al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 18

al-Siha Plus | OKTOBER, 2019 18 p18 Pupuk kesedaran tentang kebaikan minyak sawit Keprihatinan terhadap amalan makanan seimbang kian meningkat Profesor Emeritus Datuk Dr N Marimuthu percaya, tabiat pemakanan rakyat Malaysia boleh berubah ke arah lebih baik. P RESIDEN Gabungan Persatuan- Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Profesor Emeritus Datuk Dr N Marimuthu berkata, rakyat Malaysia dilihat semakin mengambil berat tentang kesihatan masing-masing. “Golongan wanita mahupun lelaki sudah mula menitikberatkan isu penampilan dan juga kesihatan. Jika diperhatikan, sambutan pengguna media sosial terhadap jualan makanan atau produk kesihatan amat menggalakkan. Malah ada dalam kalangan mereka yang menyediakan menu sendiri dengan mengambil kira aspek kandungan nutrien tinggi dan rendah lemak. Mereka juga melakukan aktiviti sihat yang lain seperti aktif di gimnasium, menyertai acara larian, berjalan, memanjat gunung dan sebagainya untuk menjadi individu yang lebih sihat,” katanya. “Umum tahu manfaat minyak kelapa dara atau quinoa dalam kesihatan. Tetapi, masih ramai yang tidak sedar, bahawa minyak kelapa sawit juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.” – Profesor Emeritus Datuk Dr N Marimuthu PILIH PRODUK TEMPATAN PEMILIHAN PRODUK Jika diperhatikan, terlalu banyak produk yang menekankan aspek kesihatan di pasaran seperti makanan alternatif berasaskan bijirin, pasta, jus dan banyak lagi. Namun, produk seumpama ini kebanyakannya diperoleh dari luar negara menyebabkan harga yang diletakkan agak tinggi berbanding produk tempatan. “Masih ramai yang tidak sedar, bahawa minyak sawit juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri,” jelas beliau. Tambah beliau, terlalu banyak kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa minyak sawit adalah antara minyak masak yang sihat. Cuma, industri minyak sawit negara terpalit dan berhadapan dengan kritikan meluas seperti penebangan hutan dan pemusnahan alam sekitar. “Saya yakin pihak berkaitan atau pengusaha minyak sawit ini tidak ada niat untuk memusnahkan alam sekitar. Saya tidak percaya jika pihak berkenaan masih mahu mempromosikan minyak sawit sedangkan mereka tahu tindakan tersebut memberi impak besar kepada alam sekitar,” jelas Profesor Emeritus Datuk Dr N Marimuthu yang enggan mengulas lanjut kerana menyifatkan ia di luar bidang kuasa atau kepakaran beliau. Objektif FOMCA Rakyat Malaysia sering dikaitkan dengan amalan makan pada lewat malam. FOMCA ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut: • Untuk memperkuatkan perkembangan gerakan-gerakan pengguna di Malaysia. • Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna. • Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua. • Menyelaras dan menjadi badan perun- ding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia Sementara itu, Profesor Emeritus Datuk Dr N Marimuthu turut menggalakkan pemakanan sihat dari sumber tempatan seperti ulam- ulaman, buah-buahan, bijirin, daging, ayam dan lain-lain lagi yang boleh dihidangkan secara sihat jika dimasak dengan cara yang betul. “Apa yang penting adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti memperbanyakkan pergerakan seperti berjalan, mengurangkan penggunaan gadget dan melakukan senaman serta gaya pemakanan sihat,” jelasnya. Falsafah FOMCA FOMCA bukan hanya sebuah pertubuhan pengguna, tetapi juga sebuah pertubuhan pembangunan. FOMCA inginkan mewu- judkan keadaan-keadaan seperti berikut: • Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu - “Perlindungan Paling Berkesan ialah Perlindungan Sendiri.” • Mewujudkan pembangunan berorienta- sikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebu- dayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir. TUKAR GAYA PEMAKANAN Malaysia dikenali sebagai syurga makanan. Lantas ramai masyarakat menikmati pelbagai pilihan sajian semahu-mahunya tanpa mengira waktu termasuk lewat tengah malam. “Budaya makan malam ini menyebabkan ramai yang susah untuk mengubah gaya pemakanan masing-masing,” katanya. Menyedari hakikat tersebut, Profesor Emeritus Datuk Dr N Marimuthu percaya bahawa ada rakyat Malaysia yang berusaha untuk mengubah tabiat pemakanan tersebut. “Saya percaya ada rakyat Malaysia yang sedar dan cuba untuk menukar gaya pemakanan masing-masing ke arah lebih baik. Kebanyakan mereka mendapatkan maklumat menerusi laman sesawang, selain mengkaji terlebih dahulu tentang produk-produk yang ingin di amalkan dan membuat pilihan yang terbaik,” katanya. KENALI FOMCA FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela yang tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. “Pengguna yang membuat aduan akan di bantu sebaiknya dengan merujuk undang- undang sedia ada,” katanya. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan kepada pengguna. FOMCA juga sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan melalui kuasa beli pengguna, pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan sosio- ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat. — al-Siha Plus Peranan FOMCA Demi mencapai falsafah-falsafah di atas, FOMCA mengamalkan empat pendekatan penting iaitu: • Sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat. • Sebuah badan pendidik yang me mberi pendidikan kepada semua pengguna. • Sebuah badan yang bertindak memberi perlindungan kepada pengguna. • Sebuah badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar.