al-Siha Plus | OKTOBER, 2019
p08
Tiada pengetahuan perniagaan,
Pak Tam berjaya bina
empaya r seluruh negara
Lebih 100 menu disediakan untuk pelanggan di 13 buah cawangan seluruh negara
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
”S
AYA asalnya orang miskin, tak
ada pengalaman perniagaan.
Saya main redah je ikut
kehendak diri,” jelas Pak
Tam atau nama penuhnya
Ruslin Ibrahim membuka
bicara menceritakan permulaan empayar
perniagaan Tuuu.. Dia Pak Tam yang kini
berusia 36 tahun.
“Selepas tamat tingkatan enam, saya
bersama rakan terlihat satu iklan jawatan
kosong sebagai pegawai pemasaran di
Kuala Lumpur. Lantas, kami memohon dan
kesemuanya berjaya. Namun, hanya saya
yang ke Kuala Lumpur manakala yang lain
tidak ikut serta."
“Setelah tiga bulan bekerja di situ,
akhirnya syarikat tutup. Ketika di syarikat itu,
saya sertai saham syarikat tersebut dengan
bayaran RM5000. Awalnya saya tiada duit
namun, saya gadai barang kemas kepada
orang kaya di kampung saya untuk membeli
saham syarikat."
“Selepas syarikat terbabit tutup, saya
bimbang memikirkan barang kemas
yang digadai. Namun, saat itu hidup saya
terumbang ambing. Nak makan tiada duit
dan sebagainya. Ada kawan yang melihat
keadaan saya, lantas mengajak saya berniaga
di pasar borong."
“Nasib saya sungguh baik. Saya jumpa
seorang cina, dia bagi kereta untuk angkut
daging bersama anaknya. Ketika itu umur
saya 21 tahun. Dalam masa yang sama, saya
dapat surat dari orang kaya meminta saya
menjelaskan hutangnya. Saya kemudiannya
bersumpah ‘Jika saya tidak berjaya, saya
tidak akan balik’. Alhamdullillah, Tuhan
membantu saya."
“Bermula dari situ, saya bekerja sendiri
sebagai penjual daging selama sembilan
tahun tanpa ada asas pengetahuan
Pengasas Tuuu…Dia Pak Tam,
Ruslin Ibrahim berkongsi
kisah jatuh bangun beliau
dalam perniagaan.
“Saya tidak
sekali-kali
menggunakan
minyak kitar
semula.
Sebaliknya
hanya
menggunakan
minyak yang
diyakini
bersih sahaja.”
– Pak Tam
perniagaan. Ketika masuk tahun ke sembilan,
saya beralih dari perniagaan daging kepada
perusahaan makanan bermodalkan RM25.
Saya jual rojak. Disitulah bermulanya nama
Tuuu.. Dia Pak Tam, idea dari anak saudara
saya."
“Dari tahun 1984 hingga tahun
2002, perniagaan saya semakin lama
semakin berkembang sehinggalah saya
mendapatkan bangunan ini. Ketika
memulakan perniagaan saya merancang
dengan serampang dua mata. Merancang
perniagaan dan merancang legasi untuk
anak-anak saya."
“Saya juga dilantik menjadi penasihat
MARA di seluruh Malaysia dan dilantik
sebagai felo di UUM dan UiTM."
“Kini kami sudah memiliki banyak
produk lain. Antaranya, teh halia, white coff ee,
black coff ee dan sebagainya. Kami juga ada
keluarkan produk mee serta kedai roti yang
diusahakan oleh anak saya sendiri," kata Pak
Tam.
Hingga ke hari ini, Tuu.. Dia Pak Tam
dengan tagline ‘sedap bagitahu kawan… tak
sedap bagitahu paktam’ di bawah syarikat
Sirah Heritage Holding Sdn.Bhd memiliki
Cakoi
ke persada
antarabangsa
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
K
UIH tradisional cakoi merupakan antara
kuih yang sangat terkenal di Malaysia. Ia
biasanya dijual di tepi-tepi jalan sebagai
sarapan pagi mahupun snek ringan yang
dinikmati secara kosong mahupun bersama
kaya manis bewarna hijau.
Potensi cakoi dalam pasaran dilihat
biasa-biasa pada pandangan mata
sesetengah individu, namun tidak bagi
Pengasas I Love Yoo!, Gian Lim yang
mengangkat nama cakoi atau juga dikenali
sebagai Yoo Tiao ke peringkat lebih tinggi
dengan memasarkannya di pusat-pusat
membeli-belah.
Dari kiri, Gian Lim,
Mohamad Hairu ll Anuar
dan Datuk Ahmad Zaki
di hadapan outlet I Love
Yoo!
Menurut Lim, cawangan pertamanya
mula dibuka di Food Republic, Pavilion pada
September 2007.
“Yoo Tiao memiliki sejarah lebih dari
800 tahun sebagai salah satu makanan
tradisional masyarakat cina. Biasanya, ia
didapati di kedai kopi dan gerai tepi jalan.
Namun, kami membawa makanan tradisi
ini ke pusat membeli-belah sebagai langkah
penjagaan kebersihan dan keselamatan untuk
pelanggan."
Dengan lebih daripada 50 cawangan
lima buah anak syarikat lain di bawahnya.
Antaranya Juara Saji Sdn.Bhd, Pak Tam
Katering Sdn. Bhd, Kulit Kayu Manis
Enterprise dan Ana Boss Enterprise.
Dalam tempoh 36 tahun dalam
perusahaan makanan ini juga, syarikat ini
telah memiliki lebih daripada 12 cawangan di
seluruh Malaysia dalam perusahaan restoran
dan café, katering, perkhidmatan latihan dan
peluang perniagaan.
Bangkit Dari Kegagalan
Dalam tempoh tersebut, jelas Pak Tam
empayar perniagaannya pernah jatuh. Dari
situ, Pak Tam menilai dirinya demi untuk
mencari kelemahan dan kekuatan diri
dalam membangunkan semula syarikat
miliknya.
“Saya alami dua kali kegagalan.
Kegagalan pertama adalah akibat saya
terlalu banyak bagi hutang kepada orang
menyebabkan perniagaan saya lingkup
kerana mereka tidak membayar semula
hutang yang diberi. Ketika itu usia
perniagaan makanan saya baru sembilan
tahun. Akibat tiada pengalaman, itulah yang
terjadi kepada perniagaan saya."
“Manakala kegagalan kedua pula
kerana saya tidak tahu tentang duti
kastam menyebabkan saya terpaksa
membayar ratusan ribu ringgit. Itu juga
yang menjatuhkan empayar perniagaan
saya. Untuk membayarnya, saya terpaksa
meminjam dari tujuh orang ceti dan
melangsaikan hutang dalam tempoh empat
tahun sebanyak 2.6 juta. Dari situ saya
mendapat pengalaman dan pengetahuan
mengenai perkara itu."
Halalan Toyyiban
Bercerita lanjut mengenai penyediaan
makanan halal jelas Pak Tam, dia
memiliki kaedah tersendiri untuk sentiasa
mengekalkan halal serta kebersihan
berlandaskan syariat Islam.
“Dalam konteks menyediakan
makanan halal, banyak perkara yang saya
titik beratkan. Ini termasuklah kesucian
sumber bahan mentah yang saya peroleh
termasuklah minyak sawit yang dipakai
dalam penyediaan makanan. Saya tidak
sekali-kali menggunakan minyak kitar
semula. Sebaliknya hanya menggunakan
minyak yang diyakini bersih sahaja. Ini
kerana, minyak kitar semula amat bahaya
dari sudut halal kerana kita tidak tahu
kemungkinan minyak berkenaan pernah
digunakan untuk menggoreng khinzir dan
sebagainya menyebabkan makanan kita
tidak bersih." — al-Siha Plus
di Malaysia, I Love Yoo! Berusaha keras
mendapatkan status halal.
“Sebelum ini pelanggan Melayu Muslim
adalah kurang daripada 15 peratus. Namun,
kami yakin dengan berstatuskan halal, kami
boleh memberi peluang kepada semua untuk
merasai keenakan Yoo Tiao kami. Walaupun
masih dalam proses mendapatkan pensijilan
halal Jakim, namun kami sudah memiliki 40
peratus kakitangan Muslim."
Penolong Pengurus merangkap Halal
Eksekutif di I Love Yoo!, Mohamad
Hairull Anuar menjelaskan, hingga kini
pihaknya masih menunggu JAKIM untuk
menyelesaikan proses pengesahan semua
cawangan.
“Sementara proses itu selesai, kami tidak
dibenarkan mempamerkan tanda halal
sehingga kami menerima pensijilan untuk
semua outlet kami."
Minyak sawit dalam masakan
Menurut Pengerusi I Love Yoo!, Datuk Ahmad
Zaki, selain cakoi terdapat beberapa menu
masakan Melayu dan India seperti Rendang
Ayam, Masala Ayam Panas, Laksa Kari Laksa