al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 13

OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus p13 Perluas promosi minyak sawit Kempen Sayangi Sawitku pupuk semangat kecintaan terhadap minyak sawit K ESEDARAN terhadap kebaikan dan khasiat minyak sawit masih rendah dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun luar negara. Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, usaha untuk mempromosikan penggunaan minyak sawit perlu diperkasakan sehingga ke peringkat global. Tambah beliau, iklan atau publisiti wajar dilakukan agar maklumat tepat dapat disampaikan sepenuhnya kepada rakyat. “Kempen Sayangi Sawitku dijalankan untuk memupuk semangat kecintaan dan kebanggaan ke atas minyak sawit serta penghargaan terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada ekonomi negara dan kami mungkin akan bekerjasama dengan beberapa agensi atau syarikat kearah meningkatkan kesedaran masyarakat." Menurut kajian yang di lakukan di United Kingdom (UK), penggunaan minyak sawit tidak menyebabkan individu terdedah kepada risiko sakit jantung. Bahkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut menyarankan pengambilan satu sudu minyak sawit merah setiap hari. “Minyak sawit merah mengandungi manfaat yang besar terhadap kesihatan di mana kaedah penyulingan yang dijalankan masih mengekalkan kandungan pro vitamin A (karotin) dan vitamin E yang penting untuk kesihatan jantung." SAYANGI SAWITKU Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari bahawa produk yang digunapakai dan dihasilkan diperbuat daripada minyak sawit, sehingga ada dalam kalangan mereka yang mempertikaikan usaha kerajaan. Jelas Teresa, beliau tidak menyalahkan mereka, tetapi masih bersyukur kerana ada pihak yang menunjukkan tanda sokongan dengan mempamerkan logo Sayangi Sawitku atau ‘Love My Palm Oil’ di premis masing-masing. “Sukar untuk mendapatkan maklumat tepat tentang kelebihan minyak sawit ini. Sebelum ini, ada risalah yang diedar menjelaskan tentang kelebihan minyak sawit, namun ayat yang digunakan sukar difahami dan kami mengambil inisiatif dengan menerbitkan maklumat dengan kaedah yang lebih mudah difahami." ANTI MINYAK SAWIT Sementara itu, beliau turut menyelar tindakan pihak yang mempergunakan “Kempen Sayangi Sawitku dijalankan untuk memupuk semangat kecintaan dan kebanggaan ke atas minyak sawit serta penghargaan terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada ekonomi negara.” — Teresa Kok kanak-kanak sebagai penghantar mesej propaganda anti minyak sawit. “Baru-baru ini saya menemui Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan untuk membincangkan tentang video klip yang memaparkan propaganda anti minyak sawit melibatkan pelajar berusia lingkungan lapan hingga sembilan tahun sebuah sekolah antarabangsa di Malaysia. Video berkenaan dimuat naik ke YouTube dengan mesej anti minyak sawit,” katanya. Selain itu, beliau turut membincangkan tentang video berdurasi seminit setengah berjudul ‘Rang-Tan: the story of dirty palm oil’. “Klip video kartun tersebut menunjukkan kononnya penanaman komersial kelapa sawit telah mengganggu habitat orang utan sehingga menyebabkan 25 kematian orang utan setiap hari. Mereka turut mengajak supaya menghentikan segera tindakan yang disifatkan sebagai kemusnahan hutan, selain meminta orang ramai untuk sama-sama menandatangani petisyen, sedangkan kenyataan yang mereka keluarkan ini tidak benar dan satu penipuan besar. Katanya, rakyat Malaysia perlu bersama- sama memainkan peranan masing-masing meskipun dari peringkat kanak-kanak dan menyebarkan tentang kelebihan minyak sawit terutama manfaatnya terhadap kesihatan dengan cara yang tepat. “Kementerian pendidikan mungkin akan merangka subjek 'kesihatan’ atau menambah kegiatan kokurikulum seperti pembelajaran tentang penghasilan sabun menggunakan minyak sawit dan aktiviti lain yang lebih efektif. — al-Siha Plus