al-Siha Plus | OKTOBER, 2019
p12
Harus makan
namun tidak
berlebihan
Pengambilan minyak kelapa sawit hendaklah
berpada-pada agar tidak mudarat
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
H
ukum menggunakan minyak sawit
adalah harus dan mempunyai
banyak kebaikan sebagaimana yang
disebut oleh kebanyakan pakar.
Menurut Pensyarah Fiqh Makanan
dan Kepenggunaan Semasa, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya
Datuk Dr Izhar Ariff Mohd Kashim, walaupun
hukumnya harus, namun ia tidak bermakna
apa sahaja makanan dan minuman yang
dibenarkan dalam Islam boleh diambil secara
berlebihan. Ini kerana ia boleh mendatangkan
kemudaratan.
“Secara dasarnya penggunaan minyak
sawit dibenarkan dan digalakkan jika ia
disahkan baik oleh saintis dan pakar-pakar
perubatan. "
“Hakikatnya, kita tidak boleh menyamakan
minyak sawit dengan buah tamar kerana ia
merupakan dua perkara yang berbeza."
“Pertama, minyak sawit tidak disebut di
Prof Madya Datuk
Dr Izhar Ariff Mohd
Kashim, Pensyarah
Fiqh Makanan dan
Kepenggunaan Semasa
UKM.
"Secara
dasarnya
penggunaan
minyak sawit
dibenarkan dan
digalakkan jika
ia disahkan baik
oleh saintis dan
pakar-pakar
perubatan."
– Dr Izhar Ariff Mohd
Kashim
dalam al-Quran. Manakala, buah tamar pula
disebut secara berulang kali di dalam al-Quran
dan hadis. Kedua, buah tamar merupakan
Sunnah Baginda dalam pemakanan. Minyak
sawit pula tiada pada zaman Baginda dan
Baginda tak menggunakan minyak sawit.
Walau bagaimanapun, hukumnya adalah
harus kerana ia bersifat tumbuh-tumbuhan."
“Jika dilihat kepada buah tamar, memang
tidak dinafi kan terdapat banyak kajian yang
dilakukan termasuk kajian yang dibuat
oleh Prof Datuk Dr Rozimah daripada Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM). "
“Berdasarkan kajian tersebut mendapati
pengambilan buah kurma perlu mengikut
dos yang sesuai. Contohnya, saiz buah kurma,
peringkat umur, penyakit yang ada dan
sebagainya. Ia bertujuan agar si pemakan
mendapat kebaikan dan manfaat daripada
buah tersebut."
“Makan buah kurma juga digalakkan
oleh Allah SWT kepada Siti Maryam. Ketika
Siti Maryam ingin melahirkan Nabi Isa AS,
tenaganya habis. Maka Allah SWT meminta
Siti Maryam menepuk pohon kurma. Maka
jatuhlah buah berkenaan lalu dimakannya
untuk mendatangkan tenaga. "
“Ini membuktikan bahawa buah kurma
mampu mendatangkan tenaga kepada si
pemakan bahkan kebaikan lain kepada umat
manusia. Walaubagaimanapun, pengambilan
buah kurma mestilah tidak berlebih-lebihan
dan perlu diambil secara berhemah dan
bijaksana. "
“Jika perlu, rujuk kepada pakar-pakar
perubatan agar kita tidak mengambilnya secara
jahil hingga mendatangkan kemudaratan yang
lebih besar ataupun menyebabkan penyakit
diabetes yang sedia ada bertambah buruk,”
jelasnya. — al-Siha Plus
Persamaan kelapa sawit dan kurma
Pokok sawit dan kurma
merupakan tumbuhan dari
keluarga yang sama iaitu Palem-
paleman atau Palmae.
Meskipun ia dari keluarga
yang sama, namun kedua-dua
tumbuhan ini membekalkan
manfaat yang berbeza
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
Don Daniyal Don
Biyajid, Pengurus Besar
KUISCELL Sdn Bhd.
K
URMA mendapat permintaan tinggi
setiap kali tiba bulan Ramadan.
Kandungan gula yang tinggi membantu
umat Islam yang berpuasa menahan diri dari
lapar dan dahaga. Begitu juga apabila tiba
musim haji, kurma antara ole-ole yang dicari
selain air zam-zam. Manakala, buah sawit
pula mendapat permintaan sepanjang tahun
sebagai bahan untuk memproses makanan.
Selain itu, ketahanan pokok kurma juga amat
dikagumi kerana ia mampu hidup di kawasan
kering sehingga 60 tahun menyebabkan ia
boleh hidup subur di Tanah Arab. Namun pokok
kelapa sawit pula memerlukan air untuk hidup
dan membesar dan hanya mampu bertahan
hidup selama 25 tahun sahaja.
Selain pokok sawit dan kurma terdapat
berapa spesies lain yang juga dari keluarga
yang sama iaitu pokok salak, sagu, pinang,
kelapa dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
buah kurma merupakan buah yang diberkati
dan ia telah diceritakan oleh Allah s.w.t secara
jelas didalam al-Quran.
Menurut Pengurus Besar KUISCELL Sdn
Bhd, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata,
Buah kurma buah yang
diberkati.
Buah sawit memerlukan
sumber air yang cukup
untuk hidup subur.
buah kurma ialah buah yang dikurniakan
oleh Allah kepada Tanah Arab. Berdasarkan
sirah Nabawiyah, pokok kurma hidup subur
di sepanjang Semenanjung Tanah Arab.
Manakala tumbuhan dari spesies yang sama
seperti kelapa sawit, pokok kelapa, pokok
pinang dan sebagainya pula hidup subur di
negara kita.
“Buah kurma merupakan salah satu
makanan yang dimakan oleh Rasulullah SAW.
Pokok kurma merupakan tumbuhan yang
hidup subur di Madinah kerana pohon itu juga
turut ditanam oleh Nabi Muhammad SAW dan
terdapat lebih daripada 1000 spesies kurma di
dunia. Walau bagaimanapun terdapat sejenis
kurma yang disukai Nabi, ditanam dan disebut
didalam hadis iaitu kurma ajwa."
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang
makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah,
maka tak akan mencelakainya racun dan sihir
dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Jelas Ustaz Don, kurma mampu hidup
subur di Madinah kerana di negara itu terdapat
tiga buah lembah yang mengairi tanaman
kurma dan salah satu lembah yang disebut
oleh Nabi ialah Wadi Muthan. Inilah yang
menyuburkan tanaman berkenaan.
“Selain daripada lembah yang
menyuburkan tanaman itu, keberkatan doa
Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim juga
memainkan peranan. Ini berdasarkan surah
al-Baqarah ayat 126. Manakala, buah kurma
juga turut dilakarkan di dalam Surah Maryam
ayat ke-25." — al-Siha Plus