OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus
p15
Pupuk kesedaran dari awal
Kajian Morbiliti dan Kesihatan Kebangsaan 2011 mendapati Malaysia berada di tempat teratas
populasi gemuk bagi golongan dewasa iaitu 44.2 peratus berbanding populasi negara-negara
lain di Asia Tenggara dan pada tahun 2015, peratusan ini meningkat kepada 47.3 peratus
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
S
EMENTARA itu, satu kajian di Asia
pada tahun 2013 pula mencatatkan
bahawa Malaysia adalah antara tiga
negara teratas dengan peratusan
tinggi (11.5 peratus) kanak-kanak
yang gemuk (berumur antara enam
bulan hingga 12 tahun).
Peningkatan kes obesiti di kalangan
kanak-kanak ini mendorong Lembaga Minyak
Sawit Malaysia (MPOB) untuk menganjurkan
Program Kesedaran dan Kajian Nutrisi
di peringkat sekolah rendah.
Menurut Penyelidik Unit Pemakanan,
Dr Yap Sia Yen, program tersebut bukan sahaja
bertujuan mengkaji tentang corak pemakanan
kanak-kanak, malah menjadi serampang dua
mata dan memberi kesedaran dalam kalangan
ibu bapa tentang pentingnya penyediaan
makanan sihat dan seimbang kepada anak.
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
Jelas beliau, anak-anak tidak menjaga diet atau
pemakanan seharian sendiri, sebaliknya hanya
mengambil makanan yang disediakan oleh ibu
bapa mereka. Oleh itu, pihaknya menjemput
ibu bapa untuk menyertai program ini dan
sambutan yang diterima amat menggalakkan.
“Maklumat disampaikan melalui seminar di
mana ibu bapa didedahkan dengan maklumat
Empat buah buku yang menjelaskan tentang
fakta dan maklumat penting mengenai
minyak sawit.
Ibu bersama anak-anak yang menyertai program anjuran MPOB.
mengenai pola pemakanan seimbang dan cara
yang betul dalam menjaga pemakanan kanak-
kanak selain menggalakkan mereka mengikut
kaedah ‘suku suku separuh’ yang diperkenalkan
oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.
“Seminar tersebut turut menekankan
tentang kepentingan amalan minum air yang
cukup, melakukan aktiviti fi zikal seperti
senaman dan kelebihan minyak sawit."
Program yang bermula pada tahun 2017
dan berakhir pada Jun 2019 ini berjaya
Dr Yap Sia Yen.
melibatkan lebih 20 buah sekolah kira-kira
50 kilometer dari MPOB seperti di Serdang,
Kajang, Bangi, Cheras, Balakong dan juga
Puchong.
Walau bagaimanapun, jelas Dr Yap,
pihaknya masih meneliti hasil dari program
tersebut dan keputusan awal mendapati 20
peratus daripada kanak-kanak berada dalam
golongan obes.
Pada tahun 2016, MPOB pernah
mengeluarkan komik ‘The Palm Comics’, bagi
menyampaikan mesej dalam bentuk yang
kreatif untuk mengetengahkan tentang fakta
dan juga maklumat penting berbentuk visual
mengenai minyak sawit.
“Kebanyakan keputusan kajian akan
dijelaskan dalam jurnal berbentuk saintifi k.
Bagaimana pula dengan orang ramai yang lain
yang tidak berada dalam industri ini. Sebab
itulah kami mengeluarkan komik dengan
harapan maklumat akan sampai kepada
mereka." — al-Siha Plus
al-Siha menemu bual tiga ibu yang berkongsi pengalaman mereka sepanjang menggunakan minyak sawit sebagai minyak masak pilihan masing-masing.
Nur Fadhilah Zainal,
Kerani Komunikasi
Nama anak: Nurul Aqilah Farisha Amiruddin
“S
AYA telah menggunakan minyak sawit sejak kecil
dan tidak pernah menukar dengan minyak-minyak
yang lain. Dalam masakan yang memerlukan
penggunaan minyak seperti menggoreng, saya biasanya
tidak masak menggunakan minyak yang banyak (deep
fry). Hanya sedikit sahaja minyak yang digunakan supaya
makanan tidak terlalu berminyak dan tinggi kalori."
“Begitu juga dalam pemakanan anak-anak. Apa yang
saya makan, itulah yang mereka nikmati. Saya tidak terlalu
menggalakkan penggunaan minyak yang banyak. Cukup
sekadar keperluan sahaja."
Juliana Megat,
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Nama anak: Ilham Shah Khairul Nizam
“R
AMAI yang tidak tahu bahawa minyak sawit
mengandungi banyak khasiat. Antaranya beta-
karotin yang membantu memberikan tenaga. Ia
amat bagus bagi kanak-kanak yang sedang membesar
dan aktif. Ia juga sangat bermanfaat untuk regim penjagaan
kulit sihat, rambut yang terurus dan sebagainya."
“Walau bagaimanapun, saya tidak begitu obsesi
menggunakannya dalam masakan. Saya hanya meng-
gunakannya secara sederhana di dalam masakan.
Kami hanya menggunakan lima liter minyak sahaja
dalam tempoh dua bulan."
Elizabeth Kannan
“M
inyak sawit akan menjadikan masakan
saya lebih sedap. Apa yang saya
tahu, khasiat minyak sawit lebih baik
berbanding minyak-minyak lain. Namun begitu, saya
tidak menggunakan minyak yang banyak di rumah
kerana penggunaan berlebihan boleh memberi
masalah."
Bawani Ponnusamy,
Eksekutif Akaun
Nama anak: Madhushaa Kalithass
“K
ELUARGA saya merupakan keluarga yang
aktif. Anak-anak saya terlibat dengan
latihan karate setiap hari. Kehidupan yang
aktif menjadikan saya amat sibuk perlu di mana
sentiasa memasak untuk mereka di samping
bekerja. Setiap hari saya akan bangun se awal jam
lima pagi untuk menyediakan sarapan pagi yang
sihat dari rumah sebelum menghantar mereka ke
sekolah."
“Sebelum ini saya menggunakan minyak masak
selain minyak sawit dalam penyediaan makanan
kerana tidak tahu tentang khasiat yang terkandung
di dalam minyak sawit. Kini, setelah mengetahui
tentangnya saya hanya menggunakan minyak sawit
dalam masakan harian. Malah harganya juga sangat
murah berbanding minyak lain."
“Walaupun minyak sawit diketahui mempunyai banyak
khasiat, namun saya tetap menggunakannya secara
berpada-pada. Saya tidak sekali-kali menggunakan secara
berulang kali kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Selain
penjagaan makanan, saya juga amat menitik beratkan
pengurangan pengambilan makanan lain seperti makanan
manis serta makanan segera kepada anak-anak saya."
— al-Siha Plus