OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus
p07
"Minyak sawit
mengandungi pro
vitamin A (karotin),
vitamin E dan asid
lemak yang stabil pada
suhu tinggi. Maka,
minyak sawit sesuai
digunakan untuk
menggoreng."
– L Mageswary Lapchmanan
Minyak sawit memiliki tiga komponen
utama asid lemak yang diperlukan badan.
Kerajaan sokong
kempen pemakanan sihat
Kerajaan komited jalankan kempen kesedaran pemakanan
sihat yang dilangsungkan pada bulan Mac setiap tahun
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
M
ENURUT Timbalan
Pengarah, Bahagian Sains
Kesihatan Bersekutu,
Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM),
L Mageswary Lapchmanan,
setiap tahun kerajaan menjalankan pelbagai
kempen kesedaran kesihatan. Ia bukan sahaja
tentang minyak sebaliknya gula, garam dan
apa sahaja melibatkan makanan yang sering
disalah faham masyarakat hingga tercetusnya
masalah kesihatan.
“Walau bagaimanapun, kami tidak
menfokuskan kepada satu-satu jenis makanan
sahaja seperti minyak. Ini kerana gula, garam
dan sebagainya juga merupakan penyumbang
kepada masalah kesihatan. Oleh itu, kami
rangkumkan ia dalam bentuk tema tertentu
seperti tema kanak-kanak, warga emas dan
sebagainya dengan konsep pemakanan sihat."
“Sekarang juga banyak inisiatif di mana
sekolah-sekolah mula mewujudkan kempen
kantin sihat di mana pengusaha kantin hanya
dibenarkan menjual hidangan dan menu yang
berkhasiat kepada murid. Ini merupakan satu
langkah yang boleh dipuji sebagai satu cara
mendidik kanak-kanak memilih makanan
sihat."
“Meskipun pelbagai usaha dijalankan,
namun masyarakat kita masih berada di takuk
yang sama. Ini kerana, kebanyakan mereka
lebih gemar mendengar nasihat namun
enggan mengikutinya sehinggalah diserang
dengan pelbagai penyakit."
Minyak sawit minyak sihat
Minyak sawit telah terbukti memiliki banyak
manfaat. Namun akibat salah faham terbabit,
minyak sawit digunakan secara tidak betul.
“Apabila bercakap tentang pemakanan
sihat ia perlu mengandungi vitamin,
karbohidrat, protin, lemak, mineral dan air.
Di antara komponen-komponen itu, lemak
termasuk dalam pemakanan sihat. Oleh itu,
L. Mageswary
Lapchmanan,
Timbalan Pengarah,
Bahagian Sains
Kesihatan Bersekutu,
Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
kita tidak boleh katakan bahawa lemak tidak
baik."
“Jika dilihat dari pengambilan kalori sehari,
30 peratus daripada jumlah kalori adalah
dari lemak. Ini kerana ia merupakan sumber
asid lemak perlu yang diperlukan oleh tubuh
untuk kesihatan kulit, pembinaan otot dan
sebagainya."
“Akan tetapi ia menjadi mudarat atau
membawa kepada penyakit apabila ia ambil
secara berlebihan atau mengambil minyak
yang tidak sesuai untuk kesihatan. Dalam
minyak sawit terdapat tiga jenis asid lemak
iaitu poli tak tepu, mono tak tepu dan tepu."
“Ada yang menggangap bahawa minyak
sawit mengandungi asid lemak tepu dan
tidak baik untuk kesihatan. Sedangkan dalam
minyak sawit terdapat ketiga-tiga komponen
berkenaan dalam kadar seimbang di mana
tidak terdapat dalam minyak-minyak yang
lain. Hakikatnya, jika diambil di dalam kadar
yang betul ia tidak menjadi masalah."
“Minyak sawit mengandungi pro vitamin A
(karotin), vitamin E dan asid lemak yang stabil
pada suhu tinggi. Maka, minyak sawit sesuai
digunakan untuk menggoreng."
Takut kolestrol
“Kita dimomokkan dengan pelbagai gambaran
buruk tentang minyak kerana kolesterol.
Sebenarnya, tubuh kita sendiri secara
semulajadi menghasilkan kolesterol sendiri."
“Badan juga akan menggunakan
minyak yang dimakan untuk membuat
kolesterol. Sebagai contoh, dari kulit ayam,
lemak-lemak haiwan dan sebagainya. Oleh
sebab itu, ia tidak boleh diambil secara
berlebihan."
“Kolesterol memang diperlukan badan
tetapi jangan berlebihan. Jika tidak, ia akan
masuk ke saluran darah seterusnya berlaku
salur darah tersumbat dan serangan jantung,”
jelasnya.
Minyak sawit tidak mengandungi
kolesterol seperti minyak sayuran yang lain.
Minyak sawit juga telah dibuktikan tidak
meningkatkan kolesterol dalam darah. —
al-Siha Plus