al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 17

OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus p17 Minyak sawit setara dengan minyak zaitun Minyak sawit tidak meningkatkan kolesterol yang buruk dalam badan OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL M ENURUT Pakar Perubatan Keluarga IMU Healthcare Medical Clinic Dr Verna Lee Kar Mun, kesan minyak sawit terhadap kandungan kolesterol dalam badan adalah setara dengan minyak tumbuhan yang lain. “Minyak sawit mempunyai kandungan lemak tepu yang lebih tinggi berbanding dengan minyak zaitun. Kita sedar bahawa pengambilan lemak tepu boleh menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu ramai yang mengelak menggunakan minyak sawit.” “Walaupun minyak sawit memiliki kandungan asid lemak tepu sehingga 50 peratus, namun ia masih dianggap sebagai lemak tumbuhan yang mempunyai risiko sakit jantung yang rendah. Sebenarnya, lemak tepu yang berasal daripada lemak haiwan adalah lebih berbahaya jika diambil secara berterusan.” “Hasil daripada kajian klinikal serta meta-analisa kami menunjukkan bahawa minyak sawit, minyak zaitun, minyak matahari serta minyak tumbuhan yang lain tidak mempunyai perbezaan yang ketara dari segi kesan terhadap kandungan kolesterol. Ini bermaksud, risiko penyakit yang melibatkan jantung adalah rendah.” “Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak mengambil minyak masak lebih daripada sukatan yang dihadkan kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan obesiti. Secara purata, manusia normal hanya boleh mengambil minyak tepu sebanyak 10 peratus kilo kalori sahaja dalam sehari.” Obesiti dan kolesterol Lemak haiwan tidak baik untuk kesihatan berbanding lemak sayuran. Ketika ditanya mengenai hubung kait di antara obesiti dan kolesterol, tahap kolesterol selalu disalahfahami ia berkemungkinan lebih tinggi di dalam badan individu bertubuh gempal. “Obesiti adalah keadaan perubatan di mana lemak badan berlebihan terkumpul, tetapi manusia yang obes tidak semestinya mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Ramai daripada kalangan pesakit saya yang kurus tetapi memiliki kadar kolesterol yang tinggi. Tahap kolesterol yang tinggi boleh menjadi penyebab masalah jantung. Kesan Dr Verna Lee Kar Mun. “Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak mengambil minyak masak lebih daripada sukatan yang dihadkan kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan obesiti. Secara purata, manusia normal hanya boleh mengambil minyak tepu sebanyak 10 peratus kilo kalori sahaja dalam sehari.” – Dr Verna Lee Kar Mun pemakanan lemak berlebihan pula akan mengakibatkan penyakit seperti kanser, kencing manis dan sebagainya,” jelas Dr. Verna. — al-Siha Plus sawit minyak tepu, poli-tak tepu dan mono- tak tepu. “Saya telah menjadi seorang pengamal perubatan sejak 22 tahun dan memiliki sebuah pusat kesihatan sendiri. Bermula lima tahun lalu, saya telah mengetengahkan rawatan melibatkan gaya hidup dan pemakanan sihat dalam usaha mencegah penyakit. “Kebanyakan produk yang ditawarkan di pusat kesihatan saya termasuklah produk kosmetik mengandungi bahan tokotrienol dari kelapa sawit. Pusat kesihatan Dr. Rosmawati menggabungkan pelbagai rawatan seperti bekam klinikal, sauna, hidroterapi, terapi hormon dan detoksifi kasi. “Saya percaya orang ramai tidak tahu tentang faedah minyak sawit. Kebanyakan Dr Rosmawati jadi pengamal perubatan sejak 22 tahun. mereka hanya menggunakan minyak sawit kerana harga yang murah. Itulah sebabnya mengapa kami perlu keluar dan menyampaikan maklumat yang benar kepada mereka,” jelasnya. — al-Siha Plus Pusat kesihatan Dr. Rosmawani menawarkan kebaikan tokotrienol dalam rawatannya.