al-Siha Plus | OKTOBER, 2019
p14
Peneraju
minyak sawit
bermutu tinggi
Malaysia jadi 'markas'
penyelidikan genom sawit
S
EBAGAI rakyat Malaysia, kita
sekurang-kurangnya pernah
mendengar mengenai isu
berkaitan industri minyak sawit
negara. Namun, harga minyak
sawit sedikit susut menyebabkan
penggiat industri ini yang terdiri daripada
pekebun kecil hinggalah kepada syarikat
perladangan besar segera mencari alternatif
untuk kekal dalam industri. Segalanya
berpunca daripada dakwaan kononnya
berlaku penebangan hutan membabitkan
tanaman sawit secara besar-besaran.
Al-Siha berpeluang bertemu dengan
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam
Kadir untuk bertanyakan soalan utama
berkaitan minyak sawit dan bagaimana salah
tanggapan membayangi kelebihannya yang
jelas. Salah tanggapan utama sepertimana
Dr Parveez memulakan temuramah dengan
menangani masalah besar berkenaan minyak
sawit Malaysia yang dikaitkan dengan
penebangan hutan baru-baru ini.
“Saya pernah baca artikel sebenar
dalam akhbar terbitan Eropah kira-kira
12 tahun lalu menjelaskan tentang kaitan
biodiesel dari hasil minyak sayuran. Artikel
terbabit mengupas tentang penebangan
hutan yang sedang berlaku di Indonesia
dengan menggunakan foto tanaman
ladang kelapa sawit Malaysia dengan
kapsyen yang mengelirukan. Artikel itu
bagaimanapun, telah disebarkan kepada
umum menyebabkan salah tanggapan ke
atas industri minyak sawit di Malaysia.
Bangunkan penyelidikan
genom sawit
Penanaman secara komersial dahulunya
dimulakan di Indonesia, kemudian Malaysia
Dr Ahmad Parveez
Ghulam Kadir, Ketua
Pengarah MPOB.
Malaysia menjadikan
proses tuaian lebih
mudah dan cekap.
“Antara pencapaian paling
membanggakan dalam
penyelidikan MPOB adalah
kajian mengenai genom sawit
mesokarpa dan kultur tisu tidak
normal yang telah diterbitkan
dalam Jurnal Nature diiktiraf
dunia."
– Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir
Tenera dihasilkan dari
gabungan gen dura dan
pisifera.
menjadi pengeluar dan pengeksport
terbesar di dunia , namun Indonesia kembali
menguasai pasaran minyak sawit beberapa
tahun lalu. Meskipun begitu, kebanyakan
penyelidikan dan pembangunan minyak
sawit masih dilakukan MPOB.
“Antara pencapaian paling
membanggakan dalam penyelidikan MPOB
adalah kajian mengenai genom mesokarpa
dan kultur tisu tidak normal yang telah
diterbitkan dalam Jurnal Nature diiktiraf
dunia. Hasil penyelidikan itu, kita telah
menjadikan proses tuaian lebih mudah dan
cekap.”
Dura, pisifera dan tenera, anda mungkin
bertanya bagaimana ia menjadikannya lebih
cekap? Dr Parveez menjelaskan:
“Kelapa sawit yang dibawa dari Bogor,
Indonesia ketika kita mula menanamnya di
sini dikenali sebagai dura. Kelapa sawit dura
mempunyai lapisan tempurung tebal yang
memisahkan isirung sebenar dan bahagian
luar dipanggil mesokarpa (sumber minyak
sawit). Lapisan tempurung yang tebal
bermakna hasil minyak sawit berkurangan.
Sebaliknya, ada satu lagi varian kelapa sawit
dipanggil pisifera yang tidak ada lapisan luar
langsung. Varian secara semulajadi tanpa
lapisan luar dengan ketaranya merendahkan
kualiti minyak yang dihasilkan kerana
campuran.”
“Dengan penyelidikan yang dilakukan
dalam kajian kedua-dua genom dura dan
pisifera, kita dapat menggabungkan gen
kedua-dua spesies dan membangunkan
tenera. Kelapa sawit tenera mempunyai
tempurung nipis mengelilingi isirung
daripada mesokarpa. Kajian genom
memudahkan kita membezakan pokok dura
dan pisifera di peringkat awal dan bukan
untuk menghasilkan pokok tenera,” katanya.
Minyak sawit miliki
manfaat kesihatan
Dari segi khasiat, Dr Parveez menjelaskan
betapa besarnya manfaat kesihatan yang
dihasilkan kelapa sawit.
"Minyak sawit mempunyai komposisi
seimbang antara lemak tepu dan tidak tepu.
Walaupun ada yang mendakwa lemak tepu
sebaga punca utama serangan jantung, kajian
kami bersama-sama universiti antarabangsa
menunjukkan minyak sawit mempunyai
kesan setara dengan minyak lain seperti
minyak zaitun dan minyak bunga matahari.
Ia tidak meningkatkan LDL (kolesterol jahat)
anda dan ia tidak meningkatkan serangan
penyakit jantung.
Tambahan pula, kandungan anti-
oksida seperti tokotrienol dan karotin
menjadikannya lebih bermanfaat. Minyak
sawit adalah salah satu minyak yang paling
stabil dimasak pada suhu tinggi seperti
penggorengan.
“Kita berjuang untuk menjadikan minyak
sawit yang dihasilkan di Malaysia adalah
100 peratus mampan. Kita menjadikannya
mandatori kepada bukan sahaja penggiat
utama, tetapi juga kepada pekebun kecil
untuk mendapatkan pensijilan oleh Minyak
Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Itulah yang
menjadikan minyak sawit dihasilkan di sini
adalah lestari sepenuhnya,” kata Dr Parveez.
Beliau juga menjelaskan yang Malaysia
lebih maju dalam teknologi pengeluaran
dan proses pengurusan, begitu juga kualiti
minyak sawit Malaysia adalah yang terbaik
walaupun kita bukanlah pengeluar terbesar
minyak sawit. -al-Siha Plus