OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus
p13
Perluas promosi minyak sawit
Kempen Sayangi Sawitku pupuk semangat kecintaan terhadap minyak sawit
K
ESEDARAN terhadap kebaikan
dan khasiat minyak sawit
masih rendah dalam kalangan
masyarakat tempatan mahupun
luar negara. Menteri Industri
Utama, Teresa Kok berkata,
usaha untuk mempromosikan penggunaan
minyak sawit perlu diperkasakan sehingga ke
peringkat global.
Tambah beliau, iklan atau publisiti wajar
dilakukan agar maklumat tepat dapat
disampaikan sepenuhnya kepada rakyat.
“Kempen Sayangi Sawitku dijalankan
untuk memupuk semangat kecintaan dan
kebanggaan ke atas minyak sawit serta
penghargaan terhadap sumbangan minyak
sawit Malaysia kepada ekonomi negara dan
kami mungkin akan bekerjasama dengan
beberapa agensi atau syarikat kearah
meningkatkan kesedaran masyarakat."
Menurut kajian yang di lakukan di United
Kingdom (UK), penggunaan minyak sawit
tidak menyebabkan individu terdedah
kepada risiko sakit jantung. Bahkan, Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut
menyarankan pengambilan satu sudu minyak
sawit merah setiap hari.
“Minyak sawit merah mengandungi
manfaat yang besar terhadap kesihatan di
mana kaedah penyulingan yang dijalankan
masih mengekalkan kandungan pro vitamin
A (karotin) dan vitamin E yang penting untuk
kesihatan jantung."
SAYANGI SAWITKU
Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak
menyedari bahawa produk yang digunapakai
dan dihasilkan diperbuat daripada minyak
sawit, sehingga ada dalam kalangan mereka
yang mempertikaikan usaha kerajaan.
Jelas Teresa, beliau tidak menyalahkan
mereka, tetapi masih bersyukur kerana ada
pihak yang menunjukkan tanda sokongan
dengan mempamerkan logo Sayangi
Sawitku atau ‘Love My Palm Oil’ di premis
masing-masing.
“Sukar untuk mendapatkan maklumat
tepat tentang kelebihan minyak sawit
ini. Sebelum ini, ada risalah yang diedar
menjelaskan tentang kelebihan minyak sawit,
namun ayat yang digunakan sukar difahami
dan kami mengambil inisiatif dengan
menerbitkan maklumat dengan kaedah yang
lebih mudah difahami."
ANTI MINYAK SAWIT
Sementara itu, beliau turut menyelar
tindakan pihak yang mempergunakan
“Kempen
Sayangi
Sawitku
dijalankan
untuk
memupuk
semangat
kecintaan dan
kebanggaan
ke atas minyak
sawit serta
penghargaan
terhadap
sumbangan
minyak
sawit
Malaysia
kepada
ekonomi
negara.”
— Teresa
Kok
kanak-kanak sebagai penghantar mesej
propaganda anti minyak sawit.
“Baru-baru ini saya menemui Ketua
Pengarah Kementerian Pendidikan untuk
membincangkan tentang video klip yang
memaparkan propaganda anti minyak sawit
melibatkan pelajar berusia lingkungan lapan
hingga sembilan tahun sebuah sekolah
antarabangsa di Malaysia. Video berkenaan
dimuat naik ke YouTube dengan mesej anti
minyak sawit,” katanya.
Selain itu, beliau turut membincangkan
tentang video berdurasi seminit setengah
berjudul ‘Rang-Tan: the story of dirty palm oil’.
“Klip video kartun tersebut menunjukkan
kononnya penanaman komersial kelapa
sawit telah mengganggu habitat orang utan
sehingga menyebabkan 25 kematian orang
utan setiap hari. Mereka turut mengajak
supaya menghentikan segera tindakan yang
disifatkan sebagai kemusnahan hutan, selain
meminta orang ramai untuk sama-sama
menandatangani petisyen, sedangkan
kenyataan yang mereka keluarkan ini tidak
benar dan satu penipuan besar.
Katanya, rakyat Malaysia perlu bersama-
sama memainkan peranan masing-masing
meskipun dari peringkat kanak-kanak dan
menyebarkan tentang kelebihan minyak sawit
terutama manfaatnya terhadap kesihatan
dengan cara yang tepat.
“Kementerian pendidikan
mungkin akan merangka subjek
'kesihatan’ atau menambah
kegiatan kokurikulum
seperti pembelajaran
tentang penghasilan
sabun menggunakan
minyak sawit dan aktiviti
lain yang lebih efektif.
— al-Siha Plus