al-Siha Plus | OKTOBER, 2019
p06
Minum sesudu minyak
sawit lebih sihat?
Rakyat Malaysia
kurang amalkan
makan sayur-sayuran
dan buah-buahan
dalam diet seharian.
Minyak sawit sering kali digunakan sebagai bahan
asas dalam penyediaan makanan seperti menggoreng.
Namun, menikmati sesudu makan minyak sawit
merah sehari adalah lebih baik
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
M
ENURUT Pengarah
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), Zalma
Abdul Razak, menikmati
sesudu makan minyak sawit
merah sehari tidak menjadi masalah dengan
syarat mengambil minyak sawit dara yang
berwarna merah kerana ia lebih berkhasiat
berbanding minyak sawit yang digunakan
dalam masakan.
“Minyak sawit merah terbukti lebih
berkhasiat kerana ia mengandungi likopin,
pro anti-oksidan, pro vitamin A (karotin),
vitamin E dan sebagainya.
“Malah minyak sawit dara merah ini kurang
sesuai digunakan dalam masakan sebaliknya
banyak digunakan sebagai campuran dalam
salad dan sebagainya. Ini kerana, kandungan
karotin yang terdapat di dalamnya bersifat
tidak stabil pada suhu masakan.
“Sebelum ini terdapat program pemberian
minyak sawit dara kepada kanak-kanak yang
kekurangan zat. Ia bagus sebagai makanan
tambahan dan sebagai amalan teraputik
dalam usaha menjaga kesihatan tubuh badan.
Umumnya, manusia memerlukan 2000
kalori sehari dan dari jumlah itu hanya 25
hingga 30 peratus adalah daripada lemak,
ia berdasarkan fakta yang dikeluarkan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Pengambilan lemak tidak boleh dielak
terus kerana badan amat memerlukan lemak
kerana ia membekalkan vitamin larut lemak
A, D, E, K. Hakikatnya, tiada makanan yang
buruk dan tiada makanan yang baik. Ini kerana
semua makanan memainkan peranannya.
Tetapi, kuncinya ambil secara berpada-pada."
Rakyat Malaysia kurang
pengambilan sayur dan buah
Pengarah Bahagian
Pemakanan Zalma,
Pegawai Pemakanan
KKM.
Jelas Zalma, rakyat Malaysia tersenarai sebagai
rakyat tertinggi yang mengalami masalah
obesiti. Begitu juga dalam penyakit tak
berjangkit seperti masalah jantung, kencing
manis dan darah tinggi. Bukan itu sahaja,
kita juga turut berdepan dengan masalah
terbantut akibat kekurangan zat, masalah
anemia dan penyakit-penyakit disebabkan
pemakanan.
“Malaysia kini sedang berdepan masalah
tabiat pemakanan kurang sihat yang sangat
ketara. Ini berikutan kajian mendapati
tidak sampai 10 peratus rakyat Malaysia
mengambil sayuran dan buah-buahan dalam
hidangan harian. Buah sepatutnya diambil
tiga hidangan dalam sehari manakala sayur
pula perlu diambil satu setengah cawan dalam
setiap tiga hidangan sehari.
“Terdapat banyak faktor mengapa hal
ini terjadi. Antaranya masalah ekonomi
menyebabkan buah dan sayuran menjadi
begitu mahal dan sukar dibeli oleh penduduk.
Begitu juga pengambilan susu. Rata-rata
rakyat Malaysia tidak minum susu yang dapat
membekalkan kekuatan kepada tulang.
“Walaubagaimanapun, mereka lebih
suka menikmati makanan secara berlebihan
berbanding amalan suku-suku separuh yang
dianjurkan sebagai hidangan pelengkap
Menikmati
sesudu minyak
sawit merah
sehari tidak
memudaratkan.
harian. Kita seharusnya kurangkan
pengambilan karbo dan lebihkan sayuran
serta buah-buahan untuk kekal sihat,”
jelasnya.- al-Siha Plus
"Walau bagaimanapun,
pengambilan minyak
dalam sehari perlu
dihadkan kerana ia boleh
memberi kesan kepada
kesihatan tubuh."
– Zalma Abd Razak