al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 14

al-Siha Plus | OKTOBER, 2019 p14 Peneraju minyak sawit bermutu tinggi Malaysia jadi 'markas' penyelidikan genom sawit S EBAGAI rakyat Malaysia, kita sekurang-kurangnya pernah mendengar mengenai isu berkaitan industri minyak sawit negara. Namun, harga minyak sawit sedikit susut menyebabkan penggiat industri ini yang terdiri daripada pekebun kecil hinggalah kepada syarikat perladangan besar segera mencari alternatif untuk kekal dalam industri. Segalanya berpunca daripada dakwaan kononnya berlaku penebangan hutan membabitkan tanaman sawit secara besar-besaran. Al-Siha berpeluang bertemu dengan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir untuk bertanyakan soalan utama berkaitan minyak sawit dan bagaimana salah tanggapan membayangi kelebihannya yang jelas. Salah tanggapan utama sepertimana Dr Parveez memulakan temuramah dengan menangani masalah besar berkenaan minyak sawit Malaysia yang dikaitkan dengan penebangan hutan baru-baru ini. “Saya pernah baca artikel sebenar dalam akhbar terbitan Eropah kira-kira 12 tahun lalu menjelaskan tentang kaitan biodiesel dari hasil minyak sayuran. Artikel terbabit mengupas tentang penebangan hutan yang sedang berlaku di Indonesia dengan menggunakan foto tanaman ladang kelapa sawit Malaysia dengan kapsyen yang mengelirukan. Artikel itu bagaimanapun, telah disebarkan kepada umum menyebabkan salah tanggapan ke atas industri minyak sawit di Malaysia. Bangunkan penyelidikan genom sawit Penanaman secara komersial dahulunya dimulakan di Indonesia, kemudian Malaysia Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Ketua Pengarah MPOB. Malaysia menjadikan proses tuaian lebih mudah dan cekap. “Antara pencapaian paling membanggakan dalam penyelidikan MPOB adalah kajian mengenai genom sawit mesokarpa dan kultur tisu tidak normal yang telah diterbitkan dalam Jurnal Nature diiktiraf dunia." – Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir Tenera dihasilkan dari gabungan gen dura dan pisifera. menjadi pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia , namun Indonesia kembali menguasai pasaran minyak sawit beberapa tahun lalu. Meskipun begitu, kebanyakan penyelidikan dan pembangunan minyak sawit masih dilakukan MPOB. “Antara pencapaian paling membanggakan dalam penyelidikan MPOB adalah kajian mengenai genom mesokarpa dan kultur tisu tidak normal yang telah diterbitkan dalam Jurnal Nature diiktiraf dunia. Hasil penyelidikan itu, kita telah menjadikan proses tuaian lebih mudah dan cekap.” Dura, pisifera dan tenera, anda mungkin bertanya bagaimana ia menjadikannya lebih cekap? Dr Parveez menjelaskan: “Kelapa sawit yang dibawa dari Bogor, Indonesia ketika kita mula menanamnya di sini dikenali sebagai dura. Kelapa sawit dura mempunyai lapisan tempurung tebal yang memisahkan isirung sebenar dan bahagian luar dipanggil mesokarpa (sumber minyak sawit). Lapisan tempurung yang tebal bermakna hasil minyak sawit berkurangan. Sebaliknya, ada satu lagi varian kelapa sawit dipanggil pisifera yang tidak ada lapisan luar langsung. Varian secara semulajadi tanpa lapisan luar dengan ketaranya merendahkan kualiti minyak yang dihasilkan kerana campuran.” “Dengan penyelidikan yang dilakukan dalam kajian kedua-dua genom dura dan pisifera, kita dapat menggabungkan gen kedua-dua spesies dan membangunkan tenera. Kelapa sawit tenera mempunyai tempurung nipis mengelilingi isirung daripada mesokarpa. Kajian genom memudahkan kita membezakan pokok dura dan pisifera di peringkat awal dan bukan untuk menghasilkan pokok tenera,” katanya. Minyak sawit miliki manfaat kesihatan Dari segi khasiat, Dr Parveez menjelaskan betapa besarnya manfaat kesihatan yang dihasilkan kelapa sawit. "Minyak sawit mempunyai komposisi seimbang antara lemak tepu dan tidak tepu. Walaupun ada yang mendakwa lemak tepu sebaga punca utama serangan jantung, kajian kami bersama-sama universiti antarabangsa menunjukkan minyak sawit mempunyai kesan setara dengan minyak lain seperti minyak zaitun dan minyak bunga matahari. Ia tidak meningkatkan LDL (kolesterol jahat) anda dan ia tidak meningkatkan serangan penyakit jantung. Tambahan pula, kandungan anti- oksida seperti tokotrienol dan karotin menjadikannya lebih bermanfaat. Minyak sawit adalah salah satu minyak yang paling stabil dimasak pada suhu tinggi seperti penggorengan. “Kita berjuang untuk menjadikan minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia adalah 100 peratus mampan. Kita menjadikannya mandatori kepada bukan sahaja penggiat utama, tetapi juga kepada pekebun kecil untuk mendapatkan pensijilan oleh Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Itulah yang menjadikan minyak sawit dihasilkan di sini adalah lestari sepenuhnya,” kata Dr Parveez. Beliau juga menjelaskan yang Malaysia lebih maju dalam teknologi pengeluaran dan proses pengurusan, begitu juga kualiti minyak sawit Malaysia adalah yang terbaik walaupun kita bukanlah pengeluar terbesar minyak sawit. -al-Siha Plus