al-Siha Plus | OKTOBER, 2019
p16
Banyakkan
lemak,
kurangkan gula
hanya datang dari haiwan sahaja dan tiada
dalam sayuran. Santan sangat bagus untuk
kesihatan kerana ia mengandungi anti-radang,
anti-oksidan dan membantu menurunkan
berat badan."
“Oleh itu, untuk kurangkan berat anda
perlu kurangkan karbohidrat kerana ia akan
memerangkap lemak dan menjadikan anda
obesiti. Ramai yang takut makan ayam, daging
dan sebagainya lalu memilih karbohidrat
seperti roti, hakikatnya inilah yang merosakkan
badan dan punca penyakit semakin teruk.
Makanlah karbohidrat secara bijak dan jangan
makan terlalu banyak,” jelasnya.
Salah faham tentang pemakanan antara
punca masalah kesihatan dalam kalangan
masyarakat yang dilihat semakin tenat
Amal minyak elak serangan jantung
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
M
ENURUT Ahli Jawatankuasa
Pusat Pertubuhan Doktor-
Doktor Islam Malaysia
(PERDIM) Dr Norman Mohd
Norawi, majoriti masalah
kesihatan yang dihidapi oleh
masyarakat adalah berpunca daripada salah
faham tentang pengambilan makanan harian.
“Ramai yang mengelak mengambil
makanan yang dikatakan tidak baik untuk
kesihatan. Hakikatnya, makanan berkenaan
baik untuk tubuh badan. Sebagai contoh
lemak daripada tumbuhan seperti minyak
sawit, minyak zaitun, minyak kelapa,
santan dan sebagainya. Sebenarnya, punca
penyakit datang daripada pengambilan
gula atau karbohidrat secara berlebihan dan
bukannya lemak. Pengambilan karbohidrat
yang berlebihan juga menjadi punca kepada
masalah kegemukan atau obesiti."
“Salah faham bermula apabila ramai yang
percaya bahawa obesiti dapat dikurangkan
dengan diet dan senaman. Sedangkan
lemaklah yang lebih membantu menurunkan
berat badan. Saya sendiri menjalankan uji kaji
ke atas diri sendiri dimana sebelum ini berat
saya adalah 96 kilogram. Namun, dengan
pengamalan lemak secara berterusan berat
saya menurun ke 62 kilogram. Saya tidak
menjalani diet yang ketat mahupun senaman
yang memenatkan."
“Saya sendiri mengamalkan makan nasi
lemak dengan dua biji telur setiap pagi. Saya
minum minyak zaitun bersama minyak
kelapa dan habatussauda’. Saya hanya
amalkan pengambilan minyak dan kurangkan
karbohidrat. Hasilnya, saya berjaya turunkan
berat dan juga berjaya kekalkan berat ideal."
“Ramai yang takut makan nasi lemak
sedangkan ia merupakan salah satu dari
“Untuk
kurangkan
berat anda
perlu
kurangkan
karbohidrat
kerana ia akan
memerangkap
lemak dan
menjadikan
anda obesiti. "
– Dr Norman
Mohd Norawi
makanan sihat. Ini kerana apabila kita
memasak nasi lemak sama ada menggunakan
santan, minyak sawit atau minyak zaitun,
minyak yang digunakan itu akan menyerap
masuk ke dalam nasi dan berubah menjadi
resistant starch atau kanji degil."
“Kajian daripada India dan Itali mendapati,
apabila berlaku penyerapan minyak ke dalam
nasi, nilai karbohidrat pada nasi itu akan
menjadi separuh. Ini bermakna secara tidak
langsung, nasi lemak menjadi menu sihat
dan baik untuk dinikmati setiap hari. Lemak
“Ramai yang menganggap minyak terbaik
adalah minyak zaitun serta minyak kelapa.
Hakikatnya, minyak terbaik adalah datang
daripada minyak sawit. Ini kerana minyak
sawit lebih stabil dalam apa jua suhu, anti-
radang, anti-oksidan dan sebagainya."
“Dianggarkan 75 peratus pesakit jantung
memiliki rendah kolesterol. Ini kerana
sesetengah penyakit jantung berpunca
daripada pengambilan gula berlebihan
menyebabkan salur darah tersumbat dan
berlaku keradangan."
“Disinilah matlamat kami untuk mencegah
keradangan itu dengan menggunakan minyak
sawit dan ia terbukti berkesan.
“Oleh itu, pengambilan minyak sawit
tidak akan menyebabkan serangan jantung
sebaliknya melindungi jantung dari sebarang
keradangan, sekaligus mencegah serangan
jantung. Ia juga tidak akan meningkatkan berat
badan sebaliknya mampu mengurangkan
berat badan. Apabila kita mengambil lemak
dari minyak sayuran, ia akan terus diserap ke
dalam sel badan tanpa perlu diproses oleh
tubuh. Ini sekaligus akan menghentikan signal
‘lapar’ kepada otak menyebabkan berlakunya
pengurangan makan."
Sebaliknya, makanan karbohidrat perlu
mengambil masa untuk penguraian dalam
proses makanan menjadi glukosa. Proses ini
memerlukan insulin. Sekiranya karbohidrat
diambil banyak, maka insulin akan dirembes
banyak, jika karbohidrat diambil sedikit maka
insulin akan dirembes sedikit. Insulin akan
menukarkan makanan sebagai lemak dan
disimpan dibawah kulit
Walau bagaimanapun, sebelum dihantar
ke sel badan, ia akan mengambil masa yang
lama untuk sampai dan menyebabkan
isyarat 'lapar' terus dihantar ke otak. Ini yang
menyebabkan karbohidrat akan diambil secara
berlebihan.
“Apabila karbohidrat diambil secara
berlebihan, ia akan meningkatkan insulin dan
seterusnya meningkatkan lemak,” jelasnya.
— al-Siha Plus
Jaga kulit dengan minyak
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
Dr. Rosmawati
Mohamed, Pengurus
dan Perunding
Kesihatan, I-Clear
Wellness Centre.
"Saya percaya
orang ramai tidak
tahu tentang
faedah minyak
sawit. Kebanyakan
mereka hanya
menggunakan
minyak sawit kerana
harga yang murah."
- Dr Rosmawati Mohamed
T
OKOTRIENOL dan tokoferol
merupakan bahan utama yang
terkandung di dalam Vitamin E dan
ia secara semulajadinya terdapat di
dalam minyak sawit.
Tokotrienol mengandungi aktiviti
antioksidan yang tinggi di mana ia mampu
melindungi kulit daripada sinaran UV
berbahaya, meningkatkan penghidratan
kulit, menghapuskan radikal bebas,
menjadikan kulit lebih sihat, awet muda dan
menyerikan wajah.
Menurut Pengurus dan Perunding
Kesihatan, I-Clear Wellness Centre, Dr.
Rosmawati Mohamed, minyak sawit
sebenarnya sangat baik, ia mengandungi
keseimbangan minyak yang sihat iaitu