuan terbaharu membuktikan
potensi tokotrienol sebagai anti-kanser,
rawatan untuk penyakit hati, perlindungan
saraf dan juga radiasi."
Tokotrienol, keluarga
vitamin E yang penting
untuk sistem saraf dan
kesihatan lain.
PELINDUNG SARAF SEMULA JADI
"Penyelidik di Malaysia
menemui banyak tokotrienol
dalam minyak sawit, sekaligus
menjadikan Malaysia sebagai
negara pertama yang mengekstrak
tokotrienol dari minyak sawit dan kini
dijual di seluruh negara."
– Prof Yuen Kah Hay
Jelas beliau, tokotrienol juga adalah
pelindung saraf yang kuat dan dapat
melindungi kematian sel saraf.
“Tokotrienol dapat menjaga kesihatan
otak daripada rosak sepenuhnya atau
meninggal dunia ketika individu diserang
strok,” katanya.
Kelebihan tokotrienol dapat dilihat dalam
kajian yang dilakukan ke atas white matter
lesion. Kajian terkini menunjukkan white
matter lesion ini mempunyai kaitan dengan
kemerosotan kognitif dan dimensial. Oleh
itu, tokotrienol mempunyai potensi untuk
digunakan dalam rawatan pencegahan
gangguan neuro degeneratif. — al-Siha Plus
Serangan jantung
tak kenal usia
Kes serangan jantung meningkat
dalam kalangan golongan muda
K
EBANYAKAN pesakit yang mengalami
serangan jantung disebabkan oleh
faktor genetik. Menurut Pakar
Perunding Kardiologi PPUKM, Dr Hamat
Hamdi Che Hassan, penyakit jantung atau
kardiovascular (CVD) ini turut menyerang
manusia pada usia yang lebih muda.
“Banyak kes serangan jantung dialami
oleh golongan muda, dan situasi ini amat
membimbangkan. Selain faktor genetik,
sebenarnya terdapat beberapa faktor lain
lagi yang menyumbang kepada serangan
jantung,” katanya.
“Selain terdedah tekanan darah tinggi,
kebanyakan penduduk mengalami masalah
kolesterol yang tinggi yang membawa kepada
obesiti,”jelas Dr. Hamat.
Serangan jantung berlaku apabila salur
darah mengeras dan sempit disebabkan
plak kolesterol. Jika keadaan ini berlanjutan,
pengaliran darah ke otot jantung akan
"Banyak kes
serangan
jantung
dialami oleh
golongan
muda, dan
situasi ini amat
membim-
bangkan."
– Dr Hamat Hamdi
Che Hassan
berkurangan dan mengakibatkan penyakit
arteri koronari atau serangan jantung.
“Ada sesetengah kes serangan jantung
yang melibatkan individu yang tidak
obesiti tetapi penyakit diperoleh dari faktor
genetik dan berkemungkinan mempunyai
kandungan kolesterol tinggi dalam darah.
Sesetengah individu mungkin tidak
sedar kerana simptom penyakit ini sukar
dikenalpasti,” katanya.
Tambah beliau, golongan muda juga
perlu mendapatkan pemeriksaan bagi
mengetahui kandungan kolesterol
masing-masing.
“Terutama bagi mereka yang mempunyai
ahli keluarga yang mengalami masalah ini,
pastikan anda mengamalkan pengambilan
makanan yang sihat,”jelasnya. — al-Siha Plus