OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus
19
p19
Bahaya minyak kitar semula
PENYAKIT akibat gaya hidup merupakan
satu ancaman kepada kesihatan manusia.
Penyakit jantung merupakan antara
penyumbang kadar kematian global.
Ia disebabkan oleh gangguan jan-
tung dan saluran darah. Ini termasuk
penyakit jantung koronari (serangan
jantung), penyakit serebrovaskular
(stroke), tekanan darah tinggi (hipertensi),
penyakit arteri perifer, penyakit jantung
rematik, penyakit jantung kongenital dan
kegagalan jantung.
Selain daripada kurang aktif dan
merokok, gaya pemakanan seperti
pengambilan makanan bergoreng secara
berlebihan juga menjadi faktor penyebab
NHAM platform
kesedaran
penyakit jantung
kerosakan jantung.
Jelas Dr Effa, penggunaan minyak
kitar semula sangat bahaya untuk kesi-
hatan tubuh kerana minyak yang telah
digunakan mengandungi bahan kimia
akibat tindak balas semasa penggunaan
masakan sebelum itu.
“Apabila minyak masak terdedah
kepada tahap pemanasan yang tinggi,
tindak balas kimia akan berlaku menye-
babkan ia bahaya kepada kesihatan
tubuh. Ia boleh menyebabkan arteri
tersumbat lalu mengakibatkan serangan
jantung."
“Apa yang penting, ambillah minyak
secara sederhana,” jelas Dr Effa.
“Ujian ini bagi mengesan
tekanan darah, paras gula,
BMI dan lilitan pinggang. Ini
kerana, kebanyakan pesakit
serangan jantung tidak tahu
bahawa mereka memiliki
tekanan darah yang tinggi.”
– Dr Eff arezan Abdul Rahman
Malaysia catat bilangan
pesakit jantung paling muda
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
M
ENURUT rekod, selain
menjadi negara paling ramai
penghidap masalah obesiti,
Malaysia juga menjadi
negara paling banyak
kematian akibat penyakit
jantung dari tahun 2005 hingga 2017. Malah
dari jumlah itu, Malaysia juga mencatatkan
bilangan pesakit jantung paling muda iaitu
58 tahun berbanding Thailand, 63 tahun dan
Singapura 68 tahun.
Pakar Runding Kardiologi KPJ Damansara
dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung
Kebangsaan Malaysia (NHAM) Dr Eff arezan
Abdul Rahman berkata, hal ini terjadi
disebabkan oleh tekanan darah tinggi,
diabetes, kolesterol tinggi dan budaya
merokok dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
“Dalam masa yang sama, kita juga makan
lebih banyak daripada yang sepatutnya
dan terlalu kurang melakukan aktiviti yang
membabitkan pegerakan. Itulah yang menjadi
masalah terbesar sehingga membawa kepada
angka dan statistik yang membimbangkan
ini," jelasnya.
Apabila minyak masak terdedah kepada tahap
pemanasan yang tinggi, tindak balas kimia
akan berlaku menyebabkan arteri tersumbat
lalu mengakibatkan serangan jantung.
Dr Eff arezan Abdul Rahman , Pakar Runding Kardiologi dan Ahli
Persatuan NHAM.
NHAM BOLEH MEMBANTU
Sedar masalah jantung yang kian kronik
di negara ini, NHAM yang merupakan
badan bukan perundangan memutuskan
untuk membantu mengurangkan bilangan
penghidap dengan membawa perkara ini ke
tahap yang lebih baik.
“Untuk berbuat demikian, kami melantik
tenaga kerja dalam usaha menggerakkan
persatuan dengan menjalinkan hubungan yang
rapat dengan kerajaan dalam usaha memberi
kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang
bahaya penyakit jantung,” jelas Dr Eff a.
Katanya, NHAM juga mempunyai kongres
kebangsaan tahunan bagi mendidik doktor am
mengenai perkembangan terkini dan kaedah
merawat penyakit jantung.
“Kami turut melancarkan rangkaian
MySTEMI untuk kemudahan masyarakat.
Ia merupakan satu set protokol yang
perlu dilakukan oleh pesakit jantung
ketika mengalami sakit dada iaitu dengan
menghubungi ambulans dan sebagainya bagi
Ambil minyak secara sederhana
RAKYAT Malaysia cukup terkenal dengan pengaruh tular.
Bukan hanya pada makanan tambahan dan makanan ringan,
bahkan kepada pengambilan minyak harian juga menjadi
ikutan. Ini termasuklah minyak kelapa dara, minyak zaitun
dan sebagainya yang didakwa memiliki khasiat tertentu.
Ramai yang mula keliru apabila terdapat golongan
yang mengambil semua minyak untuk dijadikan sebagai
rejim penjagaan kesihatan. Persoalannya, adakah minyak-
minyak yang didakwa sihat untuk tubuh boleh diambil
secara berlebihan? Menurut Dr Effa, kekeliruan ini terjadi
sebabkan oleh agenda-agenda tertentu yang dibuat oleh
kumpulan tertentu.
“Bagi saya minyak tetap minyak dan ia perlu diambil
secara sederhana bagi menjamin kesihatan tubuh.
“Minyak sayuran adalah yang paling selamat digunakan
berbanding memasak menggunakan lemak haiwan seperti
minyak sapi," jelasnya.
menyelamatkan nyawa."
Dr Eff a juga turut menyarankan agar setiap
rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas
menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Ujian ini bagi mengesan tekanan darah,
paras gula, BMI dan lilitan pinggang. Ini
kerana, kebanyakan pesakit serangan jantung
tidak tahu bahawa mereka memiliki tekanan
darah yang tinggi."
“Pendidikan juga memainkan peranan
yang sangat penting dalam usaha untuk
menyedarkan masyarakat. Ini kerana,
ramai dalam kalangan perokok masih tidak
menyedari bahawa serangan jantung juga
boleh berlaku kepada mereka. Begitu juga
bagi individu yang mengalami masalah darah
tinggi di mana mereka tiada pengetahuan
tentang penyakit darah tinggi serta ubat-
ubatan yang diambil. "
“Namun begitu, untuk menyampaikan
segala maklumat ini kita memerlukan
kumpulan sokongan yang ramai. Akan tetapi,
bilangan doktor di Malaysia masih rendah.
Itulah sebabnya kami ingin melibatkan
golongan profesional dalam penjagaan
kesihatan lain seperti farmasi untuk
membantu menyebarkan maklumat yang
betul kepada pesakit,” katanya. — al-Siha Plus
Minyak kitar semula merbahaya kepada
kesihatan.