al-Siha Plus | OKTOBER, 2019
p04
Masakan
nostalgia lebih
berkhasiat
“Malah dalam masa yang sama, saya juga
dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Nenek saya masak sendiri dari air tangannya.
Duduk bersama ketika makan, habiskan masa
bersama sambil membuat rutin hariannya.
Begitu juga dalam soal kebersihan. Semua itu
mempunyai hubung kait dengan kehidupan
yang sihat."
Makanan barat bukan makanan kita
Kehidupan sihat bermula dari asas yang kukuh.
Asas yang kukuh bermula daripada pemakanan
yang seimbang dan lengkap
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
B
AGI Cef Selebriti, Datuk Cef Ismail
Ahmad, ‘good strong foundation,
good strong wings’ merupakan
pegangan paling asas dalam
kehidupan yang sihat. Ini kerana,
asas kehidupan yang betul
bermula daripada pemakanan awal.
“Kehidupan yang sihat bermula
daripada minda. Kegembiraan misalnya,
akan memberitahu bahawa makanan akan
membuatkan jiwa rasa gembira. Manakala,
kesihatan pula akan memberitahu makanan
yang tidak menyihatkan."
“Makanan sepanjang kita membesar
memainkan peranan yang sangat penting.
Makanan-makanan inilah yang membantu
kira rasa gembira dan bahagia di mana ia akan
mencetuskan kepada kesihatan yang lebih
baik."
“Sepanjang saya dibesarkan, masakan
nenek paling lekat di jiwa. Masak labu, nangka,
keledek, ubi manis, betik, pucuk labu dan
macam-macam lagi. Masak gulai tempoyak,
masak bening, pengat pisang dan macam-
macam masakan tradisional lain. Semua ini
disediakan secara organik."
“Keledek ditanam sendiri, ikan saya makan
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
M
ENURUT Cef Selebriti, Khalisah
Sulaiman atau lebih mesra dipanggil
sebagai Cef Ili Sulaiman, Malaysia
merupakan pengeluar minyak sawit dunia
dan penggunaan minyak sawit dalam diet
harian rakyat Malaysia sudah lama sebati.
Jadi, pengabaian terhadap penggunaan
minyak sawit adalah mustahil.
“Ketika menuntut di United Kingdom
(UK) dahulu, minyak sawit merah sinonim
digunakan dalam proses memerap ayam.
Hasilnya, ayam akan bertukar menjadi
warna kemerahan yang sangat cantik dan
menggiurkan,”katanya.
“Namun, berbeza kita di Malaysia yang
menggunakan minyak dengan cara gorengan
deep fry yang jelas mampu mendatangkan
masalah lain kepada kesihatan. Sedangkan
teknik yang diamalkan oleh penduduk di
barat jauh lebih baik. Malah dalam masa
yang sama, mereka tetap mendapat khasiat
daripada minyak sawit yang digunakan."
“Kehidupan
yang sihat
bermula
daripada minda.
Kegembiraan
misalnya, akan
memberitahu
bahawa
makanan akan
membuatkan
jiwa rasa
gembira.
Manakala,
kesihatan
pula akan
memberitahu
makanan
yang tidak
menyihatkan."
– Datuk Cef Ismail
Ahmad
Pilih menu sihat sebelum terlambat
Permulaan
Kerjaya
Pemakanan lebih sihat
Jelas beliau, kebanyakan individu yang
mengamalkan gaya hidup sihat menyekat
pengambilan nasi sedangkan sejak dari awal
lagi, masyarakat kita sudah sebati dengan
pengambilan nasi. Ia jelas suatu perkara yang
tidak seharusnya berlaku. Nasi boleh diambil
tetapi dalam kuantiti yang betul. Begitu
juga pengamalan diet sihat, ramai yang
meniru budaya barat kononnya Eat Clean.
Sedangkan negara kita juga memiliki banyak
makanan sihat seperti ulam dan sebagainya.
Ini semua merupakan makanan sihat yang
sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
bila datuk saya ke pasar, daging jarang-jarang
makan, protin dari telur ayam. Telur tu dari
ayam yang nenek bela sendiri yang diberi
makan hampas kelapa, hampas padi, jagung
dan macam-macam lagi dari sumber organik
lain."
“Sarapan pagi pula, saya dihidangkan
dengan dua biji telur separuh masak setiap hari
bersama minuman coklat dan minyak ikan
sebagai makanan tambahan untuk otak. Roti
jarang-jarang sekali ada. Semua ini diamalkan
setiap hari. Kerana makanan ini badan saya sihat.
Saya sampai tidak ingat bila saya jatuh sakit."
“Pemakanan inilah yang mengembirakan
saya, sekali gus menyihatkan tubuh saya
setiap kali saya menikmatinya. Dari kecil
saya dipasak dengan kepentingan makanan
yang menyihatkan. Dan ia menjadi kenangan
terindah dalam hidup saya. Walaupun saya ada
diabetes akibat keturunan, namun gula dalam
darah saya terkawal kerana hingga ke hari ini
saya masih mengamalkan cara pemakanan
seperti zaman sewaktu kecil dahulu."
“Sebab itu, jangan diberi anak-anak kita
makan makanan yang merepak. Kerana
makanan yang sihatlah yang akan membentuk
penglihatan yang jelas, pembentukan otot
yang sihat, perkembangan minda dan
sebagainya. Semua ini nenek saya sediakan
walaupun dia tidak sekolah tetapi dia tahu apa
makanan terbaik untuk saya."
“Kebanyakan orang yang nak sihat atau nak
kurus memilih mengikut rutin makanan
sihat dari negara barat. Sebagai contoh brown
bread atau brown rice. Bukan tentang apa
yang dimakan, sebaliknya bagaimana cara
kita makan. Kita makan sahaja makanan
yang di cadangkan, padahal apabila makan
berkali-kali kita sebenarnya tidak gembira
dengan makanan tersebut. Akhirnya terpaksa
berhenti. Ini bukan sihat namanya. Ini
menganggu emosi."
“Berbeza jika kita makan makanan ketika
kita dibesarkan seperti sayur pucuk ubi ikan
masin dan lain-lain, emosi mengimbau masa
lalu dan rasa gembira. Inilah makanan kita
dan ia lebih menyihatkan. Sama ada anda dari
golongan kaya, berpendapatan sederhana
mahupun rendah, semua makan telur mata
kerbau masak kicap. Inilah yang dikatakan
makanan yang membawa kegembiraan dan
sekali gus menyihatkan."
“Kuncinya adalah makanan yang
membuatkan anda rasa gembira, itulah
kehidupan yang menyihatkan,” jelasnya."
— al-Siha Plus
“Penggunaan
minyak sawit
dalam diet
harian rakyat
Malaysia sudah
lama sebati.”
– Cef Ili
Cef Ili merupakan
cef selebriti yang
cukup popular pada
hari ini, perniagaan
menjual makanan
menggunakan
mangkuk tingkat
menjadi titik tolak
buat beliau, sebelum
dilamar Astro Ria menerusi program Diari
Mangkuk Tingkat Ili pada Februari 2015.
Meminati dunia masakan sejak kecil lagi,
malah selalu menghabiskan masanya dengan
bereksperimen di dapur sambil berkongsi
cerita bersama keluarganya.
“Saya tidak tahu mengapa saya sangat
selesa apabila lepak di dapur. Malah
memasak juga menjadi terapi yang boleh
menggembirakan hati saya."
“Bertitik tolak dari seorang kawan yang
disahkan menghidap kanser lymphoma
tahap empat, saya mula menceburkan diri
dalam bidang masakan secara profesional."
“Ketika kawan saya sakit, saya sering
memasak untuknya. Dia memuji setiap
masakan saya dan memberi cadangan supaya
saya terjun ke dalam bidang ini. Bermula dari
situ saya berhenti kerja dan menubuhkan
Dish by Ili."
“Dish by Ili mengetengahkan masakan
Melayu yang menggunakan bahan-
bahan semula jadi, dibungkus di dalam
mangkuk tingkat dan dihantar terus ke
rumah-rumah pelanggan. Matlamat saya
adalah menyediakan masakan rumah
menggunakan resipi rahsia keluarga dan
ia tentulah lebih baik daripada membeli
makanan di kedai."
“Dari perniagaan ini, saya mula
mengembangkan bakat dengan
mengacarakan program Diari Mangkuk
Tingkat. Kemudian saya menyertai Asian
Food Channel (AFC), dan menjuarai
pertandingan Food Network’s Food Hero
pada tahun 2015," katanya.
Melalui makanan, kita berhubung
“Saya lahir daripada perkahwinan campur
di mana ibu saya merupakan kacukan cina
dan ‘mat salleh’. Manakala, ayah saya pula
kacukan Melayu dan Sri Langka. Oleh itu,
saya memiliki banyak pengetahuan dalam
pelbagai jenis masakan. Ditambah pula,
kawan-kawan yang datang dari pelbagai
bangsa seperti Melayu, Cina dan India
menyebabkan saya mencuba banyak jenis
makanan sejak kecil lagi."
"Melalui masakan juga, manusia
berhubung. Memori paling indah adalah saat
berkongsi sepinggan makanan enak bersama
orang lain."
“Dari perkongsian seperti itu, saya dapat
rasa seakan manusia akan menjalinkan
hubungan yang lebih erat dengan tidak
mengira latar belakang,” jelasnya. — al-Siha
Plus