OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus
p17
Minyak sawit
setara dengan
minyak zaitun
Minyak sawit tidak meningkatkan
kolesterol yang buruk dalam badan
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
M
ENURUT Pakar Perubatan
Keluarga IMU Healthcare
Medical Clinic Dr Verna Lee
Kar Mun, kesan minyak
sawit terhadap kandungan
kolesterol dalam badan
adalah setara dengan minyak tumbuhan yang
lain.
“Minyak sawit mempunyai kandungan
lemak tepu yang lebih tinggi berbanding
dengan minyak zaitun. Kita sedar bahawa
pengambilan lemak tepu boleh menyebabkan
penyakit jantung. Oleh itu ramai yang
mengelak menggunakan minyak sawit.”
“Walaupun minyak sawit memiliki
kandungan asid lemak tepu sehingga 50
peratus, namun ia masih dianggap sebagai
lemak tumbuhan yang mempunyai risiko sakit
jantung yang rendah. Sebenarnya, lemak tepu
yang berasal daripada lemak haiwan adalah
lebih berbahaya jika diambil secara berterusan.”
“Hasil daripada kajian klinikal serta
meta-analisa kami menunjukkan bahawa
minyak sawit, minyak zaitun, minyak
matahari serta minyak tumbuhan yang lain
tidak mempunyai perbezaan yang ketara dari
segi kesan terhadap kandungan kolesterol. Ini
bermaksud, risiko penyakit yang melibatkan
jantung adalah rendah.”
“Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan
agar tidak mengambil minyak masak lebih
daripada sukatan yang dihadkan kerana ia
boleh meningkatkan risiko penyakit jantung
dan obesiti. Secara purata, manusia normal
hanya boleh mengambil minyak tepu sebanyak
10 peratus kilo kalori sahaja dalam sehari.”
Obesiti dan kolesterol
Lemak haiwan tidak baik untuk kesihatan
berbanding lemak sayuran.
Ketika ditanya mengenai hubung kait di
antara obesiti dan kolesterol, tahap kolesterol
selalu disalahfahami ia berkemungkinan
lebih tinggi di dalam badan individu bertubuh
gempal.
“Obesiti adalah keadaan perubatan di
mana lemak badan berlebihan terkumpul,
tetapi manusia yang obes tidak semestinya
mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Ramai daripada kalangan pesakit saya yang
kurus tetapi memiliki kadar kolesterol yang
tinggi. Tahap kolesterol yang tinggi boleh
menjadi penyebab masalah jantung. Kesan
Dr Verna Lee Kar Mun.
“Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan
agar tidak mengambil minyak masak lebih
daripada sukatan yang dihadkan kerana
ia boleh meningkatkan risiko penyakit
jantung dan obesiti. Secara purata, manusia
normal hanya boleh mengambil minyak tepu
sebanyak 10 peratus kilo kalori sahaja dalam
sehari.”
– Dr Verna Lee Kar Mun
pemakanan lemak berlebihan pula akan
mengakibatkan penyakit seperti kanser,
kencing manis dan sebagainya,” jelas Dr. Verna.
— al-Siha Plus
sawit
minyak tepu, poli-tak tepu dan mono- tak
tepu.
“Saya telah menjadi seorang pengamal
perubatan sejak 22 tahun dan memiliki
sebuah pusat kesihatan sendiri. Bermula
lima tahun lalu, saya telah mengetengahkan
rawatan melibatkan gaya hidup dan
pemakanan sihat dalam usaha mencegah
penyakit.
“Kebanyakan produk yang ditawarkan di
pusat kesihatan saya termasuklah produk
kosmetik mengandungi bahan tokotrienol
dari kelapa sawit.
Pusat kesihatan Dr. Rosmawati
menggabungkan pelbagai rawatan seperti
bekam klinikal, sauna, hidroterapi, terapi
hormon dan detoksifi kasi.
“Saya percaya orang ramai tidak tahu
tentang faedah minyak sawit. Kebanyakan
Dr Rosmawati jadi pengamal perubatan
sejak 22 tahun.
mereka hanya menggunakan minyak
sawit kerana harga yang murah. Itulah
sebabnya mengapa kami perlu keluar
dan menyampaikan maklumat yang
benar kepada mereka,” jelasnya. — al-Siha
Plus
Pusat kesihatan
Dr. Rosmawani
menawarkan
kebaikan
tokotrienol dalam
rawatannya.