al-Siha Plus | OKTOBER, 2019
18
p18
Pupuk kesedaran
tentang kebaikan
minyak sawit
Keprihatinan terhadap amalan
makanan seimbang kian meningkat
Profesor Emeritus Datuk Dr N Marimuthu percaya, tabiat pemakanan rakyat
Malaysia boleh berubah ke arah lebih baik.
P
RESIDEN Gabungan Persatuan-
Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA), Profesor Emeritus
Datuk Dr N Marimuthu berkata,
rakyat Malaysia dilihat semakin
mengambil berat tentang
kesihatan masing-masing.
“Golongan wanita mahupun lelaki sudah
mula menitikberatkan isu penampilan dan
juga kesihatan. Jika diperhatikan, sambutan
pengguna media sosial terhadap jualan
makanan atau produk kesihatan amat
menggalakkan. Malah ada dalam kalangan
mereka yang menyediakan menu sendiri
dengan mengambil kira aspek kandungan
nutrien tinggi dan rendah lemak. Mereka juga
melakukan aktiviti sihat yang lain seperti
aktif di gimnasium, menyertai acara larian,
berjalan, memanjat gunung dan sebagainya
untuk menjadi individu yang lebih sihat,”
katanya.
“Umum tahu manfaat minyak
kelapa dara atau quinoa dalam
kesihatan. Tetapi, masih ramai
yang tidak sedar, bahawa
minyak kelapa sawit juga
mempunyai khasiatnya yang
tersendiri.”
– Profesor Emeritus Datuk Dr N Marimuthu
PILIH PRODUK TEMPATAN
PEMILIHAN PRODUK
Jika diperhatikan, terlalu banyak produk yang
menekankan aspek kesihatan di pasaran
seperti makanan alternatif berasaskan bijirin,
pasta, jus dan banyak lagi. Namun, produk
seumpama ini kebanyakannya diperoleh
dari luar negara menyebabkan harga yang
diletakkan agak tinggi berbanding produk
tempatan.
“Masih ramai yang tidak sedar, bahawa
minyak sawit juga mempunyai khasiatnya
yang tersendiri,” jelas beliau.
Tambah beliau, terlalu banyak kajian
telah dijalankan untuk membuktikan
bahawa minyak sawit adalah antara
minyak masak yang sihat. Cuma,
industri minyak sawit negara terpalit dan
berhadapan dengan kritikan meluas seperti
penebangan hutan dan pemusnahan alam
sekitar.
“Saya yakin pihak berkaitan atau
pengusaha minyak sawit ini tidak ada niat
untuk memusnahkan alam sekitar. Saya tidak
percaya jika pihak berkenaan masih mahu
mempromosikan minyak sawit sedangkan
mereka tahu tindakan tersebut memberi
impak besar kepada alam sekitar,” jelas
Profesor Emeritus Datuk Dr N Marimuthu
yang enggan mengulas lanjut kerana
menyifatkan ia di luar bidang kuasa atau
kepakaran beliau.
Objektif
FOMCA
Rakyat Malaysia sering
dikaitkan dengan
amalan makan pada
lewat malam.
FOMCA ditubuhkan dengan tujuan untuk
mencapai objektif-objektif berikut:
• Untuk memperkuatkan perkembangan
gerakan-gerakan pengguna di Malaysia.
• Meneliti isu-isu dan masalah pengguna
dan berjuang untuk hak-hak pengguna.
• Untuk berjuang menerusi kuasa beli
pengguna demi mendapatkan satu orientasi
pembangunan yang akan menjamin keadilan
sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang
lebih baik bagi semua.
• Menyelaras dan menjadi badan perun-
ding bagi organisasi pengguna yang lain
di Malaysia
Sementara itu, Profesor Emeritus Datuk Dr N
Marimuthu turut menggalakkan pemakanan
sihat dari sumber tempatan seperti ulam-
ulaman, buah-buahan, bijirin, daging, ayam
dan lain-lain lagi yang boleh dihidangkan
secara sihat jika dimasak dengan cara yang
betul.
“Apa yang penting adalah mengamalkan
gaya hidup yang sihat seperti
memperbanyakkan pergerakan seperti
berjalan, mengurangkan penggunaan
gadget dan melakukan senaman serta gaya
pemakanan sihat,” jelasnya.
Falsafah FOMCA
FOMCA bukan hanya sebuah pertubuhan
pengguna, tetapi juga sebuah pertubuhan
pembangunan. FOMCA inginkan mewu-
judkan keadaan-keadaan seperti berikut:
• Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan
para pengguna iaitu - “Perlindungan Paling
Berkesan ialah Perlindungan Sendiri.”
• Mewujudkan pembangunan berorienta-
sikan kepada menunaikan keperluan asas
manusia melalui kuasa beli kita sebagai
pengguna bagi mewujudkan satu kebu-
dayaan hidup yang sesuai, bahagian dan
tidak membazir.
TUKAR GAYA PEMAKANAN
Malaysia dikenali sebagai syurga makanan.
Lantas ramai masyarakat menikmati pelbagai
pilihan sajian semahu-mahunya tanpa
mengira waktu termasuk lewat tengah malam.
“Budaya makan malam ini menyebabkan
ramai yang susah untuk mengubah gaya
pemakanan masing-masing,” katanya.
Menyedari hakikat tersebut, Profesor
Emeritus Datuk Dr N Marimuthu percaya
bahawa ada rakyat Malaysia yang berusaha
untuk mengubah tabiat pemakanan tersebut.
“Saya percaya ada rakyat Malaysia
yang sedar dan cuba untuk menukar gaya
pemakanan masing-masing ke arah lebih baik.
Kebanyakan mereka mendapatkan maklumat
menerusi laman sesawang, selain mengkaji
terlebih dahulu tentang produk-produk yang
ingin di amalkan dan membuat pilihan yang
terbaik,” katanya.
KENALI FOMCA
FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela
yang tidak mementingkan keuntungan,
bukan politik dan pertubuhan sivik.
“Pengguna yang membuat aduan akan di
bantu sebaiknya dengan merujuk undang-
undang sedia ada,” katanya.
FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan
dan badan bukan kerajaan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa dalam
memberikan maklumat, pendidikan dan
perlindungan kepada pengguna.
FOMCA juga sentiasa berusaha untuk
mempertingkatkan melalui kuasa beli
pengguna, pembangunan berasaskan
keperluan yang memastikan keadilan sosio-
ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan
kualiti hidup yang lebih baik untuk semua
rakyat. — al-Siha Plus
Peranan FOMCA
Demi mencapai falsafah-falsafah di atas,
FOMCA mengamalkan empat pendekatan
penting iaitu:
• Sebuah badan yang memberi dan
menyebarkan maklumat.
• Sebuah badan pendidik yang
me mberi pendidikan kepada semua
pengguna.
• Sebuah badan yang bertindak memberi
perlindungan kepada pengguna.
• Sebuah badan yang menyiasat, membuat
kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat
yang benar.