OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus
p05
Kurangkan kalori dalam
masakan – Cef Fazley
Bermula sebagai penyanyi, pelakon dan pakar motivasi, siapa sangka
Datuk Fazley Yaacob, 41 tahun kini usahawan dan cef selebriti terkenal.
Karier beliau dalam bidang kulinari ini dilihat semakin bersinar
T
ERBAHARU beliau diumumkan
sebagai Pemimpin Paling
Dikagumi Di Asia 2019 bagi
kategori kulinari pada acara
anugerah berprestij anjuran
Herald Global & ERTC Media
mengalahkan 100 individu berpengaruh lain
dari seluruh Asia, sekaligus melakar sejarah
sebagai selebriti pertama bidang masakan
menerima pengiktirafan dalam penganjuran
itu.
PERMULAAN KARIER SEBAGAI CEF
Menurut anak kelahiran Rembau, Negeri
Sembilan ini, selepas menjuarai MasterChef
Selebriti musim pertama, beliau tekad
meneruskan pengajian di Le Cordon Bleu
Paris dalam bidang kulinari.
“Tiga tahun saya berulang alik dari Malaysia
ke Paris dan akhirnya selepas mendapat
kelayakan, saya mengusahakan perniagaan
Sukasucre Bistro. Tidak ramai yang
memartabatkan makanan tradisi dalam
bentuk yang lebih moden, saya terpanggil
untuk mengetengahkan lagi masakan atau
makanan tradisi ini dan membuka Sukasucre
Bistro dengan tema ‘From Rembau to
Paris’ iaitu makanan Negeri Sembilan yang
digabungkan dengan elemen makanan
Perancis,” katanya.
“Sukasucre Bistro sudah bertapak
hampir lapan tahun dan kini dalam proses
mengembangkan lagi empayarnya. SukaSucre
Bistro telah mendapat lebih 25 anugerah dan
diiktiraf sebagai salah satu restoran terbaik di
Malaysia sebanyak dua kali dengan sokongan
semua terutama ayah, ibu dan isteri."
Pernah di labelkan sebagai ‘Cef campak-
campak’, namun namanya terus dikenali
ramai dan konsep masakan itu sendiri
membolehkan beliau terus melebarkan sayap
hingga ke peringkat global.
SOKONG MINYAK TEMPATAN
Jelas Datuk Fazley, beliau amat menitik berat
tentang kandungan kolesterol dan kalori
dalam masakan yang dihasilkan.
“Dalam setiap masakan, saya akan pastikan
kurang kandungan gula, garam dan juga
lemak. Masakan yang dihasilkan biasanya
sehingga 30 peratus atau 40 peratus kurang
kalori berbanding masakan biasa,” jelas
beliau yang menjadikan Perdana Menteri
Tun Mahathir Mohamed sebagai idola
dalam menghasilkan makanan sihat. Saya
menyokong penggunaan minyak sawit,
minyak keluaran Malaysia malah memastikan
minyak sawit sentiasa digunakan dan selalu
ada didapur. Penggunaan minyak sawit tidak
ada salahnya, meskipun ada sesetengah
pihak yang berpendapat bahawa minyak
sawit mempunyai kandungan kolesterol yang
tinggi."
“Bergelar tukang masak tidak semudah
yang disangka, dan paling penting lakukan
kajian dengan lebih terperinci, kerana kita
boleh membuat pilihan yang bijak. Dunia
pembelajaran saya tidak akan pernah habis,
walaupun saya dilatih di Perancis, saya tetap
“Saya
menyokong
penggunaan
minyak sawit,
minyak
keluaran
Malaysia malah
memastikan
minyak sawit
sentiasa
digunakan dan
selalu ada
di dapur."
– Datuk Fazley Yaacob
Ayam Percik Limau Purut Madu
Bahan-bahan:
• 2 peha ayam
• 5 bawang putih
• 1 sudu besar cili giling
• 2 sudu kecil serbuk kunyit
• 1 sudu besar gula melaka
•
•
•
•
10 bawang kecil
2 inci halia
1 batang serai
1 sudu minyak sawit
Kuah:
•
•
•
•
•
•
•
•
1 cawan santan cair
1 cawan 'cooking cream'
15 ulas bawang merah
2 sudu besar cili giling
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
3 inci halia
1 batang serai
• 1 limau nipis
• 1 sudu besar gula
melaka
• 1 sudu besar
udang geragau
• 4 lembar daun
limau purut
• 1 sudu teh madu
Masak dengan
kasih sayang
RESEPI
DATUK
FAZLEY
Cara-cara:
1. Kisar bahan- bahan untuk perapan ayam, perap
ayam selama 30 minit. Kemudian di panggang
atau dibakar.
2. Sementara ayam dibakar teruskan membuat
kuah percik, kisar bawang merah, halia,
masukkan air limau nipis serta serai bersama
sedikit air. Masukkan ke dalam pot atau kuali,
masak bersama serbuk kunyit, udang geragau
dan cili giling. Kemudian masukkan santan
dan ‘cooking cream’ serta daun limau purut.
Setelah masak masukkan gula melaka dan
madu.
Sherson (kanan)
bersama ibunya,
Ann.
Sherson, Ann kongsi
pengalaman memasak bersama
M
asakan ibu pastinya makanan
kegemaran nombor satu setiap anak
yang dirasakan seolah-olah tiasa
tandingannya, apatah lagi jika ibu mahir
menghasilkan pelbagai jenis masakan dengan
rasa yang sedap dan menarik untuk dinikmati.
Bagi selebriti popular dunia masakan, Sherson
Lian, pengalaman memasak bersama
ibunya Ann Lian antara ceritera yang cukup
menyeronokkkan untuk dikongsi.
“Sejak berusia 11 tahun, setiap kali
cuti sekolah, saya akan membantu ibu
belajar di negara ini masakan tempatan,
belajar lebih banyak lagi termasuk masakan
negara."
“Jadi ilmu dalam bidang masakan tidak
pernah putus, selagi ada hayat selagi itu saya
akan sambung belajar." — al-Siha Plus
menguruskan perniagaan makanan dan dari
situlah minat dalam dunia kulinari ini semakin
menebal,” jelas Sherson.
“Setiap orang pastinya mempunyai
kemahiran memasak yang berbeza, begitu
juga kami yang tidak terkecuali mempunyai
perbezaan pendapat, namun itulah yang
mengeratkan kami, dan menghasilkan menu
yang pelbagai. Pun begitu, sudah pastinya
masakan ibu adalah yang terbaik,” katanya.
Menurut Sherson dan Ann, minyak sawit
bukan sahaja menjadi pilihan mereka, malah
“Masakan
yang
dihasilkan
dengan kasih
sayang,
hasilnya pasti
akan sedap”
- Sherson
kebanyakan penduduk di Asia. Selain sebagai
sumber vitamin E, anti oksidan yang bagus,
minyak sawit juga tidak mempunyai rasa, bau,
dan tidak mempengaruhi rasa masakan.
Tambah beliau, menu yang sihat adalah
masakan yang dihasilkan dari rumah dan
setiap orang perlu bijak mencampur-aduk
bahan dalam masakan masing-masing.
“Cara yang paling baik untuk kekal sihat
adalah dengan mengamalkan cara pemakanan
yang betul,”jelas Sherson yang disifatkan oleh
ibunya sebagai seorang yang kreatif dalam
menghasilkan masakan, sehingga segalanya
nampak sangat mudah.
“Kita perlu lebih berhati-hati, sekiranya
mengambil makanan sebagai makanan
tengahari, ambillah makanan yang lebih ringan
untuk makan malam,” jelas Sherson yang
menggemari ayam goreng berempah dan nasi
lemak, berbeza dengan Ann yang menggemari
vadeh.
“Masakan yang dihasilkan dengan kasih
sayang, hasilnya pasti akan sedap,” jelas beliau.
— al-Siha Plus